*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, April 28, 2010

Beronggeng Dengan Mama

Tadi aku gi Mid Valley dengan mama. Cam biasa la kan.. Mestila nak jalan-jalan. Mama memang tak betah duduk rumah kalau aku ada. Hehehe..

Today I'm wearing..



Top: MNG Green Cardee & Flag Spagetti 
(aku tak taw nak bagi nama apa kat baju ni tapi disebabkan ada corak macam bendera.. That's why aku bagi nama ni)
Bottom: MNG Skinny Jeans 
(My 1st skinny jeans.. Tu pun sebab my Nemo nak sangat tengok I pakai skinny jeans. Mostly my jeans jenis boot cut)
Accessories: Bracelet & Round Bling-Bling Long Necklace 
(nak match dengan flag spagetti)
Bag: Cleef Yellow Handbag
Shoes: Vincci Pump Shoe

Psst.. Psstt.. For those yang suka butik Cotton On, kat MV dah ada. Next to Nichii/Romp kat 1st Floor(If I'm not mistaken). Before this aku pernah pergi kat One Utama. Tadi sempatla aku rembat Rubi Pump Shoes(walaupun mata aku dah rambang time tu). Murah weh.. Baru RM29 sebab ada promotion. I loike!

Then bila aku dengan mama dah tak taw nak gi mana, mama suggest untuk gi Alamanda lak. Bukan nak beli tong lagi eh.. Mama cakap nak gi Parkson sebab dia dapat voucher RM100. Pusing punya pusing, last-last mama tak taw nak beli ape. Lagipun Parkson kat situ kecik. So aku cakap nanti kita gi Parkson yang lain sebab lambat lagi expired date voucher tu (Ish! Cuba bagi kat aku.. Confirm aku taw nak beli ape. Heheh)

Tadi aku beli accessories kat Chameleon. Aku suka kedai ni sebab barangannya murah and not bad. Oh.. FYI, now ni aku dok meng'make over' barangan perhiasan aku. Dari hair clip/hair band yang plain, aku tambah sikit bunga or whatever.. Dah nampak cam cantik. But next time la aku tunjuk okeh.

Oh lupa lak.. Akhirnya aku dapat juga owl necklace yang memang dah lama aku idam-idamkan. Tengok kat internet memang la ada. Cantik-cantik tapi agak mahal la. Dekat RM30. Tu tak termasuk duit untuk pos lagi. Mau dekat RM30-40. Ish..Rasa cam tak worth it je. Tapi tadi aku beli dengan harga RM12.90 je. Dahla tinggal 2 je. Satu aku dah beli warna brass.. Maknanya tinggal 1 lagi la (warna silver). Warghhh! Happy giler eh bile benda yang kita nak, kita dapat.. Dahla murah. Weehhuu~!

4 comments:

ayarasmin said...

wow..how lucky u have mom yg suka jalan2 n shop..amek la gambar dengan ur mom..
teringin nak tgk...mesti cantik cam u..

*loue me* said...

fyi, kalau mama i berjalan, mmg i akan tertinggal kt blkg.my mama lbh energetic dr i taw kalau bab berjalan
aah kan.. i jarang rupanya amik gmbr dgn my mama.maybe sebab dia xsuka bergambar kot
my mama biasa2 je la.almaklum..suda tua (jgn report kt dia ye)

jinhoo said...

lawa la baju..

*loue me* said...

tima kasih..hehe