*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, July 22, 2011

Cubaan Membuat Cupcakes

Actually dah lama dah citer ni. Tak silap bulan 6 kot..

Tah kenapa tiba-tiba datang angin kerajinan dalam diri. Aku pun keluarkan bahan-bahan seperti butter, tepung, gula, serbuk koko bla bla bla dengan berpandukan resipi dari internet. Aku pun mulakan eksperimen.

Aku takde tray untuk cupcakes. Maka pada firasat-aku-yang-tak-boleh-pakai-langsung, aku letak cawan kertas dalam loyang tu je dan masukkan adunan dengan harapan cupcakes tu tidak berubah wajah.

Tetapi malangnya apabila ianya mengembang, maka jadilah bentuk-bentuk ini. Ada yang berbentuk segitiga.. Ada yang berbentuk sampan/motorboat
*Aku tau korang tengah gelak*

Bila aku cucuk dengan garfu, tengok bahagian atas tak berapa masak. Aku pun masukkan balik cupcakes tu ke dalam oven.

Dan sekali lagi dengan menggunakan firasat-aku-yang-tak-boleh-pakai-langsung tu, aku set kan selector hanya panas di bahagian atas sahaja dan set kan temperature kepada 250 Darjah Celcius, konon nak cepat masak la. Diulang.. 250 Darjah Celcius. Bijak kan aku. Aku tau. Pffttt.. Dan untuk menambahkan lagi tahap kebijaksanaan aku, aku tinggalkan cupcakes tu dan pergi menonton TV sehinggalah aku terbau sesuatu...

Yeay!!! Cupcakes ku dah masak akhirnya di bahagian atas
Eh jap.. Dah rentung sebenarnya
Dengan rasa kecewa, aku campakkan cupcakes ni ke dalam tong sampah. Tak sanggup rasanya nak menelan cupcakes yang rentung 
*Aku tau korang tengah gelak lagi kuat. Mungkin sedang berguling-guling di atas lantai ketika ini. Aku redha*

Dan ini pula adalah hasil cupcakes yang AJAIB sekali. 
Nyaris-nyaris cupcakes ni nak mencium lantai sebab masa aku keluarkan loyang, tah macam mana aku boleh terlepas dan loyang tu pun berterbangan. Tetapi yang pelik bin ajaibnya, loyang tu buat pusingan 360 degree tetapi tak tertiarap, eh macam mana nak explain tapi kirenya cupcakes tu tak cium lantai la. Dan akhirnya membentuk seperti ini. Ada rupa macam Airhead Turbo Blast tak yang aku naik masa  gi PD aritu.

Antara semua yang aku masak, ni je la yang okay.. Errr.. I mean dari segi bentuk la. Kalau tang rasa.. Hmm.. No comment

Walaupun cupcakes ku berbagai bentuk tetapi apabila diserve dengan whipped cream, raspberry ice cream and fresh strawberries, oh rasanya enak sekali *sedapkan hati*

Ada bran nak mencuba cupcakes ku??

p/s: Mujurlah ada Nemo yang sudi makan cupcakes aku *sob sob*

11 comments:

::FAIZ:: said...

wah hebat

Anonymous said...

kahkahkahkah hahahahahaha adoiii dah ahh perut aku sakit.. kau bikin perut aku lagi sakit ahhh..

giler vavi laaa.. entry paling kelakar di hari ini..

aku rasa kau dengan lempeng takleh dipisahkan laa reen..

cupcake kau ada rupa lempeng binti apam sikit.. serius buruk!! kalau buat ngan kaki pun tak seburuk ni tau! hahahahahahahaha sambung gelak lagi!!

aku sarankan kau belajar buat kek pisang dulu.. sebab cupcake kau hitam semacam.. ape kau curah daki ke kat dalam kek??

oo okay.. stop mengutuk..

cupcake memang boleh buat pakai cup.. tapi bukan cup lembik macam ni..

mujur kau cantik.. so boleh laa aku cover cakap, 'xpelah tak pandai masak sebab dia cantik+bijak'..

kau decorate cupcake pakai jari ke ape? adoooiii BOBBBB ooo BOBBB!!! jom gelak sama2..



-saya cun, tapi saya tau masak-

Anonymous said...

cupcake ni ada jugak rupa macam cekodok pisang.. hahahahahahahaha sampan berlobang!



-si cantek dan melecun pandai masak-

Anonymous said...

hahahaha aku lagi!! tak abih gelak lagi ni.. kahkahkah.. kalau kau tak letak watermark kat gambar2 ni pun takpe.. xde sape nak claim ni gambar dia.. hahahaha

key-one said...

hihi xpe...practise make perfect..mule2 mmg x jadik...jgn ptus asa..try buat lgi...hihi

*loue me* said...

faiz: tima kasih

*loue me* said...

anon: ko mmg keji kan!!!!!!

*loue me* said...

key-one: tq2..tah bila la nk buat lg

Anonymous said...

Hahahaha asal aku bukak je blog kau, mesti aku ketawa terbahak2.. Betul weiii.. Penat aku nak gelak.. So aku kongsi gelak sambil tunjuk gambar cakes ala cekodok ni kat asben angkat aku.. Hahahahahahah

-cun tapi pandai buat karipap-

*loue me* said...

anon: hampeh ar ko..ko patut berbangga dgn effort yg aku lakukan tu.bkn senang nk tgk aku masuk dapur n memasak.kire miracle ar.

cis!perlu ke tunjuk tk sugar dad.malu i nyah

yuna said...

wah kakak rajinnya ko... walaupun ko nye cup cake tak berpa jadi tapi aku puji ko heheheh... wat le selalu... coz practice make perfect kan heheheh... dah pandai jangn lupa bagi aku makan.... heheheh