*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, May 10, 2010

Berjalan Di Hujung Minggu





Sejak Nippon Paint nak sponsor cat untuk kitarang.. Eh silap.. Sejak mama aku nak sponsor cat Nippon Paint (Haa.. Baru betul), aku dengan adik aku dok berfikir tentang macam mana nak decorate our room nanti. Nak cat warna ape.. Nak suai padan aksesori dalam bilik macam mana.. Hee~Macam-macam la. Untuk lebih lanjut, klik di sini

So today, my brother ajak gi Ikea. Dia cakap nak beli cermin panjang. Tadi dalam kul 5 lebih kitarang gerak gi Ikea. Mujur jalan tak jammed sangat. Sampai sana dekat kul 6 gakla. My brother pun memulakan sesi mencari cermin.. But at last, dia tak beli cermin tapi terbeli curtain rods. Aku la suggest supaya dia wat pembahagi antara ruang tidur dengan ruang pakaian. Actually dia memang nak beli cermin but mama cakap tak worth it la. RM 59.90 just untuk cermin yang takdela lebar mana pun. Dahla takde frame. Aku cam tak kisah sebab tu duit adik aku tapi bila fikir balik, agak tak worth it jugakla. That's why adik aku tak beli. Mama suruh survey tempat lain. If tak berkenan, then only beli kat Ikea.


Im wearing


Top: MNG Baby T (yang pernah jadi kontroversi dulu kat entry ni) and Romp Studded Jacket 
(Jacket ni pun ada kisahnya sendiri tapi aku citer kat bawah ni nanti)
Bottom: MNG Skinny Jeans

Accessories: Black Beads Bangle and Black Stone Necklace
Bag: Prada Tote Bag
Shoes: Nose Skull Pump Shoe (haruslah pakai yang ganas-ganas sebab pakai jacket ganas)

Okay.. Meh aku nak story mory bout the jacket. Actually, aku dah lama giler aimed nak beli jacket Romp tu tapi masa aku berkenan, duit tarak. So aku bajet next time la beli. Then bila aku dah ada duit.. Aku pun pergi la kedai Romp. Malangnya jacket tu dah takde. Bukan satu kedai je aku pergi. Banyak weh. Habis semua kedai Romp aku masuk tapi bila aku pergi.. Takde. Aku tanya kat sales man tu, dia kata dah sold out. Uik.. Boleh pulak. Laku giler jacket tu. Aku tanya kat orang tu, jacket tu akan ada lagi tak. Dia kata maybe takde cuz lepas ni akan kua pattern baru lak. Kalau ada pun dia tak sure bile. Hampa giler aku dengar. Time tu memang rasa menyesal tak habis la. Then satu hari tu aku pergi masuk Romp (walaupun lepas dengar sales man tu cakap mungkin takkan ada lagi tapi aku tetap tak berputus asa)..Tiba-tiba mataku tertancap pada satu jacket ni (ayat nak novel je.. Almaklum aku tengah dok baca novel sekarang ni). Oh Mai Gosh!! Jacket yang aku nakkkkkkkkkkk kot!!!!!! ADA weh. Aku memang tak fikir 2 3 kali la. Time tu ada duit ke takde duit ke.. Aku tetap adakan jugak. Memang terus aku try and bawa ke kaunter. Biarla my brother cakap aku macam minah rempit ke ape.. Janji aku dapat jugak jacket tu akhirnya sambil muka tersengih sengih kegembiraan.. Huuuu~

Lepas dah membayar segala, kitarang ke The Curve. Ronda-ronda kat situ lak. Tapi sebelum ronda-ronda cuci mata, kitarang lepak McD jap sebab mama cakap nak ice cream. My brother tried ice cream sundae yang baru perisa mango. Tak sedapla. Lagi sedap strawberry/choc.
Masa kat Ikea

Pastu kitarang ke The Street (yang ada flea market tu). Aku memang cukup suka lalu kat situ sebab dapat cuci mata tengok barangan yang cantik-cantik. Tapi kan hari ni lagi cantik bila aku terserempak  dengan seseorang. Terkejut kot. Terus bergetar dada dan jantungku. Serious tak sangka boleh terjumpa DIA kat tengah-tengah lautan orang ni (takde la lautan mana pun). Ish! Kalau la adik aku tak bagitau yang DIA kat situ, confirm aku melepas nak tengok dia secara live.

"Eh! Kakak! Tu ZAHIRIL ADZIM kan? (amik kau! aku siap capslock and bold kan lagi)?" - Adik Aku
"Mana?" - Aku
"Tu yang pakai baju kaler hijau tu" - Adik Aku

Saat terpandang je wajah ZA.. Terkaku kelu jap aku. ZA depan mata kot. Tapi kat sebelah dia ada 2 orang perempuan. Spoiled! Eh apsal aku terover neyh? Dulu terserempak Tony Eusoff kat Ikea yang sibuk dok pilih lampu, aku tak berdebar pun.. Terserempak Hattan kat OU yang memakai topi ala-ala koboi, aku tak kisah pun. Tapi bila terserempak dengan ZA, boleh aku berdebar giler. Siot!

"Ish! Aku nak amik gambar dengan dia la. Kalau tak dapat bergambar pun.. Ko tolong amik gambar curi pun takpe" - Aku (sambil bagi handphone kat adik aku dengan harapan dia dapat snap masa aku dok kat sebelah ZA
"Gi ar" - Adik aku

So aku pun memberanikan diri.. Aku lalu betul-betul depan ZA and..

"Eh! Hai! Awak Zahiril Adzim kan. Mai Gosh! I minat giler dengan you and I read your blog too. BTW, nak bergambar boleh?"

Oit! Oit! Cukup cukup berangan. Mati hidup semula pun belum tentu aku nak cakap macam tu. Tu semua dalam hati je. Cam aku berani je la kan nak gi tegur dia and minta bergambar.. Memang tak ar. Aku cuma berani berdiri kat sebelah dia. Walau aku dah lalu kat depan ZA tapi aku wat-wat muka tak kenal dia. Dalam hati, aku memang giler nak tegur dia dowh! Masa aku kat sebelah dia, time tu dia dok belek menda tah kat accessories booth dengan 2 orang perempuan tadi. Aku pun wat-wat belek accessories gakla. Dalam hati kemain dok berdentum dentam main mercun. Pastu ZA blah. Aku lak tengok je la dia berlalu. Urghhh!! Kecewa sebab tak berani nak tegur and 1 more thing sebab ada 2 orang perempuan kat sebelah dia. Kang dorang ingat aku perempuan gedik lak. Lagipun aku fikir yang mungkin dia tak suka diganggu sebab dia pun manusia biasa yang perlukan kebebasan (pandai wat andaian sendiri). That's why aku batalkan niat. Kalau dia sorang memang confirm aku pi tegur. Aiseh man. Melepas hari ni. ZA.. Ku harap kita kan bertemu lagi :)
Kat The Street
Kat Dalam The Curve
Happy Mother's Day Mama
You're the greatest mama I've ever had!
We Love You So Much!!

Oh ya.. Semalam aku, mama and adik aku gi Alamanda.. Mama saja nak jalan-jalan. Boring duduk rumah katanya. Mula-mula dia ajak aku cam malas nak ikut tapi bila fikir yang takde sapa kat rumah, aku pun cepat-cepatla bersiap takut kena tinggal. 

Masa masuk Parkson, mama cakap mama nak beli barang. So aku sebagai anak yang baik haruslah membantu mama membeli barang jugak. Aku sempat angkut Elle Blanket and sehelai baju Replay(baju ni je aku bayar sendiri). Adik aku lak angkut stationaries. Haih.. Seronoknya kalau hari-hari pun macam ni. Boleh angkut barang yang kita nak.


Elle Travel Blanket. Senang nak dibawa ke mana-mana. Bila dilipat-lipat, dah macam beg je. Siap ada pemegang lagi

Pastu aku masuk MPH. Kawan aku bagitau yang Ramlee Awang Murshid (RAM) dah kua novel baru. Cinta Sufi judul dia. Sambungan dari novel Bagaikan Puteri.

Dulu aku tak pernah kenal pun sapa tu RAM and tak pernah pun baca karya dia. Sampailah satu hari tu, kawan aku suruh baca novel RAM ni.. Siap pinjamkan kat aku lagi. Aku pun baca sinopsis novel tu dulu. Ayat pertama kua dari mulut aku, "Argh! Mengarut je citer dia ni. Cam tak best je. Aku tak suka la baca novel-novel camni". But then kawan aku insist jugak suh baca. "Ko baca la dulu then tengok best ke tak". So aku yang masa tu takde keje.. Layankan je la. Nak tahu apa terjadi lepas tu...
Aku terus tak berganjak buat benda lain bila start baca novel RAM. Serious best. RAM pandai mengolah cerita sampaikan kita rasa taknak lepaskan novel dia walau sesaat pun(over tul ayat aku). Perasaan ingin tahu tu membuak buak everytime kita baca. Memang tak pernah bosan la.
So start hari tu, aku mulai minat dengan karya RAM ni. Dan baru ku tahu.. Giler best novel-novel dia. Memang tak rugi beli and pada aku haruslah dijadikan koleksi. Now ni aku tengah berusaha untuk beli semua karya dia.

Adik aku pulak cari novel The Last Song. Kan aku ada wat entry pasal The Last Song ni. Tak tahu nak cakap sama ada novel ni best atau pun tak. Tunggu bila aku dah baca then baru boleh komen


2 comments:

Marya Hana . said...

uu~ bape kali jmpe ZA sbb kitorg dak2 filem kat Uitm slaloo didedahkan dengan short2 film. and akan ada Q&A. so die pon ade... :)

*loue me* said...

1st time kot jumpa ZA live dpn mata..
wahh..best nya u dpt jumpa dia slalu