*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, June 16, 2010

Haih la Router

Dah hampir seminggu aku tak online kat rumah. Ni semua gara-gara router Streamyx aku rosak lagi. 

Aritu masalah ni.. Pastu dah OK. Tapi tak lama lepas tu jadi balik. Tapi rupanya salah aku.. 

But this time memang salah router tu. Yang bestnya, kali ni langsung takde lampu pun yang menyala or langsung takde signal. Melampau tak?! Melampau kan (biar aku jawab)

Haih.. Apa punya router la.. Asyik rosak je. Confirm router murahan ni. Memang dorang nak suh aku gi serang TM lagi la neyh. So semalam aku call TM. Mujurla akak yang layan aku tu baik. Lembut je dia cakap dengan aku. So tak jadi la nak marah-marah.. Dia cakap dia akan wat report. Within 1 day, kontraktor TM akan datang untuk tengok router tu.

Aku bagitau la dia yang router aku ni rosak untuk kali yang kedua. And aku tanya dia sama ada aku kena bayar atau tak sebab aritu dengar kata kena bayar kalau lepas ni rosak lagi. Tapi akak tu cakap, selagi router tu dalam warranty, tak kisahla berapa kali rosak pun.. dorang akan ganti yang baru. Oh ini sudah bagus! Macam ni ko rosak la 10 kali pun, aku tak kisah.. Janji jangan rosak bila dah habis warranty ye..

So tadi, kontraktor TM tu datang umah dekat kul 8 malam. After dia dah tengok router tu, dia agak maybe kena sambar dek kilat kot sebab router tu langsung tak berfungsi. Then dia tukarkan router yang baru. Pastu dah boleh online.. Hoyeah!!

p/s: And now, baru aku boleh update blog dengan jayanya.

2 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

kawasan rumah ko bermasalah kot.. jenis cepat tangkap kilat.. takpun abang ko pegi buat panahan kame-kameha ala2 Goku kat router tuh.. kehkehkeh.. umah sini ok je..

*loue me* said...

kura:tu la..aku pn rasa la.asyik kena sambar petir je.now ni aku dah cabut semua wayar yg ada kat modem tu bila xguna sbb org tm tu kata,kdg2 melalui wayar telefon pn blh.atau lbh slamat,betta aku simpan router tu dalam kotak bila xguna kan..huhuhu