Dah 2 minggu lebih aku tak berblog. Hidup sangat hectic tapi menyeronokkan
Mm.. Kalau masih ingat, aku pernah review pasal shampoo Ba Wang kat entry ni. Tapi dah lama aku stop. Aku hanya sempat pakai sebotol (200ml) je. Pastu terus stop sebab kawan aku cakap shampoo tu dah kena banned kat China sebab contain chemicals caused cancer. Aku dengar tu terus cancel tuk beli botol baru. Padahal time tu memang niat nak beli dah sebab shampoo aku dah nak habis tapi terus tak jadi. Walaupun tak sure berita tu betul ke tak tapi better berwaspadala.. Ish.. Tapi aku pakai okay je.. Rambut tak gugur sangat & makin hari makin rambut makin okay. Tapi pape pun aku dah stop pakai
So disebabkan dah say hi hi bye bye to Ba Wang, kali ni aku nak review tentang shampoo yang aku pakai sekarang.
Now ni ada 4 jenis shampoo yang aku pakai. Tapi takdela aku pakai sekaligus.
Bergantung pada condition rambut aku masa tu. Setiap shampoo ada functionnya tersendiri
1) Clear Shampoo Scalp Oil Control
Kalau aku rasa rambut aku berminyak, aku akan cuci guna shampoo ni. Aku pernah je berblog pasal shampoo tu kat entry ni.
2) Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Aku baru je try pakai. Im so in love with this range. 1st time pakai dah boleh rasa rambut lebih lembut and baunya takyah cakapla. Super duper wangi, kira kalau kau pakai memang orang boleh notice sebab bau wanginya agak melampau.. One more thing.. Ianya murah & memang aku akan beli lagi pasni :)
3) L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo (with Argan Oil)
Yang ni masih menjadi fave aku tapi aku pelik la sebab conditionernya dah takde. Aku tak tau kenapa dorang stop pengeluaran conditionernya
4) L'oreal Elseve Repairing Shampoo & Conditioner (Total Repair-5)
Aku tak sure sama ada range ni betul-betul berhasil ataupun tidak sebab aku tak nampak apa-apa perubahan lepas pakai shampoo ni. Even after basuh rambut guna shampoo ni pun, aku tak rasa rambut aku lembut.. Apatah lagi struktur rambutku diperbaiki. So maybe lepas ni aku akan habiskan range ni and stop beli
Macam aku cakap tadi, aku takdela pakai sekaligus kesemua jenis shampoo ni. Semuanya bergantung pada keadaan rambut aku time tu. Dan aku juga tak basuh rambut aku tiap-tiap hari dah sebab sekarang aku tak lagi berada di site. Aku kat rumah je pun. Jadinya aku cuma basuh rambut aku 2 hari sekali, tu pun kalau rajin. Sekarang kan musim hujan. Sojuk nak mandi lama-lama
Aku bagi contohla cara aku shampoo rambut
Isnin - Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Rabu - L'oreal Elseve Smooth Intense Cream Shampoo (with Argan Oil)
Jumaat - Dove Intense Repair Shampoo & Conditioner
Ahad - L'oreal Elseve Repairing Shampoo & Conditioner (Total Repair-5) bersama Mask
Ni cuma contoh je. Takdela aku fix kan diri untuk ikut macam jadual kat atas tu. Tapi lebih kurang macam tu la aku shampoo rambut aku. Yang penting seminggu sekali aku akan pastikan rambut aku diberi extra care. Contohnya pakai mask rambut+hair vitamin+serum.
Oh ya.. Selain guna produk-produk di atas.. Aku ada gunakan kaedah tradisional. Ni semua adalah separa paksaan dari mama aku. Agak-agak ada santan kelapa lebih, dia akan suruh aku amik santan tu untuk letak kat kepala. Walaupun aku cam malas tapi terpaksa buat jugakla. Nanti kecik hati mama aku. Lagipun santan kelapa ni banyak khasiatnya. Santan boleh melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.
Untuk pakai santan ni agak leceh sikit sebab kena buat banyak benda. Sebab tu aku cam malas.
1) Mula-mula kena letak santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama lebih kurang 20-30 minit. Untuk bagi santan tu meresap dan sebati.
2) Pastu bilas dengan air suam. Kalau guna air sejuk, minyak dari santan kelapa tu akan still melekat kat rambut lagi yang akan menyebabkan rambut berminyak. So nak tak nak kena bilas guna air suam gak.
3) Lepas tu baru shampoo and pakai conditioner seperti biasa, tapi biasanya aku akan guna Clear Shampoo Scalp Oil Control untuk hilangkan minyak santan tu
So tu je la antara rutin aku mencuci rambut. Tapi ni hanyalah pandangan peribadi dari aku. Lain orang lain caranya. Buat ikut keselesaan dan keperluan diri sendiri :))
*Kalau aku rajin next time aku nak review bout Dove Leave On Cream pulak
6 comments:
aigoo.lamanye x update.
tahniah yer.rajen2 la update.
i suka baca belog you.
cik aya: hehehe..sgt sibuk la aya. nk jalan2 baca blog org lain pun xsempat kadang2 tu.takpela..lepas ni saya akan cuba menggiatkan diri balik :))
eh aku pakai syampu sunsilk je... tu pun sbb adik aku beli botol besar..... hehehehe
reen,dove mmg ok ke?aku nk try yg bru ni tp takot dia lembab sapai nnti byk klemmur plak...aku penh try wak2 dia mula2 kuar..tp skrg yg baru aku xpenh try...
chepah: tahla.aku pakai ok je. terasa cm rambut makin sihat.y not gv a try.rambut+kulit kepala lain2..so kalau nk tau sesuai atau x, kena la cuba dulu.if xsesuai, stop la
faiz: rambut ko pendek..sonang nk jaga.ditambah pulak dengan pengepowan shampoo adik ko..mmg xde hal la
Post a Comment