Semalam aku gi Pahang sebab teman Nemo amik barang. Biasa la.. bila dah gi sana, mestila wajib gi jalan-jalan kat Teluk Chempedak gak.. Gi East Coast Mall (ECM).. Walaupun perancangan asalnye cuma nak ke Jaya Gading sebab my mama pesan nak tapai ubi 2 bungkus. Alang-alang tu, terus gi Kuantan la.
Muka dia sangatlah serious ketika memandu
Mula-mula kitarang ke Teluk Chempedak sebab nak lunch. Masing-masing dah lapar kot. Tapi bila kat Kuantan, kitarang tak taw nak lunch kat mana sebab mostly kedai yang sedap-sedap hanya buka waktu malam je. Last-last kitarang decided untuk makan di Teluk Chempedak cuz teringat yang kat situ ada restoran. Kitarang cuma order nasi putih+tomyam campur+kailan ikan masin (It's a must kalau order tomyam.Kire macam satu pakej la)+daging masak merah+fresh orange+teh o suam (since aku still batuk lagi..sebolehnya aku nak elakkan minuman berais la.. Tapi poyo je ni. Kat rumah aku bantai minum vanilla coke with ice gak.huhuh).
Oh..by the way, Teluk Chempedak dah cantik kot.. Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni. Landscape yang baru.. Kalau dulu just ada batu-batu yang buruk but now ni siap ada rumput lagi..
Teluk Chempedak yang 'baru'
Tempat lepak yang paling aku suka sebab tenang.. aman.. damai..
Perasan tak makcik kat belakang yang tengah duduk pakai tudung warna coklat.. Dia kan asyikla pandang kitarang sepanjang kitarang bergambar kat sini. Kenal kitarang ke? Tak faham aku~
Dah.. Jom kita gi tempat lain pulak
After that, kitarang ke ECM. Yang ni sebenarnya takde dalam perancangan pun eh. Aku yang gedik nak pergi sebab nak gi Mango Outlet. So Nemo pun ikut je la kerenah aku.
"I cuma nak masuk MNG je. MNG je. Pastu kita balik" - Aku
"Ok! MNG je taw" - Nemo
Ok.. Memang tipu la kan. Bila dah masuk ECM, nampak kedai Nose terus lupa kata-kata manis masam tadi.
"Eh.. Nose la. Jom masuk jap. Jap je. Aritu I tengok satu kasut ni dengan Mira masa kat Nose Queensbay.. Cantik! Memang menyesal la tak beli. Jom tengok japla kot-kot ada. I gi MV ari tu pun takde" - Aku
"Jom" - Nemo
Boyfriend aku ni layankan jela kerenah aku. Hahaha.. Sian dia. Tapi kasut yang aku nak tu takde. Frust gakla. Rasa menyesal tak beli aritu makin bertambahla.
Pastu barula gi ke tempat/destinasi yang sebenar iaitu Mango Outlet. Aku belek semua barang yang ada kat dalam kedai tu tapi takde satu pun yang aku berkenan.
"Ish! Kalau tak beli pape ni.. Rugi ni. Takkan nak balik dengan tangan kosong lak.. Alaaa" - Aku
"You ni... Tak pela.. Tak rugi pun taw. Bagus lagi adela.. Takyah keluarkan duit" - Nemo
Bila keluar dari Mango Outlet, aku nampak Padini Concept Store lak
"Eh.. jom masuk Vincci. Jap jeee... " - Aku (sambil tarik tangan Nemo)
"Vincci lak.. Haih" - Nemo
"Hehehe" - Aku
Sian boyfriend aku. Ikut je la.. Tapi aku still kua dengan tangan kosong gak. Hish! Kecewa tul sebab takde yang berkenan di hati.
Kat luar ECM, ada kereta Porsche ni.. Gosh! Sangatlah cantik eh
You need a hair cut la sayang
Jammed pulak kat tengah-tengah Kuantan
Pastu kitarang gi salon yang boyfriend aku selalu gi. Aku yang insist dia untuk potong rambut sebab rambut dia dah super panjang eh. Dah selekeh aku tengok. Bila potong tu, memang sependek-pendeknya la tapi aku suka sebab nampak lebih kemas. Tapi dia asyik complaint kata muka dia nampak tembam bila rambut pendek.
Masa di saloon
Selamat tinggal rambut panjang
Still tak puas hati lagi dengan rambut nya yang super pendek.. Tapi I suka la sayang
Which one is better?
Lepas dah potong rambut, aku dapat msg dari Che Pah tanya aku kat mana. Aku cakap aku baru nak gerak balik. Dia cakap jom jumpa jap sebab dia nak bagi souvenir from Indonesia. Yeay! Memang aku ada minta tapi aku gurau-gurau je. Tak sangka lak dia nak bagi. Hahaha..
So kitarang straight away to Jaya Gading sebab aku nak gi cari tapai ubi for mama and terus jumpa Che Pah kat situ. Dia pun nak balik ke rumah dia gak. Jadinya.. aku dapatla key chain from Indo.. Sonoknye =)
Lepas tu aku gi cari tapai ubi tapi takde.. Aiseh.. Sorryla mama.. Takde rezeki arini.
Key chain dari Che Pah. Jauh ni diterbangkan.. Dari Indonesia dong. Nemo pun dapat jugak tapi dia dapat pen yang bertulis Jawa Tengah. Thanks a lot Che Pah. Aku betul-betul hargainya =)
Gudbye Pahang
Lepas tu kitarang terus balik ke KL. Ari pun dah lewat. Aku lak nak kena cari jalan untuk ke site. Ari tu gi cari dengan bapak tak jumpa. Site tu memang depan mata tapi tak taw jalan masuk nye kat mana. On the way back to KL, jalan jammed giler. Yerla.. Malam Krismas kan. Dah sah-sah banyak kereta. Haih.. Call kawan aku pun, dia pun tak taw. So I guess.. Aku kena call supervisor aku untuk tanya mana je entrance road dia. Lepas tu, kitarang singgah makan kat restoran dekat dengan rumah aku. Then balik..
Jammed.. Dem!
p/s: Sangat seronok harini.. Sebab ditaja oleh Sugar Daddy a.k.a my boyfriend. Selalu kua pun, dia gak yang taja (except bila I kaya-maya-raya). Hehehe. TQ sayang!