*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, March 30, 2012

Ada Lagi la

Aku masih di sini..
Tetapi kekangan hidup membuatkan aku bagai ditelan arus..

Saturday, March 10, 2012

Meow City

Dah lama rasanya tak update blog ni. Sibuk sungguh hidup aku sekarang. Langsung takde masa nak berfoya-foya. Tapi aku rasa hidup aku lebih bermakna walaupun tiada masa untuk diri sendiri.

Oh.. Bulan lepas (10/2/12-14/2/12), aku dengan kawan-kawan mama aku ke Kuching, Sarawak. I repeat, kawan-kawan mama aku merangkap makcik-makcik. Menarik tak? Hehe. Kitarang tempah tiket ni since 2011 kalau tak silap. Punyala lama. Tapi berbaloi la sebab tak silap aku two way baru RM30+. Murah giler kan. Kalau beli tiket bas gi Kedah pun dah RM40. Ni ke Sarawak kot. *love Air Asia.. Tiba*

Arrived at Kuching Airport

Malam tu kitarang jalan-jalan sekitar bandar Kuching dengan berjalan kaki je cuz hotel yang kitarang duduk tu memang dalam town

Kuching Waterfront




The next day nya kitarang sewa van untuk ke Serikin. Perjalanan lebih kurang sejam lebih gakla. 
Kat sini macam ala-ala Rantau Panjang or Bukit Kayu Hitam. Ada banyak jual baju dan souvenirs

With all the makciks-makciks

Hari ketiganya kitarang ke Pasar Satok. Ni pun tempat untuk shopping gak

Masa ni kat India Street yang berdekatan dengan Kuching Waterfront


With my beloved mama





Fourth day kitarang berjalan untuk cari kek lapis dan ikan terubok masin pulak

Masa jalan kat deretan kedai-kedai tu, tiba-tiba ternampak Masjid India. Boleh pulak terselit sebuah masjid eh.

Memandangkan plan arini nak cari kek lapis dengan ikan terubok, kitarang ke seberang sungai dengan menaiki bot tambang. RM0.40 je tambang dia. Agak teruja gakla dapat naik bot ni. Tapi belum sempat nak panas punggung, dah sampai sebab dekat je

The famous ikan terubok masin. Kalau datang sini tak beli, sila menyesal *kerr?* 



Harini hari terakhir kitarang kat Kuching, Sarawak. So pagi tu kitarang bangun dan terus siap-siap untuk pergi amik gambar kat Cat Statue, cam tak lengkap la dah datang Kuching tapi tak amik gambar kat situ.


James Brooke Cafe yang terletak di Kuching Waterfront
Cantik kan kedai ni

Yeay! Dapat jugak bergambar kat Cat Statue


Masa on the way balik ke hotel, kitarang singgah naik cruise berjalan-jalan sepanjang sungai Sarawak. Ikutkan seorang RM20 tapi kitarang dapat diskaun RM16/person.



Yang ni tradisional cruise

Misteri buaya puaka
Sampan ni sungguh takde insuran. Isk isk isk



History

Goodbye Kuching, Sarawak. Hopefully one day, I can come again

Thursday, February 23, 2012

Tokio & Her Babies

Still tak decide lagi nak bagi nama apa dekat newborn kitties ni

Ni paling besar antara semua

Ni kedua besar. Lasaknya bukan main lagi

Yang ni kecik je berbanding dengan adik beradik dia yang lain tapi garang

Yang ni keje dia asyik tido je 

* Tengok tu.. Yang lain dok menyusu tapi dia dok tidur

p/s: Adik aku suruh letak nama Milo, Kopi, Teh, satu lagi tak ingat. Hampess
p/s: Tokio dah bawak lari anak dia lagi. Menyorok kat mana tah. Sedih~

Thursday, February 9, 2012

My Long Holiday

4 hari cuti.. Agak lama jugakla. Tapi aku tak gi memana pun. Just duduk kat rumah je. Boring memang boring tapi takde mood nak gi berjimba-jimba. Aku tengah simpan mood holiday ni cuz I will fly to Kuching, Sarawak tomorrow. Weehoo! Tak sabarnya..

Pssstt.. Ni lah sebahagian benda yang aku buat sepanjang cuti 4 hari ni..

Kerja-kerja pencucian

Pengeringan


:)

Tuesday, February 7, 2012

Sudah-Sudahlah Beranak

Guess what..??

Makcik Tokio beranak lagi. 

Dia ni memang takde keje lain. Asyik bunting je. Subur betul. Masa dia bunting, perut dia sangat-sangat besar. Kitarang tertanya-tanya gak, agaknya berapa pulak anak dia kali ni. Selalunya maximum dia beranak, 3 ekor je, tapi yang hidup sekor dua ekor je.

19 Jan 2012

Mama aku msg kata bapak aku nampak bontot Tokio macam ada darah. Mungkin dia dah beranak la kot masa tu. Esok nya baru aku balik rumah. Memang betul sebab perut Tokio dah kempis. Penat jugakla aku dok ushar dan mencari anak dia. Tak tahu mana dia sorok kan. Selalunya dia suka beranak kat stor rumah belakang. 

2 hari selepas tu baru aku jumpa anak Makcik Tokio. Tu pun sebab dia pindahkan anak dia dari stor rumah belakang ke rumah aku. Mula-mula aku nampak 2 ekor je. Dalam hati, 'Aritu perut dia kemain nya besar.. Tapi beranak 2 ekor je. Isk isk isk'. But then bila dah nak dekat malam, aku saja tinjau lagi tempat persembunyian dia. Eh..! Dah jadi 3 ekor pulak. Ajaib!

Keesokan harinya, masa aku kat dalam bilik, aku dengar bunyi anak kucing mengiau punyalah kuat. Aku sangka si Tokio pindahkan anak dia lagi. Aku pun gi la jenguk tapi tengok Tokio dok duduk dalam kotak bersama 3 ekor anak dia. Aku pun gi la tinjau kat rumah belakang. Still aku dengar anak kucing mengiau. Terus aku angkat keluar si Tokio dari kotak. Aku yakin yang ada lagi sekor anak Tokio kat rumah belakang. Aku pun terus campak si Tokio, campak manja-manja je ke rumah belakang tapi boleh pulak dia patah balik ke rumah aku. Tak guna betul makcik ni. Aku angkat lagi sekali dan campak dia ke rumah belakang. Agaknya dia baru sedar yang dia tertinggal lagi sekor anak dia. Aku pun tunggulah dia keluar dari stor tu. Tak lama lepas tu aku nampak cam dia gonggong something. Memang betul ada lagi sekor anak Tokio. Kira semua nya ada 4 ekor la. No wonder la perut dia besar gila. Ada 4 ekor semuanya. Sangat meriah. Hopefully kali ni biarlah semua hidup dengan sihat dan jangan lah hilang kan diri. Selalu bila dah besar sikit, mesti kucing-kucing aku hilang. Tak tahu la sama ada orang curi ataupun memang kucing aku tu pandai ronda-ronda tapi tak tahu jalan pulang.

Yang warna brown dengan warna hitam tu gemuk. 2 ekor lagi tu kurus je



p/s: Cepatlah membesar