*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Spungalin. Show all posts
Showing posts with label Spungalin. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Agen Perisik

Lepas aku balik outstation from Johor (16 Jan-20 Jan 2012), the next day nya, ada beberapa orang Agen Perisik datang ke rumah aku. Tujuan dorang sebab nak merisik seseorang kat rumah aku ni. Walaupun penat tak habis lagi, tapi aku tetap mengemas dan menolong apa-apa yang patut sebab rumah ku bagai dilanda tsunami. Nanti Agen Perisik tengok, pengsan lak.. 

Adik aku yang tengah poyo-poyo rajin. 
Mentang-mentang dia tau aku nak amik gambar, terus pura-pura mengelap kipas



Hasil selepas habis mengemas
Bowl ni aku beli kat kedai Hinode RM5
Batu-batu tu aku tak ingat beli kat mana
Bunga pink putih tu adalah bunga kemboja yang aku petik kat laman rumah

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, salah seorang anggota Agen Perisik SMS aku, "10 min sampai yo". Masa tu aku dengan tak mandinya lagi dan baru nak makan tengah hari. Terus aku angkut pinggan dengan gelas air masuk ke dalam bilik. Lebih kurang 10 minit selepas tu, aku dengar macam ada suara-suara lain di luar. O'Ooo.. Mungkin Agen Perisik dah sampai. Terus aku capai towel dan mandi, baru terhegeh-hegeh nak mandi. 

Masa aku tengah bersiap, adik aku ketuk pintu bilik aku suruh aku keluar. Terkejut beruk la aku sebab masa tu aku belum habis bersiap lagi. Cuak mak nok! Eh, tapi apsal lak aku nak cuak kan. Lek sudah.. 

Bila dah habis bersiap, aku pun keluar la dari bilik. Masa tu semua mata memandang kat arah aku. Segan nya tak payah cakap la. Tapi aku buat-buat cool je dan pergi bersalam-salaman dengan semua orang. Nak cover rasa malu yang menebal tu, terus aku angkat pinggan-pinggan kotor yang ada atas meja dan bawa ke dapur untuk aku basuh. Confirm Agen Perisik tengok terpikat kan. Bakal menantu solehah ni. Muahaha.


After that my family dok sambung menyembang lagi dengan Agen Perisik. Aku??? Aku dok melepak tengok TV dengan adik aku. Serious tak tau nak buat ape. Masa hari itu Agen Perisik datang membawa ini..

Strawberry cake
Sireh Junjung (takde gambar)
Dan sedulang buah-buahan (takde gambar)

Dan kami membalas dengan ini

By the way, ini lah Agen Perisiknya a.k.a family Nemo yang mana soon to-be-my-future-family. Insyaallah
Apsal la aku nampak cam nenek bongkok je dalam gambar ni. Cis betul

After habis operasi risikan, aku dengan Nemo terus terjah ke Mid Valley untuk misi seterusnya.


Outfit of the day 
Accessories: Light Brown Belt (bought at The Mines)

p/s: Malu I.. (^_^)
p/s: Guys, doakan lah agar semuanya berjalan dengan lancar ya. Amin :)

Monday, January 30, 2012

Johor Premium Outlet

Sejak-sejak Johor Premium Outlet atau JPO di buka kat Kulaijaya, Johor.. Aku teruja jugakla nak pergi. Macam best je kan sebab everyday ada sale. Aku ni memang pantang kalau sale ni, macam la ada banyak duit kan.

Kebetulan aku kena outstation to Johor for 1 week. So aku dengan my colleague ada plan gakla nak singgah ke JPO, dah alang-alang. Nanti menyesal lak tak singgah.

So after habis kerja, kitarang singgah la di JPO. Teruja tengok banyak butik-butik mewah kat sini. Kedai pertama yang kitarang masuk adalah Tomei, kawan aku nak survey cincin. Pastu kitarang masuk butik Coach. Bila tengok handbags kat situ, no wonder la murah. Barang dia outdated. So agak mengecewakan la. Tapi kalau yang jenis tak kisah dan pentingkan design, ok je.

Then kitarang naik ke tingkat atas dan masuk ke Cotton On. Disarankan masa nak beli barang kat sini, make sure tengok tanda harga betul-betul sebab dia ada 2 tanda harga yang berlainan. Satu mata wang Singapore ($) dan satu lagi Ringgit Malaysia (MYR). Masa kat sini, aku ada la terberkenan dengan high waist jeans dengan cardigan dia. Jeans tu harga $30, yang pada mulanya aku ingatkan RM30 je la. Dan cardigan tu RM30 @ $20. Mujurla before aku gi kaunter aku tanya kat sorang salesgirl ni. Dia cakap jeans tu RM145 kot, aku pun tak berapa ingat. Bila aku tanya dia, "Bukan RM30 ke?". Then dia jawab, "Oh itu Singapore Dollar." Terus aku tak jadi nak beli. Cam ada diskriminasi je cuz kalau convert $ to RM, tak sampai la RM145 kan. Kenapa bila buka butik kat Malaysia, harga untuk mata wang Singapore lagi rendah? Serious aku tak faham. Terus aku blah dari situ.

After that kitarang jalan-jalan ke Padini, Charles & Keith, Fidani, Fossil, CK, Adidas, Nike, Quiksilver etc. Kat bawah ni ada few photos yang sempat kitarang snap masa berada kat sana.

View di waktu petang


Nike Factory Store


Car Park

Evita Peroni

Pink Jambu

Coach

Armani & Burberry

Last but not least, the author yang sangat exhausted

Thursday, May 5, 2011

Chilling at Chiling River

Sambungan dari entry sebelum ni..

Zaman aku kecik or sekolah rendah/menengah, aku selalu join rombongan gi camping, wall climbing, jungle trekking, kem motivasi etc. Pantang cikgu tanya sapa nak join rombongan, mesti aku sibuk nak bagi nama gak.

Now, dah hampir berzaman kot aku tak join outdoor activities. Sampaikan aku tak ingat bila last time aku join aktiviti-aktiviti luar. Punya la lama

Masa ari Ahad aritu, tiba-tiba Nemo call and ajak aku gi mandi sungai with his friends. I tot just mandi sungai je la. Tak expect yang akan ada jungle trekking which for me mencabar la.

Isnin pagi, lepas Subuh, aku dah bangun dan siap-siap. Pastu aku gi kedai kejap sebab nak buat sandwich sebagai bekalan kat sana nanti. Dalam pukul 9, Nemo and his friends sampai kat rumah aku. Pastu kitarang terus gerak gi Chiling River kat Kuala Kubu Bharu. Kitarang sampai kat sana dalam kul 11 pagi.



Pastu terus berjalan masuk. Masa sampai kat sana baru aku tau yang rupanya kitarang kena lalu 7 lintasan dan kena redah lebih kurang 5-6 sungai sebelum sampai di waterfall. Dahla ada certain tempat tu, arusnya deras. Ada sekali tu, selipar aku kena bawa dek arus. Mujur sempat diselamatkan. And kali kedua aku tergelincir lak sebab aku terpijak batu yang berlumut aka licin. Malu giler. Habis basah baju aku. Argh~Lembik tul! Mujurla kawan-kawan Nemo semua sporting and very helpful. Dorang semua memang dah biasa dengan aktiviti macam ni.

Jungle trekking
Nampak baju aku basah


Meredah sungai
Ada certain sungai arusnya deras.. Kadang-kadang aku rasa cam nak dihanyutkan oleh arus. Punya la ringan aku ni

Bila sampai kat waterfall, tengok ramai giler orang. Semua datang berkumpulan. Ada group budak-budak Cina, family group, Malay group. And tak lama lepas tu, 'sotong group' pun ada. Aku dok terbayang macam mana je la dorang redah tadi. Hehehe. Tapi yang paling surprise sekali ada makcik yang dah tua boleh sampai kat waterfall tu. Salute la

Masing-masing lapar bila dah berendam dalam air tadi


Sardine Sandwich

Monyet yang duk tunggu masa nak baham makanan kitarang

After berjam dalam kereta, after aku tergelincir, selipar hampir-hampir dihanyutkan arus, merentas denai yang lecak, memanjat batu dan cerun, merentas beberapa sungai, melalui 7 lintasan.. Tapi semua tu sangat worth it bila nampak waterfall ni

The Waterfall

Dalam pukul 3 lebih kitarang dah gerak turun. Masa dah habis mandi, hujan dah mula rintik-rintik. Mujurla kitarang sempat sampai kat kereta

Bye-bye Chilling River

Pastu kitarang gerak gi Ampang Park cuz masing-masing dah lapar. Perut dah bunyi-bunyi minta nasi. So kitarang lepak kat Nasi Kandar Pelita. Pastu terus gerak gi Jusco Bukit Tinggi cuz nak tengok Fast & Furious 5. Best woo movie ni walau dah takde aksi racing. Tapi tetap seronok. Dekat kul 2am baru aku sampai rumah. Balik rumah terus mandi-mandi and ZzzzZZzz

Thursday, September 9, 2010

Macam-Macam Hal Yang Terjadi

Aritu aku pernah cakap kat Nemo yang aku teringin sangat nak berbuka puasa dengan dia. Sepanjang bulan puasa ni, tak pernah walau sekalipun kitarang berbuka puasa bersama cuz dia sangat-sangat busy. Walaupun aku cam separa faham and sometimes langsung malas nak faham sampaikan terbergaduh disebabkan kesibukan dia yang cam takde batasan je.. But in the end, aku terpaksa faham jugakla kan.

And now dia dah start cuti dah. So aku memang berharap sangat yang dia akan ajak aku untuk berbuka puasa dengan dia. 

******************

Oh ya.. 05/09/10 aritu adalah birthday dia. Aku hanya sempat wish je tapi tak sempat lagi nak jumpa dia. Masa 04/09/10 tu aku ke Pavilion sebab nak teman adik aku shopping and sekali cari hadiah untuk Nemo. Puasla aku masuk butik-butik kesukaan dia tapi malangnya takde satu pun yang berkenan di hati. Aku ni memang agak cerewet orangnya. Walaupun beli untuk someone else tapi haruslah ikut taste aku gak, boleh cenggitu? Disebabkan kua pun dah petang jadi masa agak terhad la. Before bukak puasa aku mesti nak ada kat rumah dah. Lagipun mama aku pun ikut sekali. So mestila kena berbuka kat rumah. Takkan nak biar bapak aku bukak puasa sorang-sorang. Sian dia. So pencarian di Pavilion agak mengecewakan sebab aku tak dapat nak beli hadiah untuk Nemo :(

Masa tengah bersiap-siap nak ke Pavilion
Top: MNG Cardee & Bubble Spaghetti Strap
Bottom: Levi's Jeans
Accessories: Brown Bead Necklace

******************
05/09/10(Ahad)
Aku ajak adik aku ke Mid Valley. Aku bangun awal gakla. Dalam kul 12.30pm aku dah siap dah tapi malangnya keta lak takde sebab bapak aku guna. Dalam kul 2.30pm baru bapak aku balik. Berasap gakla aku tapi nak wat camne. Around 3pm terus gerak ke MV. Dahla jalan agak jammed. 

Bila dah sampai MV, teman adik aku cari kasut untuk dia. Then dok memusing aku kat dalam MV. Masuk butik Zara sampai 3-4kali. Butik Topshop 2-3kali. Aku rasa salesgirl+boy mesti dah perasan muka aku. Mesti dalam hati dorang berkata-kata, "Muka budak ni lagi". Eh.. lantakla nak kata ape. Yang aku tau kali ni aku mesti beli something. Aku taknak balik dengan tangan kosong. 

Masa kat dalam kedai-kedai tu, orang punyala ramai. Aku paling ke kanan.. "Hooo! Molek doh hok ni". Aku paling ke kiri, "Hok mano mu sero bla bla bla". Aku rasa cam bukan kat KL je. Huhuhu.. Tapi abaikan. Misi mencari hadiah untuk Nemo harus diteruskan jugak. Last-last masa masuk butik Zara untuk kali ke berapa tah, akhirnya aku terberkenan dengan satu kemeja ni. Lepas dah belek apa yang patut, aku  pun terus rembat and pergi bayar. Hopefully muatla dengan dia. 

Malamnye aku berSMS dengan Nemo. Dia tanya sama ada esok aku free atau tak. Of coursela aku free.  Kalau tak free pun, aku tetap akan free kan diri. Huhuhu. 

Yess!! Yes!! Akhirnya dia ajak aku keluar berbuka puasa esok. Aku cadang supaya kitarang gi tengok wayang dulu untuk elak jam. Kalau kua nak dekat berbuka, confirm jalan jam giler. 

"Senang-senang I berbuka kat rumah you je la" - Nemo

Aku pun gelak je la. Then dia cakap cam nak makan kat TGI Friday's. Aku pun ape lagi.. Terus la search apa yang patut. Aku tengok menu-menu kat TGI, Chilis, Delicious. Pastu tengok showtime untuk citer Grown Up pukul berapa.. Haih.. Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Rinduuu~

******************
06/09/10 (Isnin) 
Sebenarnya aku ada niat nak gi umah dia wat surprise tapi disebabkan dia dah ajak aku kua.. Bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang la kan. Tapi pagi tu aku sempat lagi ke Alamanda & Jusco dengan mama & adik aku. Mama nak gi cari baju Melayu/baju batik untuk bapak aku. But then last-last mama belikan kemeja lengan pendek untuk bapak. Balik tu terus aku bersiap sebab nak keluar dengan Nemo pulak. Dah bersiap semua, Nemo call kata jalan jammed sebab hujan. Aku pun lepak-lepak online jap sambil menunggu kedatangan dia. Tiba-tiba dia call,

"Sayang.. I accident" - Nemo
"Hah?!!! Kat mana? Macam mana boleh accident?" - Aku (rasa nak gugur jantung aku dengar)
"Dah nak dekat dengan rumah you dah. Kat Petronas ni. Tadi jalan licin" - Nemo
"Okay.. Okay. I datang sekarang" - Aku

Aku pun terus ke tempat kejadian. Rupa-rupanya dia accident dengan divider jalan. Mujur bukan dengan kereta lain ke apa. Tayar kereta dia menyenget masuk ke dalam. Aku tak tau nak explain macam mana tapi Nemo cakap 'arm' dia dah patah. So sebab tu tayar tu terperosok ke dalam. Rim dengan tayar masih okay lagi. Takde menda. Tapi kereta tak dapat la nak gerak sebab risau kang tayar meletup ke apa. So tersadai je la kat situ. Aku pun cakap nak balik rumah tanya kat bapak macam mana. Dia nak call mama dia, dia takut. Confirm kena marah. Kalau bawak kereta kancil takpe lagi. Tapi ni bawak kereta evolusi, memang menadah telinga ar dia pasni. Sian dia.

Then bila aku balik, aku tunggu jap bapak aku solat. Pastu kitarang anak beranak gi la kat kereta Nemo. Tengok-tengok apa yang patut. Pastu Nemo terpaksa call jugak mama dia untuk tanya pasal AAM. Hah! Apa lagi.. Kena bebel la dia. Pastu dia call papa dia lak. Tapi papa dia jauh. Kena tunggu lebih kurang 2-3 jam camtu. And then kitarang decide untuk letak kereta kat Petronas and dia ikut aku balik rumah. Takkan nak biar dia duduk situ pulak. Jap-jap lagi dah nak bukak puasa. Dia pun okla. Dia gerakkan kereta dia perlahan-lahan ke Petronas.

Pas dah pastikan semua selamat, dia pun ikut kitarang balik. Pastu mama ajak gi Bazar Ramadhan sebab mama tak masak ari ni. Kitarang pun follow je la. Masa kat dalam kereta aku cakap kat Nemo,

"Last-last TGI Monday's" - Aku (Hari ni kan hari Isnin)
"You ingat tak yang I pernah cakap senang-senang bukak puasa kat rumah you" - Nemo
"Heee~ You la ni. Mulut masin" - Aku (sambil kitarang tergelak-gelak ayu. Yerla.. Mama aku kat depan kot. Kena la control)

Balik dari bazar terus siapkan pinggan mangkuk cawan untuk makan. Hee~ Walaupun kitarang tak dapat berbuka puasa kat luar.. Tapi bila dia berbuka puasa bersama family aku, dah rasa macam satu family je. Eceh! Over pulak.

Then around 8.10pm, aku antar dia ke Petronas sebab papa dia dah tunggu kat sana. Pastu kitarang lepak-lepak sampai tow truck datang. 

Walaupun macam-macam hal yang berlaku tapi aku tetap rasa happy sebab dapat jumpa dengan dia.. Dapat berbuka puasa bersama.. Last but not least, I love you so much la!!

Wednesday, August 4, 2010

MTV World Stage 2010

Last Saturday (31/07/2010) aku pergi Sunway cuz malamnya aku akan tengok MTV World Stage live at Sunway Lagoon. Tix ni pun mujur my bro yang bagi. Kalau tak, tak merasa la jugak. 

Kitarang gerak ke Sunway Pyramid around 1pm sebab nak tengok Eclipse, ketinggalan zaman betul. Walaupun time kitarang beli tiket tu around 2 something and movie tu actually start pukul 1.50pm.. Kitarang bantai tengok gak. Ala.. Terlambat sikit je. 

Citer tu.. Ermm.. Menyakitkan hati rasanya. Dahla action kurang.. Asyikla dok bercium je keje. Bella giler macam slut eh. Benci giler aku tengok. Kesian sama Abang Edward.

Pas tengok citer yang menghampakan, kitarang ke Wendy's Restaurant untuk ceriakan balik hati. Then lepas dah melantak bagai, terus kitarang ke Sunway Lagoon (SL). Keluar je.. Mak Ai! Ramai giler orang tengah beratur. Cam tutt!!! Tapi aku berjaya ikut jalan short cut. Bhahaha.. Thank God!


Masa kat dalam SL, sambil menanti konsert bermula, tiba-tiba hujan renyai-renyai pulak.  Apalagi.. Masing-masing kelam kabut keluarkan baju hujan yang dorang dah sediakan awal-awal. Spoiled! Tapi takde orang pun yang berganjak. Masing-masing masih sabar menunggu konsert bermula.

Buruk giler eh. Mujurla aku pakai liquid eyeliner (waterproof). Kalau tak, aku akan jadi minah gothic giler ar

Aku duk kat dalam SL start kul 5 lagi. Konsert hanya bermula around 7pm. 1st artist yang keluar buat persembahan adalah Bunkface. Mantap gakla Bunkface ni performed

Bunkface tengah perform

 And then my fave, Wonder Girls!!
Dorang siap bawak props sendiri lagi iaitu cage

WG baru kua dari cage


 Tapi hampanya WG tak nyanyi pun lagu Nobody. Dorang nyanyi sikit je. Pastu dorang pun said Thank you. Agak frust di situ ya

Tapi tiba-tiba WG kua balik dengan pakai baju yang kat dalam video clip tu. Mujur aku sempat record tapi takleh nak upload kat blog ni sebab lembab sangat. So aku upload kat Facebook je :)

Next was Tokio Hotel. Dorang nyanyi banyak giler lagu. Vokalis dia memang superb ar suara dia. Langsung tak pancit. Memang dasyat. Tapikan aku pelik tengok gaya dia cuz sometimes cam bapok pun ada. 
But I've read few articles bout him.. He's not gay eventho he dress and act somewhat like a female.. :) Pfiiuhhh..


Bill Kaulitz, Vocalist Tokio Hotel yang superb


Siap bawak motorbike sendiri as a prop. Memang giler gempak

Baru aku tau rupanya guitarist, Tom Kaulitz ni adalah twin brother pada vocalist Tokio Hotel, Bill Kaulitz.

Tom Kaulitz ni pandai main gitar.. piano. He got so much talents! Dahla handsome :)


Enough with Tokio Hotel. After been waiting for about half an hour, barulah Katy Perry keluar. But actually, everytime dorang nak tukar artis akan ambil masa lebih dari 1/2 jam rasanya. Almaklumla dengan hujannya.. Macam-macam benda yang berlaku.







Hasil berkonsert selama 7 jam
Buruk.. Busuk.. Hangit.. Tengik.. Masam.. I need shower!

Time to go home

Walaupun dengan berhujan selama hampir 7 jam.. Dengan kaki berendam dalam air, sebab tempat tu dah start bertakung, dengan bau-bau yang sangatlah harum eh masam sebenarnya, dengan aku tak dapat nak bernafas dengan baik sebab tak cukup udara, dengan dahaganya, dengan terpaksa menunggu lama giler untuk artis-artis tu keluar untuk performed, dengan terpaksa berhimpit dengan orang..

Tapi semua tu berbaloi kot. Langsung tak rasa menyesal datang ke MTV World Stage ni. So bagi sapa yang terlepas, boleh la tengok Premiere kat Astro (tapi tak sure channel berapa)


PREMIERE

August 21, 2010 (Saturday)
7pm (WIB), 8pm (SIN/HK/PH), 9pm (MAL)


REPEATS

August 22, 2010 (Sunday)
2pm (WIB), 3pm (SIN/HK/PH), 4pm (MAL)

August 31, 2010 (Tuesday)
12 midnight (WIB), 1am (SIN/HK/PH), 2am (MAL)

Sept 9, 2010 (Thursday)
5pm (WIB), 6pm (SIN/HK/PH), 7pm (MAL)


Sept 18, 2010 (Saturday)

1pm (WIB), 2pm (SIN/HK/PH), 3pm (MAL)