*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label SMTBP. Show all posts
Showing posts with label SMTBP. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

September/October/November 2001

13 September 2001

Kali ni blok aku buat aktiviti di Pasir Panjang, Pulau Pinang. Sampai je kat situ, aku, Pena, Wan Salameon, Ayu, Ruby pergi kat batu besar and jerit kuat-kuat. Serupa kambing yang baru terlepas dari kandang daa. Hehehe. Dah penat menjerit, kitarang pergi kutip kulit siput tapi kena kejar dengan Cikgu Zurina. Apalagi.. Cabut lari la. Then kitarang kena berkumpul sebab ada aktiviti buat tugu dan sesi pembentangan. Group kitarang kena kritik gila-gila la. Lepas dah habis semua aktiviti tu, kitarang pergi kat batu besar lagi.. Menjerit-jerit dan nyanyi sama-sama. Best sangat masa tu. Hilang semua masalah.

Dekat pantai tu ada satu pokok yang dahan dan daunnya menyujud ke bawah. Memang cantik sangat. Siap ada buaian lagi kat bawah pokok tu. Aku dengan Hasvenda naik la buaian tu (ada 2 buaian) sambil menyanyi-nyanyi. Disebabkan terlampau seronok, malam tu ada budak kena hysteria. Kitarang ke yang patut dipersalahkan..?

22 October 2001
Aku gi lewat ke sekolah sebab hujan lebat sangat. Nasib baik la Pakcik Umar (pakcik yang bawa bas) datang ambil dengan bas. Ari tu aku cuma pakai sandal je (Senior la katakan. Tunjuk otai sikit). Bila aku lalu je tepi Dewan Ibnu Khaldun, tah macam mana aku boleh terjatuh & terduduk. Padahal aku dah control jalan baik punya. Sakit giler kot. Kawan-kawan aku sangat hampeh. Bukan tolong aku tapi tolong gelak ada la. Tak guna betul!

26 October 2001
Hari ni ada Jamuan Koperasi kat Paradise Sandy Bay Hotel. Kitarang lunch kat sini. Macam-macam ada. Pilih je yang mana berkenan. Memang kenyang gila la. Yang menarik perhatian aku semestinya pantai kat situ.

**Left: Nuha, Me, Fatimah, Nazarina & Zulina**



01 November 2001
Hari ni last pergi sekolah. Lepas ni dah SPM. Before aku balik, Maruk panggil aku.

“Kalau aku ada buat salah ke atau apa-apa kat hang, aku minta maaf la” - Maruk
“Tak pe. Aku dah lama maafkan hang. Aku tak kisah pun. Eh.. Aku pun sama” - Aku
“Erm.. Okla” - Maruk

Malamnya ada Jamuan Akhir Tahun Pergerakan Puteri Islam kat kantin sekolah.

05 November 2001
Waa.. Ari ni aku amik SPM. Macam tak percaya je. Tapi aku demam (dah biasa dah. Everytime periksa je, mesti aku demam. Exam fever).

the end...

August 2001

17 August 2001
Malam ni ada program Malam Helwani yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam di Dewan Ibnu Khaldun (Jangan tak tahu orang sekasar aku ni masuk Puteri Islam. Alkisah sebenar yang boleh masuk Puteri Islam ni sebab Persatuan lain dah penuh. Yang ni je masih kosong. Nak tak nak, kena join la jugak).Pada malam tu, aku berduet dengan Mariah Omar menyanyi lagu Oh Ibu yang dipopularkan oleh Exist. Before menyanyi ni, ada sedikit sketsa mengenai ibu yang dah meninggal. Kawan-kawan aku yang kat bawah pentas dah bersorak dah. Aku siap boleh tergelak masa tengah menyanyi. Huhuhu..


18 August 2001
Tepat detik 12 tengah malam, ahli dorm aku prank aku sebab hari ni birthday aku. Dorang tabor bedak kat aku and pakaikan gincu. Habis dorang kerjakan aku. Aku terus gi basuh muka dan badan. Lepas tu terus tidur. Mengantuk kot.

Pukul 2.30 petang, mama, Bob dan Adik (jiran sebelah rumah) datang bawa birthday cake, junkfood, bihun goreng. Terharu aku. Aku ajak kawan-kawan aku turun gak. Kitarang celebrate kat Dewan Makan.

Malam tu,kitarang celebrate lagi sekali. Dorang siap make up kan aku dengan gincu dan macam-macam lagi. Lepas tu kitarang bergambar. Masa makan cake(kek yang lebih petang tadi), Wan Salmi yang start main calit krim kek kat pipi aku. Apalagi.. Lepas tu bermula lah ‘Perang Calit Kek’. Memang riuh gila la. Then dorang arak aku dari satu dorm ke satu dorm. Malu gile.
**Ieja ni pun kena 'kerja' dengan kawan-kawan aku gak sebab birthday dia sama/awal sehari sebelum birthday aku**

**Perang calit kek bermula**

Esoknya, Puan Zurina tanya sapa yang buat bising malam semalam. Semua diam je =p

31 August 2001

Blok aku ada aktiviti Sukaneka. Macam-macam permainan ada. Contohnya kerusi berirama, tarik tali bla bla bla.. Enjoy gakla. Haa.. Jangan tak tahu yang aku dinobatkan sebagai ‘Ratu Suratkhabar’. Game ni kita kena reka pakaian paling kreatif dengan menggunakan suratkhabar. Walaupun bukan gelaran Miss Universe ke.. Miss Malaysia ke.. Tapi aku bangga la jugak menjadi Miss Newspaper. Hihi..

Selain tu aku ada masuk acara Tarik Tali. Jangan ingat badan ku kerempeng aku tak larat nak tarik tali tu. Kurus tapi kuat taw. Tapi lepas habis je acara ni, satu badan rasa sengal and kaki pun luka. Pape pun, memang enjoy.

to be continued...

June/July 2001

28 June 2001 – 29 June 2001

Aku jadi time keeper untuk Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Peringkat Zon ‘A’. Walaupun aku cuma time keeper je tapi seronok gak sebab boleh tengok macam-macam ragam =)

**Gambar tak terang.. Biasalah.Camera zaman dulu. Tak secanggih camera zaman sekarang**

13 July 2001
Aku, Pieja & Nurul tak buat laporan kimia lagi. Puan Zalina nak kutip hari ni. So terpaksalah ponteng ‘assembly’. Kat belakang kelas kitarang ada satu bilik stor. So kitarang menyorok la dalam tu. Mula-mula cuak gakla. Buatnya pengawas or cikgu datang check, tak ke niaya. Masa tengah syok menyalin, kitarang dengar bunyi tapak kaki. Oh My God! Dada masing-masing dah berombak eh. Takut giler. Dekat pukul 8.30 pagi, kitarang nak keluar tapi takut. Aku suruh Pieja keluar dulu and kitarang ikut dari belakang. Pieja buka pintu sikit-sikit (ala-ala mengendap), ternampak la Huda yang tengah duduk relax atas kerusi sambil dok buat laporan kimia. Cis! Yang kitarang ni terketar-ketar kat dalam stor tapi Huda relax je. Hahaha.. Sengal!

Kalau kat kelas, aku baik dengan dorang ni
*Left: Nurul, Pieja a.k.a Ketua Mulut Laser, Aku a.k.a Penolong Ketua Mulut Laser, Cikda*

Ni lah Cikgu Kimia saya, Puan Zalina

17 July 2001
Malam ni diadakan Malam Puisi. Ramai gile yang datang. Acara start pukul 9.30 malam sampai la pukul 11 malam. Dorang jemput Zulfekal datang ke majlis tu. Dia nyanyi lagu Sephia-Sheila On 7 (lagu ni memang tengah popular masa zaman ni). Best giler la cuz aku memang minat lagu ni.

25 July 2001
Maruk usik aku tapi terkantoi dengan Ustaz.

“Dia kacau kamu ke?” - Ustaz
“Aah Ustaz” - Aku (laju je aku jawab)

Lepas tu Maruk kena pulas perut dengan Ustaz. Hahaha.. Padan muka dia. Aku pun tak tahu la kenapa je Maruk ni tak boleh tengok aku senang. Ada je idea dia nak kacau aku. Tak faham betul.

26 July 2001
Aku pernah terkantoi dengan Cikgu Zurina (warden yang garang) sebab tak turun riadah. Aku ni nama je Pengawas Asrama (P.A.) tapi perangai sama je macam budak-budak lain. Tak sesuai betul jadi P.A. Bak kata kawan aku.. Bukan Pengawas Asrama tapi Perosak Akhlak. Hahaha.. Masa riadah semua orang kena turun tapi aku dengan kawan-kawan yang lain semua tertidur. Tiba-tiba aku dengar satu suara,
“Saya kira 1 sampai 5. 1, 2, 3...” - Cikgu Zurina

Bila aku buka je mata, Nampak Cikgu Zurina tengah counting. Apalagi.. Semua orang terjun dari katil, lari la. Kitarang lepak kat dalam toilet dulu. Lepas tu, kitarang semua kena berkumpul dalam bilik penyelia. Kena la denda membersihkan blok asrama selama 1 week. Kejam.. kejam..!

to be continued...

April 2001


02 April 2001
Aku bergaduh dengan Maruk disebabkan name tag Convent aku. Dia la yang start dulu. Cerita dia.. Aku pinkan name tag aku kat beg sekolah tapi satu hari tu, name tag aku hilang. Aku memang cuak gila la. Aku ingat terjatuh ke.. Tercicir ke masa aku jalan. Aku memang sayang gila name tag tu. Satu-satunya kenangan yang aku ada masa kat Convent (semangat ke'Convent'an betul). Masa waktu rehat, aku nampak something kat poket Maruk. Bila aku gi dekat dengan dia.. Cinabeng! Rupa-rupanya dia yang curi. Aku memang bengang giler la. Mati-mati aku ingat name tag aku hilang. Rupanya dia yang amik. Dah la dia siap promote dekat orang yang lalu lalang.

“Hi! Nama aku (seperti yang tertera di name tag).” - Maruk

Terbakar je aku tengok dia. Bila aku minta balik name tag aku, dia kata next week baru dia bagi. Tak guna betul. Aku pun lurus.. Tunggu la sampai 1 week tapi dia tak bagi gak.

**Name tag yang aku sayang sangat**

**Ganas tak muka dia**
(sorry la Maruk.. Gambar ni aku curi tapi tak ingatlah curi kat mana)

11 April 2001
Aku gi koop masa dah habis kelas and aku ternampak Maruk. Kali ni aku nampak dia pinkan name tag aku dekat name card dia. Daripada tunggu dia bagi, aku rasa better aku buat sesuatu. So masa aku nak keluar dari koop, aku terus rampas name card dia (Name card ni penting sebab bila beratur waktu pagi-pagi, prefect akan check name card. Sapa yang tak bawa kena pergi ambil name card tu kat hostel. Tak pun kena tulis nama). Aku dah tak kira dah. Yang aku tahu, aku nak balik name tag Convent aku. Masa tu memang kecoh gila. Kitarang siap perang mulut kejap. Dia suruh aku pulangkan name card dia tapi aku terus blah. Tapi aku sempat lagi cakap,

“Padan muka hang!!” - Aku

Masa aku tengah bertekak dengan dia, suara aku memang kuat. Aku nampak je Puan Siti (Cikgu BM a.k.a Cikgu Garang) tapi aku dah tak peduli dah. Aku tunggu Nuha dengan Zulina kat simpang Dewan Ibnu Khaldun.

“Puan Siti kirim salam.” - Zulina
“Laa.. Apsal lak?? Huh! Lantak dia la” - Aku
“Puan Siti cakap nak suruh awak baca teks kuat-kuat dan jawab semua soalan nanti” - Nuha

Isk.. Tak faham aku dengan Cikgu Siti ni. Tak pasal-pasal lak. Actually, dalam hati.. aku cuak gak la. Sapa tak kenal Cikgu Siti yang garang tu.

**Puan Siti**

Masa aku kat Dewan Makan, aku, Nuha dan Zulina beratur nak amik nasi. Tiba-tiba aku nampak Maruk masuk Dewan Makan. Mati dah la. Time tu memang aku dah takut giler dah. Maruk ni unpredictable. Maruk beratur belakang aku tapi aku buat muka ‘bodo’ je. Muka tak bersalah.

“Bagi balik name card aku” - Maruk
“Mampuih pi kat hang la. Sapa suro hang amik name tag aku. Sampai satu minggu plak tu. Nasib arr” - Aku

Masa aku tengah amik nasi, Maruk datang depan aku dan rampas name card aku pulak. Huh! Bulls**t! Apasal la aku tak terfikir tadi. Kalau aku tahu, aku dah sorok siap-siap name card aku tu. Dekat name card tu ada no phone aku. Si Maruk yang sengal ni gi baca no phone aku kuat-kuat sampai satu Dewan Makan dengar.

"Nama dia (seperti yang tertera di name card)" - Maruk (sambil tunjuk ke arah aku)
"Nak berkenalan dengan dia. Ni no phone dia. 04-4*****4" - Maruk

Gosh! Malu giler aku masa tu. Semua pandang kat aku. Apsal la ada jugak orang macam dia ni.
Masa petang tu, aku ada aktiviti. Aku saja bawa name card Maruk. Mana tau nanti terserempak dengan dia kat tengah jalan. Boleh buat pertukaran. Dan memang betul aku terserempak dengan dia. Nasib baik dia pun bawa name card aku. Pastu kitarang cepat-cepat tukar. Maruk ni bukan boleh percaya sangat.

12 April 2001

Hari ni aku gi jumpa Puan Siti untuk minta maaf.

“Cikgu.. Saya minta maaf sebab tak tegur cikgu semalam” - Aku
“Saya tak suruh pun awak tegur saya” - Puan Siti (sambil buat muka kerek dan garang)
“Awak tahu tak yang suara awak tu dah melebihi suara budak lelaki?” - Puan Siti (not to mention.. Puan Siti ni bertudung labuh ya)
“Tapi dia yang usik saya dulu” - Aku
“Saya tak nak amik tahu sapa yang mula usik dulu. Yang saya tahu suara awak dah melebihi suara budak Khamarul tu. Esok saya nak suruh awak baca teks kuat-kuat dan jawab semua soalan” - Puan Siti
Mati la.. Puan Siti betul-betul nak buat macam tu kat aku. Ingatkan main-main je. So, keesokan harinya aku tak datang sekolah la. Takut kan Puan Siti punya pasal, habis semua kelas aku ponteng. Lepas kejadian tu, boleh dikatakan setiap hari Jumaat aku tak gi sekolah. Yang bestnya aku tak pernah kantoi. Tapi masa nak dekat SPM, barulah aku pergi. Nasib baik Puan Siti dah tak ingat pasal perkara tu
 
to be continued...

Form 5T1

05 February 2001

Aku ada projek PKEE iaitu “Pendawaian Domestik” dengan Leena. Huh! Tak best betul partner dengan dia ni. Semua benda dia je nak buat. Aku memang tak nak partner dengan dia sebab dah tahu dah perangai dia tapi time tu aku sorang je yang takde partner. So nak tak nak terpaksalah partner dengan dia gak. Bila Cikgu Najib nak test our project, tiba-tiba meletup! Haaaa~ Ganas betul! Then kitarang (actually Leena ni je yang buat. Aku dok berjalan dari meja ke meja kacau orang) buat la balik. Bila kali kedua test, pun meletup gak. Lepas tu, Cikgu Najib taknak test dah. Huhuhu.



**Yang dibulatkan merah, tu lah Leena**
**Behind: Aku, Nurul, Pieja**
**Duduk: Leena, Zulina, Cikda**
to be continued...

Form 5

Naik je Form 5, Bofa Set Gang kena dipisahkan. Dengar kata senior yang buat macam tu. Dorang rombak habis. Kitarang semua duduk bersepah-sepah. Aku dengan Cikda duduk kat Dorm 6. Walaupun berpisah bilik tapi kitarang tetap kamcing lagi. Cuma bila nak dekat SPM , masing-masing buat hal sendiri. Dah mula busy dengan study.

**Skodeng Gang**




p/s: before this I dah pernah buat entry pasal Skodeng Gang.

October/November 2000

20 October 2000

Ari ni ada Jamuan Blok. Aktiviti pertama mestilah MAKAN! Pada malam ni, setiap dorm kena buat persembahan. Mula-mula kitarang buat sketsa ‘Aci-aci buka pintu’ dan lepas tu kitarang nyanyi lagu XPDC- Di tepi pantai tapi tiba-tiba radio buat hal lak. Malu betul. Pape pun kitarang enjoy sangat malam tu.

21 October 2000
Hari ni ada Jamuan Koop di Casuarina Beach Resot. Cantik sangat pemandangan kat sini. Ada pantai.. Memang menarikla. Kitarang dinner kat situ. Menu malam tu adalah Western Food. Best! Kali ni aku jadi MC. Malu ooo.. Masa cabutan bertuah aku dapat hamper dengan seterika =)


**Oh btw, aku ni AJK Koop dari Form 4-5**

09 November 2000
Hari ni ada Jamuan Asrama dan hari ni jugak dapat tahu siapa yang akan jadi Pengawas Asrama. Aku memang tak harap langsungla sebab aku tahu yang aku tak sesuai jadi Pengawas Asrama. Perangai macam apa je lagi.

Masa pengumuman dibuat, nama aku tersenarai sebagai Pengawas Asrama. Masa tu aku tengah rancak menyembang. Kawan-kawan aku yang cakap,

“Woit! Nama hang kena panggil” - Kawan aku

Aku dengan muka blur, terus keluar. Rupanya aku layak. Tak sangka tul.

**Layakkah aku menjadi Pengawas Asrama?**

to be continued...

August 2000

12 August 2000
Jangan tak tahu yang aku pernah jadi MC untuk program “Drama Anak Laut”. Kelas aku kena persembahkan drama “Serunai Malam”. Actually aku main-main je. Masa dorang tanya siapa nak jadi MC..

“Takpe. Biar aku jadi MC.” - Aku

Memang betul-betul kawan aku bagi nama dekat Cikgu Asfarelawati. Haha.. Padan muka. Main-main lagi. Kan dah jadi kenyataan.

Masa kat atas pentas, aku cuba bayangkan yang kat bawah ni hanyalah beruks-beruks belaka. Then masa aku nak cakap.. Tiba-tiba mic terjatuh and berdengung satu Dewan Ibnu Khaldun. Boys semua dok bersorak. Argh! Punyala malu tak payah cakap. Dahla aku ni jenis nervous tahap dewanya.

Ayat pertama yang aku cakap adalah,

“Dari Dewan Besar Ibnu Khaldun Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau mempersembahkan... Pementasan drama pelajar Tingkatan 4 dari Antologi Anak Laut” - Aku

Haa.. tu la ayat yang mula-mula keluar dari mulut aku.. Ketar dowh. Bila dah habis je program tu, memang rasa lega giler la. Aku terus pergi kat Cikgu Asfarelawati.

“Camna cikgu... cara saya bercakap tadi?” - Aku
“Macam keretapi non-stop.” - Cikgu Asfarelawati

Hehehe.. Janji dah selesai satu tanggungjawab aku.

24 August 2000
Aku dan Ima naik dorm awal. Lepas habis je baca surah Yassin, kitarang terus blah. Kitarang nak mandi sama (mandi sama means mandi pada waktu yang sama tapi berlainan toilet ok). Yang bestnya masa tu.. Ima tolong syampu kan rambut aku and after that aku pulak tolong syampukan rambut dia. Seronok sangat.

26 August 2000
Kali ni satu dorm pulak yang gi mandi beramai-ramai. Aku, Che Nana, Hawa, Gee dan Cikda gi mandi kat toilet aras 1. Kitarang siap main sabun, simbah-simbah air dan tolong gosok sabun kat badan masing-masing. Yang kelakarnya, kitarang siap naik atas sinki lagi. Konon-konon macam duduk dalam keretapi la. Lepas tu syampu rambut orang =)

28 August 2000
Aku gi prep denga Ieza. Awal-awal lagi dia dah warning jangan bagi dia leka walau sesaat pun sebab dia rasa macam tak sedap hati. Bila dia dah cakap macam tu, rasa pelik la jugak. So aku cuba la untuk buat-buat bising.. bercakap banyak.. tapi kena tegur pulak dengan dia.

“Jangan seronok sangat” - Ieza

Masa kat dalam Dewan Prep a.k.a Dewan Makan (junior-junior kena prep kat Dewan Makan sebab bilik prep yang ada kat hostel tak cukup untuk menampung junior-junior. So, cuma senior je la yang study kat bilik prep), dia dok sembang dengan budak yang duduk kat meja belakang.. Tapi tiba-tiba dia tersenyap. Pastu dia pusing balik menghadap meja kitarang and tulis atas kertas nama Allah. Lepas tu dia pangkah. Aku yang duduk kat sebelah dia terkejut gakla bila tengok dia buat macam tu. Dalam hati aku, “Awat pulak dengan dia ni?”. Meremang jap bulu roma. Bila aku rasa tak sedap hati, terus aku panggil Che Nana. Dorang (Bofa Set Gang) suruh aku bacakan ayat kursi dan azan kat dia sebab masa tu hanya aku sorang je yang boleh sembahyang. Tapi Ieza tetap macam tu dan bila aku pandang dia, aku nampak dia tengah menangis. Dia tunduk je bawah. Aku pun terus panggil Illy.

Lepas Illy dah bacakan sesuatu, Ieza dah boleh cakap. Dia bagitau kitarang apa je yang dah jadi. Dia kata tiba-tiba je dia rasa tak boleh nak bercakap dan rasa sakit tekak. Dia bagitahu kitarang yang ‘benda’ tu ajak dia balik dorm tapi dia taknak. Rupanya masa dia menangis tu, dia tengah baca surah Yassin kat dalam hati. Dia cuba untuk melawan ‘benda’ tu. Mujurla dia berjaya.

And not to mention, suasana malam tu sangatla seram. Tiba-tiba angin berhembus kuat sangat. Habis semua pintu kat Dewan Makan terbuka dan tertutup. And tak lama lepas Ieza kena kacau, budak lain pulak yang kena. Lebih kurang 7 orang yang kena hysteria. Aku dan Nuha kena buat air penawar. Gile! Aku ni pun bukannya berani sangat. Aku pegang botol pun tak betul. Menggigil-gigil macam orang kena Parkinson. Zulina (dia ni berani dan warak-warak sebab dia budak dari sekolah agama sebelum ni), dia yang bagitau kitarang kena baca ayat apa untuk buat air penawar tu tapi malam tu dia terlupa beberapa surah. Pelik?! Sebelum ni dia ingat je. Tak tahu la. So kitarang bantai je la. Lepas tu, kitarang bagi budak-budak yang kena hysteria ni minum and percik kat muka dorang tapi dorang ni melawan. Meronta-ronta suruh lepaskan. Cuak gak la. Sapa-sapa yang lemah semangat memang senang nak kena rasuk. Takut la jugak, kang tak pasal-pasal aku pun terkena. Oh taknak! Simpang malaikat 44.

Malam tu memang keadaan huru hara sangat. Semua warden keluar sebab keadaan dah jadi sangat kecoh and bising. Dengar kata, ‘benda’ tu dah kacau sampai kat hostel dah. Ada senior-senior yang kena rasuk jugak. Kebetulan jugak, masa tu time supper. Budak-budak lelaki semua turun untuk makan. So dorang pun dapat tengokla apa yang terjadi kat kitarang semua ni. Memang free show la. Semua excited nak tengok apa yang dah jadi. Then ada sorang warden ni telefon ambulans. Semua budak yang kena hysteria diangkut dengan ambulans untuk dibawa ke klinik. Dengar kata, dorang mengamuk kat klinik gak. Habis nurse-nurse and doctor kena tendang. Ganas~

Malam tu, kitarang semua tidur sambil rapatkan katil. Tak berani nak tidur sorang-sorang. Takut!!

to be continued...

July 2000

23 July 2000

Aku, Gee, Che Nana, Cikda, Ima, Syida, Hawa dan Tenuk masuk perlawanan bola jaring antara dorm. Masing-masing semangat giler la. Kitarang namakan kumpulan kitarang sebagai BOFA SET GANG (di ambil sempena nama set alat lukis). Ramai kot yang sokong kitarang ni tapi baru main 1 game, terus kalah. Hahaha.. Malu gile la. Lepas habis je main, kitarang terus blah gi koop. Cover malu. Ingatkan boleh la menang tapi baru 1 game dah semput. Tak kisahla.. Yang penting kitarang happy=)


**Sebelum perlawanan**
**Yang berdiri dari kiri: Cikda, Ima, Tenuk, Che Nana, Syida, Aku**
**Yang duduk: Betong, Hawa**

**Selepas perlawanan**
(ni kat Dewan Makan yang kat tepi nya ada koop)
**Muka semua dah burn gila-gila**
 
to be continued...

June 2000

09 June 2000
Semua junior SMTBP kena ikut TAMSAS. Dalam satu slot tu, ada slot Koreksi Diri (K.D.). Kiranya dalam slot ni, semua junior akan disoal tentang bab-bab agama.

“Adik tutup aurat ke tak?” - Senior
“Tutup” - Aku (sambil buat muka suci)
“Kalau sepupu lelaki adik datang rumah, adik tutup aurat gak ke?” - Senior
“Tutup” - Aku

Hahaha.. Actually aku kan free hair. Tapi terpaksalah kelentong. Nak hidup punya pasal. Kalau tak, jenuhla nak bersoal jawab. Ada budak siap nangis-nangis lagi kena hentam dengan senior. Ada tu pulak siap berdebat dengan senior. Wah! Cara!!

10 June 2000
Dari pukul 11.30 malam sampai pukul 12.15 tengah malam, kitarang ada aktiviti “Jalan Keretapi”. Best la jugak. Adventure.. Huhu.. Ari tu aku pinjam baju kurung kawan aku, Ima sebab baju kurung aku takde. Saiz Ima pulak lebih besar dari aku. Masa tengah jalan, tiba-tiba kain aku nak terlondeh pulak. Oh my God! Time tu aku dah gabra giler dah. Dahla kitarang jalan kena tutup mata and kena pegang baju kawan depan kuat-kuat cuz kalau terlepas alamatnya jalan sorang-sorang la. Seram kot~ Masa dok jalan tu, tiba-tiba aku terlanggar sorang senior ni.

“Adui! Sakitla!!! - Senior

Hahaha.. Padan muka. Sapa yang aku pijak, aku pun tak taw. Patutnya aku pijak lagi kuat lagi. Huhuhu. Aku pun dok bantai gelak dengan Cikda. Then kena marah dengan senior sebab bising. Lepas je aktiviti ni, ada budak kena hysteria. Meremang gakla bulu roma ni. Surau ni kan so called tempat ‘keras’(Relax ye).
Lebih kurang pukul 3 pagi, kitarang kena buat solat hajat dengan solat sunat. Aku pula lepak kat belakang sebab tak boleh sembahyang. Bila duduk kat belakang ni macam-macam ragam boleh tengok. Ada budak lelaki, masa tengah sujud boleh bantai tidur. Lawak tul. Aku lak sedap je tidur kat belakang. Ramai jugak la yang join tidur. Mengantuk giler. Boleh pula masa tengah sedap-sedap tidur, aku terkentut (Hish! Tak senonoh betul. Tapi nak buat macam mana. Tak boleh tahan dah). Opps~ Sorry. Kesian la kat sapa yang tidur mulut ternganga. Habis perfume semula jadiku masuk ke dalam rongga korang. Hahahaha.

Pukul 8 malam, kitarang kena dengar ceramah pulak. Huarghhh! Bosan. Mengantuk. Boring. Giler. Tak boleh blah.

11 June 2000
Pukul 3 pagi ada aktiviti “Malam Keinsafan”. Memang insafla.. Tapi sekejap je. Hahaha.. Yer la, sapa yang tak insaf bila dorang sentuh bab ibu bapa. Memang sensitive la kan. Majoriti nangis dan termasuklah aku.. Huhuhuhu..

12 June 2000
Pagi ni ada aktiviti “Ihram Alam”. Kebetulan hari tu hujan turun dengan lebatnya tapi best la jugak. Kitarang kena jalan kaki dari surau sampai lah ke Flat Hijau. Agak jauhla.

Ari ni penutup TAMSAS. Masa salam dengan senior, aku termenangis sebab terharu (terharu sebab apa, aku pun tak tahu). Bila kitarang semua dah balik dorm, ingatkan nak share la dengan kakak senior pasal apa yang dah berlaku masa kat TAMSAS tapi senior-senior boleh buat tak tahu je kat kitarang. Kitarang dok fikir gak, apa la salah kitarang kali ni. Tapi masing-masing dah penat, lantakla..

Esoknya, senior buat mesyuarat dorm. Kawan aku siap pesan lagi yang kitarang jangan nangis. Tapi yang mula-mula nangis adalah kawan aku (yang pesan jangan nangis tu) gak. Aku je yang tak nangis. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe tak perlu nak nangis kot sebab aku bukannya buat salah pape pun.

to be continued...

May 2000

14 May 2000
Aku gaduh dengan Cikda. Sebenarnya aku gaduh dengan Ieza tapi Cikda pun yang masuk campur gak. Memang angin la. Tiba-tiba aku teringat yang Cikda ada pinjam aku punya sudu. Aku panggil la Cikda sebab nak minta sudu tu balik. Banyak kali aku panggil tapi dia buat tak reti je. Aku pun naik hot gakla. Bila aku cakap yang aku nak sudu aku, baru dia bagi.

“Dah ambil barang orang bukannya reti bagi balik.” - Aku

Pastu aku campak sudu tu kat rak aku.

“Ee.. perangai macam setan!” - Aku

Ops! Tah macam mana boleh terlepas cakap pulak. Masa tu memang tengah mendidih gila. Main cakap je walaupun tak berniat apa-apa. Maybe Cikda dengar aku cakap and lepas tu dorang menggelarkan diri dorang sebagai,

Ieza - Che Tan 1
Cikda - Che Tan 2
Dek Na - Che Tan 3

p/s: Nakal betul masa tu. Sapa sangka dulu selalu je gaduh tapi now ni kitarang kamcing =). Zaman dulu-dulu sangatlah childish.

to be continued...

March/April 2000

21 March 2000
Hari yang aku takkan lupakan. Semua penghuni blok 7 kena pegang pad yang still ada darah lagi. Kitarang dipaksa berbaris di luar koridor bilik bermula dari toilet kat aras 1 sampailah ke tingkat atas. Kitarang kena bersumpah yang pad tu bukan kitarang yang punya. Tah sapa yang buat dajal..? Ramai giler yang maki & sumpah seranah. Ada yang nangis-nangis sebab first time kot kena pegang pad orang lain. Siap ada darah lagi.. Pad sendiri pun kita rasa geli, ni kan pad orang lain. Hish!

02 April 2000
Semua junior kena berjemur kat court sebab Ketua Blok, Kak Ija marah-marah dengan kitarang (Tak ingatla dia marah sebab apa). Dah la panas terik time tu. Ieza dah nangis-nangis sebab kulit dia tak boleh kena cahaya matahari. Kalau tak, kulit dia akan burn dengan cepat, pedih dan merah je. Kesian dia.

14 April 2000
Aku, Ieza, Gee, Ima & Che Nana malas nak gi solat jemaah. Ni semua idea Ieza la. Masing-masing buat-buat sibuk. Bila senior tanya kenapa kitarang tak turun sembahyang jemaah (Isya’), kitarang tepuk dahi and kata, “Laa.. Terlupa pulak.” Kitarang pun cepat-cepat turun ambil wudhu’ dan pergi ke surau . Bila masuk je surau, semua dah habis sembahyang. Hikhik =p (syaitonnye)

to be continued...

Form 4.. Dorm 3

Masa Form 4, aku duduk di Dorm 3, Blok 7 (Hostel Rabiatul Adawiah). Junior dalam bilik tu --> Aku, Ieza, Cikda, Che Nana, Hawa, Ima dan Haslina. Senior pulak --> Kak Bush, Kak Mira, Kak Mahani, Kak Shah, Kak Mun, Kak Su dan Kak Faezah.

**Yang pakai tudung purple tu adalah Kak Bush**
**Yang pakai baju belang merah putih tu adalah Cikda**
**Yang pakai baju hitam tudung putih adalah Kak Mahani**
**Yang pakai tudung biru adalah Che Nana**
**Yang pakai Seluar merah adalah Kak Mira**
**Yang pakai tudung coklat adalah Ima**
**Yang tengah pegang berus longkang warna kuning adalah Saya**
**Yang duduk sebelah saya (mencangkung tak ingat) adalah Hawa**

p/s: Yang takde dalam gambar ni adalah Kak Su, Kak Faezah, Kak Shah, Kak Mun, Ieza dan Haslina.

Mula-mula kitarang ok je dengan senior tapi bila dah masuk pertengahan tahun, macam-macam hal yang berlaku. Selalu lah buat Mesyuarat Dorm a.k.a Bilik Gelap. Member aku siap nangis-nangis lagi. Nasib baik aku tak kena teruk sangat sebab muka aku kan baik. Hehehe..

Aku, Ieza and Cikda pernah kena sound dengan Kak Shasha (Dorm 5) sebabnya, lepas gotong royong kitarang terus naik dorm. And then, kitarang buat air dan cicah dengan biskut. Lapar kot. Asyik dok menyental longkang je.

“Awat takdak orang?” - Aku
“Tah. Alaa.. Lantak pi la. Kita soru dulu” - Cikda

Tiba-tiba Kak Bush dengan Kak Shasha datang.

“Amboi! Orang lain penat-penat angkat katil, tilam bawak turun bawah, hampa sedap ja dok makan” - Kak Shasha (serious muka dia lawa, tapi mulut laser nak mampus)

to be continued...

Form 4.. 4T1

Class 4T1
Aku ni kan dari sekolah perempuan je.. So agak culture shock la jugak. Bila ada boys yang kacau, aku akan buat muka se’blur blur’ nya. Aku memang tak layan langsung. Ramai yang cop aku sombong tahap cipan and ramai senior perempuan anti dengan aku. Apa masalah dorang, aku pun tak tahu.

Bila time rehat, aku akan round satu sekolah sambil makan and minum. Ada sekali tu , aku pernah kena tegur dengan abang senior (tak silap nama dia Abang Husni kot) sebab makan berdiri. Lorh! Suka hati aku la. Ada aku kacau korang. Hish! Menyampah! Nasib baik sebelah Abang Husni tu adalah abang senior yang aku admire, Abang Amir Syafiq. Sejuk terus bila tengok muka dia. Hahaha.

Ada sekali tu, aku pernah terkantoi dengan cikgu PJK sebab tak turun masa Pendidikan Jasmani. Kitarang malas nak tukar baju. Leceh! Selalu je kitarang tak turun tapi cikgu tu tak pernah pun nak check. Angin apa tah hari tu, dia datang check lak. Masa kat dalam kelas, ada budak bagitau yang cikgu PJK nak datang. Apalagi.. Semua kelam kabut la larikan diri. Ada yang pergi hujung bangunan. Ada yang pergi bilik ape tah.. Tapi aku..?

“Nak menyorok mana eh?” - Aku

Aku and beberapa kawan yang lain terus serbu toilet walaupun rasa tempat tu tak berapa strategik. Belasah je la. Masa kat dalam toilet, aku kecut gak. Ini kalau kantoi memang habis la. Bila aku dengar bunyi tapak kaki kat luar, aku terus keluar dari toilet sebab tak berani. Aiseh! Cikgu PJK daa.. Apalagi.. aku pun berlakon la konon-konon aku baru lepas ‘melabur’.

“Sapa yang ada kat dalam tu, sila keluar sekarang!” - Cikgu PJK
“Aduh!! Sakitnya perut.” - Aku

Ada yang tarik flush toilet la.. Kelakar betul. Punyala nak berlakon. Last-last kitarang kena denda kutip sampah satu sekolah. Padan muka. Huhuhu.. Tapi lepas tu kitarang tetap tak turun gak. Degil la katakan. Hihihi.

to be continued...

SMTBP



Kronologi di Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

14 Feb 2000
Aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau (SMTBP), Pulau Pinang dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

22 Feb 2000
Aku mendaftar kat SMTBP. Berdebar la jugak sebab aku sorang je dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre (SMKCFB).Yang tak bestnya ada orientasi. Confirm kena ragging.

Edisi ragging oleh senior-senior

1. Mula-mula kena ambil tanda tangan dari senior dan guru. Jenuh la nak kena cari sorang-sorang senior and cikgu. Macam la kitarang kenal. Senior perempuan semua tak boleh blah. Menggelabah giler. Nak dapatkan signature dorang, nak kena bagitaw nama betul-betul. Kalau salah sebut, dorang tak nak sign. Tapi ada je la yang baik. Kalau senior lelaki pulak, saja suruh kitarang nyanyi. Ada yang sempat menggatal. Macam-macam yang ditanya. Nama apa. Tinggal kat mana.. Bla bla bla.. Tension betul.

2. Setiap kali berjalan nak pergi tengok kawasan sekolah, senior-senior akan suruh kitarang nyanyi lagu,

“Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Dunia kan berseri..”

3. Kitarang kena ketuk ketampi sebanyak 20 kali disebabkan kesalahan yang kecil.

4. Bila senior sebut, “Freshies”, kitarang kena jawab, “Ya Ya Ya”. Huh! Tah pape.

5. Sentiasa kena berbaris.

6. Kalau lambat kena denda. Sama ada menyanyi takpun ketuk ketampi. Kalau budak lelaki, kena pumping la.

7. Masa kat dalam bengkel elektrik, setiap pelajar wajib merasa macam mana je orang yang terkena kejutan elektrik (walaupun dalam volt yang kecil and rasanya macam kena gigit dek semut je). Tak kire! Sakit gak.

8. Tak ingat nama Ketua Blok kena berjemur kat court.

9. Sepanjang minggu orientasi kena bangun seawal 4 pagi sebab nak berebut toilet. Then kena solat Subuh berjemaah. Dalam pukul 6.30 pagi dah kena beratur untuk pergi ke dewan makan untuk sarapan pagi.

**Sebenarnya banyak lagi, tapi tak berapa ingat la.



to be continued...

Tuesday, October 27, 2009

Zaman muda-muda...

Tadi dok belek-belek gambar. Saja tengok satu persatu gambar kat Folder 'Photos'.
Tiba-tiba ternampak gambar masa I kat Sekolah Teknik dulu. Gosh! Punya la nakal..
Kalau nak cerita tentang kenakalan masa kat Teknik, rasanya berpuluh-puluh page tak cukup kot.
Macam-macam benda yang berlaku masa study kat situ. So, cerita sikit dulu la.
Intro: Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau, Penang (2000-2001)
Course: Electric and Electronic Engineering (berbeda dengan course yang amek sekarang)
Class: 4T1-5T1

Macam mana boleh belajar kat sini..
Mmm.. Sebenarnye I teringin sangat nak duk asrama. Nak rasa macam mana je rasanya duduk kat asrama. Actually, masa habis UPSR, I dapat offer belajar kat Sekolah Menengah Tun Fatimah & Sekolah Menengah Raja Perempuan kat Perak (asrama), tapi my lil bro nangis-nangis tak bagi pergi. Kesian tengok dia, terpaksala lupakan hasrat nak belajar kat situ. Then bile dapat je Teknik, terus tak fikir 2x dah. Diz time, my parents tak leh cakap ape dahla (I ni pun jenis kepala batu..Degil Grade A ok-->my mama cakap). So selamatla I mendaftar kat sekolah ni. Mula-mula sampai cam excited, tapi bile my parents nak tinggalkan I, rasa sedih sangat-sangat. Rasa nak balik pun ada. Dahla I sorang-sorang je. Tak kenal sape pun. Tapi sebabkan ego nye pasal.. wat muka cool je. Dalam hati, hanya saya yang tahu. Huhu...

(panjang lagi cerita ni tapi terpaksalah skip cuz takut tak muat nanti)

Tapi bila lama-lama.. dah ada kawan baru yang sekepala, Ok la.
Sampaila satu hari kitarang dapat gelaran Geng "Skodeng"..

Lalu, bermula lah kisah Geng Skodeng di SMTBP (dah macam wat novel je).
Kitarang dapat nama Skodeng ni pun dari budak lelaki. Alkisahnye adalah disebabkan kitarang dituduh menyekodeng budak lelaki.. Ish.. Ish.. (Jangan contohi kitarang OK)
Tapi cerita sebenar-benarnye, kitarang bukan sengaja skodeng tapi budak lelaki kat Blok 3 yang start skodeng kitarang dulu. Dorang siap lambai-lambai kat kitarang lagi. Time tu pulak kitarang tengah dok berjoget sambil nyanyi atas katil. Kitarang ternampak, kitarang lambai la balik. Huhuhu..
Then kawan I saja nak wat gempak.. Dia pun wat keluarkan camera dia. Konon-konon nak jadi teropongla. Pastu kitarang nampak budak lelaki keluarkan teropong betul-betul. Kitarang ape lagi.. Cuak giler la time tu. Terus turun dari katil, tak gerak-gerak dah. Takut punya pasal. Kang dorang ternampak benda yang tak patut tengok, tak pasal-pasal pulak. Malas nak layan, kitarang pun tidur. Tapi tak sangka pulak ada budak pergi report kat warden. Ape lagi, malam tu jugak kitarang kena panggil dengan warden. Dapatla ceramah free. Dah la I Pengawas Asrama. Memang kena fire kaw kaw la. Tapi I wat muka selambe je. Huhu..

Since dari tu kenakalan kitarang memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana student la. Huhuhu.. Contohnye macam gambar kat bawah ni... (ni baru sikit).
Gambar-gambar ni di ambil masa time prep.

**Sepatutnya kitarang macam ni lah.. Study.. Wat revision tapi....**
**Bila orang lain sibuk dok study, kitarang lak.. Sibuk dok berposing. Dengan pokok pun jadila**
**Semua ayu jadi tapi jap lagi... Transform**
**Haiyak.. Terus bertukar menjadi ganas. Taktaw ape yang merasuk dorang ni. Ish.. Ish..**
**Tadaa...Supposed tempat ni untuk cuci tangan tapi kitarang wat tempat cuci kaki.
Sebab tu kaki kitarang masuk dalam sinki**

**Rasa-rasanya tray ni bersih tak? Cuba closed-up sikit.. Then baru taw.
Nampak macam bersih. Berkilat lagi tapi rupa-rupanya...
Hee~Baik jangan citer. Nanti tak lalu nak makan lak**
**Ok.. Rasanye picha ni tak yah nak explain ape-ape kot.
Leh nampak dari muka kitarang.. Sangatlah 'bersih' mug ni OK**

Ni lah sebahagian gambar yang I ada. Gambar-gambar yang lain tak taw kat mana.

P/S: Pesanan dari penaja.. Jangan sesekali contohi kami =)