*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Memoirs. Show all posts
Showing posts with label Memoirs. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Kawan-Kawanku

Bagi aku kan.. Hidup ni terasa indah bila diri kau dikelilingi oleh mereka-mereka yang menyayangi kau. Selain dari family kau, bila kau ada kawan-kawan yang begitu menghargai dan menyayangi kau.. Rasa bermakna je hidup. Mungkin kedengaran cam over tapi ini pendapat peribadi aku. Dan aku rasa bertuah sebab mempunyai kawan-kawan yang sayang akan diri aku.

Bila aku bagitau kawan-kawan aku yang aku mungkin bakal berjauhan lepas ni and aku suruh dorang buat farewell party untuk aku, bertalu-talu kawan aku call untuk jumpa aku (It's you my twin, Awy) tapi malangnya ada je yang menghalang. Sama ada aku yang free tapi kawan aku tak free or kawan aku free tapi aku pulak yang tak free. Then lagi 3 orang kawan aku di Melaka pun ajak jumpa tapi aku dah ada plan masa hari tu.. Yang sorang pulak ada di Terengganu. Jadi agak susah la nak jumpa mereka-mereka tu. Sedih memang sedih sebab tak dapat jumpa dengan dorang tapi takpela. Mungkin di lain waktu harapnya.

30 June 2011
Tengah aku sedap-sedap tidur, tiba-tiba adik aku sibuk dok ketuk pintu.
"Akak!! Ada parcel untuk kau" - Adik aku
Aku dengan mamai-mamai pun bangunla. Bila tengok nama sender, nama Awy & Yuna. Terus dengan gelojoh bukak bungkusan tu. Apalah yang ada kat dalam tu


Tadaaaa.. A novel and a card for me 
Aku memang plan nak beli novel untuk isi masa lapang aku nanti masa attend class nanti. Tak sangka yang kawan aku hadiahkan aku novel ni. Serious aku terharu giler. Sungguh aku sayang mereka-mereka ini, bukan sebab dorang bagi hadiah maka aku sayang mereka. Tidak ye. Aku sayangkan mereka ni sebab mereka adalah kawan-kawan terbaik aku

Kawan-kawan ku.. Walau kita dah ada haluan masing-masing tapi aku harap korang senantiasa ingat akan kawan mu ini :)

p/s: Ana & Awy.. Aku dah balut novel tu and dah letak dalam luggage aku untuk dibawa ke sana nanti. Terima kasih banyak-banyak my dearies

Saturday, June 25, 2011

Doakanlah Ya

Sedari kecil lagi aku dah terbiasa dengan mendengar kata mama aku. Tapi bukanlah aku ni anak yang baik sangat pun. Aku selalu gak lawan cakap mama aku. Contohnya mama aku tak kasi main kat luar and suruh aku baca buku, aku tetap menyelinap keluar and bermain basikal. Habuannya bila balik dapatla aku rasa penangan tangannya kat bontot aku.

Masa kecik-kecik dulu, 9 tahun aku membesar dengan mama aku sepenuhnya disebabkan bapak aku bertugas di lain negeri. Tapi demi pendidikan kami adik beradik, mama dengan bapak aku sanggup hidup berasingan. 9 tahun... Bukanlah satu jangka masa yang pendek. Sangat lama. Bila hujung minggu, sama ada bapak aku balik ke rumah kitarang ataupun kitarang pergi kat dia. Camtu la kehidupan kitarang selama 9 tahun tu. Asyik dok berulang alik.

Sepanjang aku membesar dengan mama aku.. Mama aku adalah super duper garang and bapak aku pulak sangat softspoken tapi tegas. Belum pernah dia tinggikan suara kat kitarang apatah lagi menjentik. Bapak aku sangatlah berdiplomasi. Mungkin disebabkan tu aku lebih rapat dengan bapak aku. Apa sikit mesti aku report kat bapak aku. Such a daddy's girl..

Dan disebabkan mama aku garang, kitarang tak berapa berani nak lawan cakap dia. Plus, mulut mama aku ni agak masin kot, aku rasa mulut mak orang lain pun sama je kan.. mulut masin. Contoh kalau dia cakap jangan keluar rumah tapi kitarang keluar jugak, gi kedai ke atau playground.. Confirm akan terjadi sesuatu. Cam tayar basikal putus la, terjatuh basikal la etc. *scary okay*

Aku still ingat lagi, lepas aku dapat result UPSR, aku dapat offer kat 1 sekolah berasrama penuh. Aku memang tergedik-gedik nak pergi sebab tu memang cita-cita aku dan bukan senang nak masuk sekolah asrama penuh ni kan. But then adik aku dok meraung-raung tak kasi pergi. Dan bila mama aku cakap jangan pergi, aku redha je. Tak berani membantah.

Bila aku dah habis PMR dan dapat tawaran sekolah teknik.. Mujurlah kali ni mama aku bagi pergi. Memang happy sangatla time tu. Cita-cita nak duduk asrama tercapai, ada ke orang bercita-cita nak duduk asrama. Aku rasa, aku je kot. Asrama=Horror. Taknak duduk asrama dah.

Pastu bila aku dah habis SPM, aku nak sambung belajar kat kolej swasta dalam bidang Interior Design sebab aku memang minat sangat ID walaupun aku selalu dapat C atau D errr atau E dalam Pendidikan Seni. Tapi mama aku tak setuju sebab dia cakap bidang ID tak berapa cerah masa depan. Dan kebetulan aku dapat sambung pelajaran kat politeknik dalam bidang civil engineering. Lagi sekali aku redha. Aku ikutkan je la cakap mama aku walau bidang yang ditawarkan berlainan dengan apa yang aku belajar masa di form 4 & 5 iaitu electric & electronic engineering.

Kini semua tu dah berlalu. Aku dah pun menggenggam segulung Ijazah Kejuruteraan Awam dan aku berbangga dengan pencapaian aku setakat ni. Walau aku tak masuk sekolah asrama penuh.. Walau aku tak dapat sambung pelajaran dalam bidang ID tapi aku tau Allah sebenarnya dah atur hidup aku dengan cara yang terbaik sekali. Dan aku sangat-sangat bersyukur kerana mengikut kata-kata mama aku. Mungkin ni adalah berkat doa dan restu dari mama dan bapak. Sungguh aku berterima kasih pada mereka berdua.

Dan kini hidup aku bakal menjengah ke fasa atau alam yang baru iaitu alam pekerjaan. Yah.. You heard me babeh.. Alam pekerjaan. Walaupun dalam dada ada getar dan debar tapi aku mengharapkan yang terbaik buat diri aku nanti. Doakanlah semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Wednesday, December 15, 2010

Anak Makcik Tokio


Before this kat wishlist aku ada tertulis yang aku nakkan Persian Cat kan.. Tapi now aku dah delete sebab tiba-tiba aku cam terfikir..

Kalaulah kucing yang aku bela selama 5-10 tahun.. Tiba-tiba je mati sebab dia dah tua or maybe sakit ke.. Camne je reaksi aku nanti. Dah confirm-confirm aku menangis tak berlagu and mata pun membengkak kan. Setelah difikir-fikir, rasanya aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Hati aku sekarang ni mudah sangat tersentuh. Apa sikit mesti nak kasi empangan air melimpah. Bak kata boyfriend 'Sasu' atau ayat panjangnya sayur+lesu=sasu. Tak faham? Takpe.. Biar kami je yang faham. Hehehe

And pagi tadi..Tiba-tiba je aku dikejutkan dengan suara makcik Tokio yang dok memekak dan melolong. Bunyi macam mengawan pun ada. Tapi rasanya musim mengawan dah habis. Hairan pulak. Dia asyikla dok mengiau tak henti-henti. Oh ya.. Makcik Tokio ni adalah seekor kucing ye. Sebab tu mengiau.

Dahla dia mengiau betul-betul kat bilik aku. Apakah dia tau yang tuannya berada di bilik ini lalu memanggil daku untuk keluar? Itu hanya makcik Tokio je yang tahu ye. Syabas kepada makcik Tokio sebab berjaya mengejutkan aku di pagi hari. Kalau boyfriend aku call pun, belum tentu aku terjaga tapi makcik Tokio memang hebat sebab wat aku terjaga, Apa taknya.. Macam aku cakap tadi, dia mengiau betul-betul kat tepi bilik aku and tanpa henti.

Aku tengok jam di Herbee. Dem! Baru pukul 8:46am. Masih awal lagi untuk aku bangun. Aku pun tarik selimut and cuba untuk tidur. Golek sana golek sini still tak leh tido lagi. Aku ni kalau dah terjaga susah nak tidur balik. Dahla semalam aku tidur kul 4am. Giler punya mengantuk tapi dah tak leh tidur. Aku pun amik Herbee and start main Freecell. Bunyi macam Freecell Addict tapi memang Freecell ni penyelamat keadaan. Di kala bosan or susah nak tidur, aku mesti main. And kalau nak tau, setiap malam before tido dah macam jadi satu kewajipan lak untuk aku main Freecell. Aku pun tak tau kenapa.

Eh cam dah melalut panjang.. Padahal main point entry ni adalah pasal kucing. Kita berbalik pasal citer makcik Tokio melalak tadi. Nak tahu kenapa je dia melalak.. Sebenarnya makcik Tokio ni tengah meratapi kematian anak dia sebenarnya. Dan sebenarnya (Dah macam lagu Yuna) lagi, aku dah tau dah. Semalam waktu petang entah kenapa aku cam tergerak hati nak gi belakang rumah. Aku agak hairan kenapa je anak makcik Tokio ni tak datang-datang untuk makan. Selalunya dia lah hero. Kalau lambat je bagi makan, dia akan panjat tin Smartheart dengan mulut mengiau dengan kuat, buruk giler perangai. Ikut sapa tah. Bila aku dah kasi makan, dia siap pijak makanan dia tu. Takut orang lain makan, double gilernye buruk perangai.

Masa aku kat belakang rumah, aku pun dok mengiau la panggil anak makcik Tokio ni. Tapi cam takde yang menyahut je. Slalunya kalau aku panggil, dia mesti datang. Tapi ni tak nampak kelibat pun. Aku pun berjalan ke tepi sedikit sambil mata dok melilau mencari dia. Tiba-tiba aku nampak cam anak makcik Tokio dok sedap landing atas daun-daun pokok yang dah luruh di rumah belakangku. Aku pun mengiau lagi panggil dia, macam aku lak si kucing, kot-kot dia tidur lena sangat sampai tak sedar diri.

Eh tapi pelik. Apsal tak bergerak-gerak? Aku try panggil lagi tapi tetap sama. Hati aku terdetik, 'Dah mati ni'.

Sebagai minah kepoh merangkap makcik Joyah, aku pun cepat-cepat panggil bapak aku suh datang tengok. Bapak aku tu nampak je garang and suka hempuk kucing-kucing aku yang tak makan saman dengan newspaper tapi bila bab macam ni, terus lembut je hati dia. Dia pun datang tengok. Lepas kami perhati dari jauh, memang kitarang rasa anak makcik Tokio ni dah mati.

"Tapi macam mana boleh mati?" - Aku
"Mungkin kena patuk dek ular" - Bapak
"Tapi kalau kena patuk, apsal ular tu tak makan?" - Aku
"Atau mungkin dia kena langgar. Dah takde sapa tengok dia. Nak berjalan pun dah tak boleh. Pastu dia lapar. Tak makan. Matila dia" - Bapak
"Kakak rasa kita kena wat post mortem. Baru kita leh tau" - Aku
"Camna nak bedah siasat. Dia kat rumah belakang ni (Rumah belakang aku dah la takde orang) Nak ambil pun tak boleh. Lepas ni mesti bau busuk kalau tak tanam" - Bapak

Well, kalau nak kata dia sakit, sebelum ni dia sihat je. Melompat je keje. Dari bumbung kereta hingga ke atas pagola. Dia memang jaguh. Ni tiba-tiba je mati mengejut. So memang aku pun terkejut gakla. Mungkin dah ajalnya. Terpaksa la redha..

Disebabkan itula.. Aku delete wishlist aku yang berkehendakkan Persian Cat. Rasanya dah takmo la. Tak sanggup rasanya nak menghadapi kematian kucing yang tersayang. Yang ada ni dah cukup dah.

Wahai anak Tokio,
Kakak sayangkan kamu. Walaupun kita hanya sempat bermesra beberapa bulan sahaja, tapi kakak dapat merasakan jalinan keakraban antara kita.

Wahai anak Tokio,
Walaupun kamu selalu menggigit dan mencakar tanganku dan adakalanya sampai berdarah.. Tapi kakak tetap sayangkanmu.

Wahai anak Tokio,
Bersemadilah kamu di sana dengan tenang.

*Makcik Tokio=Tokio (panggilan Makcik Tokio lebih sesuai sebab dia sudah semakin tua)
*Anak Tokio tiada nama kerna baru beberapa bulan saja dia hidup. Belum sempat diberi nama

Saturday, November 20, 2010

Day 04-Gudbye Pahang

Day 04-Gudbye Pahang
101010-Sunday

Arini dah nak gerak balik ke KL. Bangun pagi terus siap-siap. Then kami sekeluarga ke Teluk Chempedak. After that kitarang singgah rumah cousin bapak, aku tak pernah tau pulak yang aku ada sedara di Kuantan ni. Sayur~

Lepas tu baru kitarang ke U untuk ambik gambar & sijil. Macam biasa, haruslah ada sesi bergambar lagi. Tak puas rasanya bergambar cuz I love cameras :)

Gonna miss this place :(


Dinner at HR Steak House, KL

p/s:
Gazilion thanks to mama & bapak sebab support kakak dari awal hingga ke saat ini.
Thanks to my bro yang sanggup turun dari jauh semata-mata untuk hadiri konvokesyen aku
Thanks to my lil bro yang walaupun takde masa aku terima skrol tapi dia sentiasa ada di hati aku
Thanks to my love yang sanggup bangun pagi buta and hadirkan diri untuk majlis konvokesyen aku berserta sejambak bunga. Terharu sangat
Thanks to all my friends. Korang semua selalu ada dalam hati aku. Love you all

Day 03-Convocation Day, BGRC & Dinner @BGRC

Day 03-Convocation Day & BGRC
091010-Saturday

Harini aku bangun awal giler. Around 5.30am aku dah terjaga. Around 5.50am aku dah gi mandi. Bukan apa.. Takut tak sempat nak bersiap. Tau-tau jela perempuan ni. Nak make up la.. Nak set rambut la. Haish.. Macam-macam la..

Walaupun aku dah bangun seawal mungkin but still kelam kabut lagi. Baru sekerat make up muka aku, dah kena make up wajah-wajah kawan aku lak. Sian dorang sebab aku tak sempat nak touch up dorang. Make up ala kadar je. Kalau la ada banyak masa.. Nak je aku make up elok-elok lagi. Pape pun, hope dorang suka :)

Gaya aku dengan Sha sama je..
Tapi CT & Aja kat belakang, gaya dorang sama jugak. Cam tau-tau je



Ni masa pendaftaran dan nak beratur masuk ke dalam dewan dah

Me with my beloved family

My dearest friends



Mama tengah betulkan tali di mortar board aku

My love
Thanks for the flower. Love it so much

Habis je konvo, kitarang terus ke BGRC. My bro teringin sangat nak gi sana. Tapi disebabkan gambar aku berlemoih+sikit, jadinya aku letak gambar aku sesudah bergumbira di BGRC  jelah. Tu pun sekeping je yang ada


Dah selesai bergumbira di BGRC, kitarang terus gerak ke Hotel Seasons View di Kuantan. Balik je terus bersiap-siap untuk gi dinner di BGRC pulak. Kalaulah badan ni boleh dikerat 3, kan senang. Walaupun aku rasa exhausted sangat tapi seronok

Masa sampai kat banquet hall BGRC, tengok half of dewan dah penuh. Acara pun cam dah start je. Mula-mula segan gak nak masuk tapi mujur ada sorang staff ni suruh kitarang ikut dia. Kitarang pun ikut je la. Sekali dia bawa kitarang gi meja VVIP. Segan giler takyah cakap. Kerusi yang aku duduk supposed Dekan FIST kot. Yang Aida lak Ustaz Yunan, sempoila kerusi ko Da. And Ana Ketua Pustakawan, macam tau-tau je yang Ana kaki novel. So memang sesuai la tempat duduk Ana tu.




Me with Mrs Aida & Puan-Pah-Going-To-Be
Aku?? No Comment

Friday, November 5, 2010

Pengalaman.. Err Kira Pertama La..

Korang masih ingat tak pengalaman pertama merangkak? Pengalaman pertama berjalan? Pengalaman pertama menunggang basikal? Pengalaman pertama memakai pad? Dah ape kena mengena pulak..

Dah.. Dah.. Aku bukan nak citer cara-cara memakai pad kat sini tapi aku nak citer pengalaman pertama aku naik flight. Sungguh kasihan kan.. Dah tua-tua bangka tak pernah naik flight. 

Tapi mama cakap masa aku kecik, kami satu family selalu naik flight bila nak balik kampung. Mama cakap lagi masa tu kami sekeluarga tinggal di Kelantan. Bila musim banjir je, terpaksalah kami naik flight untuk pulang ke kampung. Tapi tu masa aku kecik. Mana la aku ingat apa perasaannya bila berada di awan biru.

Bagi orang lain yang dah biasa atau mungkin dah lali naik flight, mungkin tiada apa-apa perasaan lagi. Tapi untuk aku.. First time dapat naik flight pada usia kini, perasaan adalah sangat teruja okay. Alah kalau korang first time naik flight or first time naik bot mewah pun korang akan teruja jugak kan.. kan?

Actually ni adalah salah satu gift from my dad cuz aku dah grad dengan jayanya. tQ so much bapak!! Haih.. Girangnya rasa hati :). 

24/10/10 (Sunday)
Aku dengan mama & adik aku dah siap awal-awal pagi lagi sebab our flight kul 1.40pm. Tapi for sure la kena gi awal ke LCCT. Kitarang naik Air Asia je

Dalam kul 11 lebih kitarang dah gerak dari rumah ke LCCT. Sampai sana around 12+pm. Terus ke kaunter check in. Settle semua.. Lepak-lepak jap kat luar dengan bapak aku. Dalam pukul 1.00pm, kitarang dah nak kena masuk dalam. Then salam & cium bapak. Siap kitarang lambai-lambai lagi poyo macam nak gi Australia takpun New Zealand. Ngah ngah ngah. Padahal gi Penang je pun yang makan masa lebih kurang 50minit. Rasa cam nak tergelak pun ada. Naik bus/kereta takde lak rasa camni. 

Adik aku kat depan kaunter check in




Bapak aku tengah check tiket
Siap dengan payung pink lagi.. Auwww~ 

Then kitarang masuk ke dalam untuk di scan. Masa mama dengan aku, kitarang lepas. Tapi masa adik aku kena scan, 2 kali berbunyi. Mula-mula sebab dia tak keluarkan wallet+hp yang ada dalam poket dia. Pastu bila dah keluarkan pun still berbunyi lagi. Then adik aku buka jacket dia.. Pun berbunyi jugak. Last-last security kat situ terus 'raba-raba' adik aku. Bila clear, baru dia lepaskan. Nak kena raba baru lepas ye. Aku dah tergelak tengok adik aku.

"Mesti ko berdebar kan" - Aku
"Tak ar. Aku tau aku tak wat salah.. Watpe nak takut" - Adik aku. Jawapan nak cool je

Then bila dah masuk ke dalam, kitarang kena tunggu lagi before leh masuk dalam flight. Dalam pukul 1.30pm baru leh masuk flight.
Masa berjalan menuju ke flight

Masa kat dalam flight, aku duk sebelah mama. Adik aku duduk kat belakang aku. Aku sempat lagi snap gambar adik aku walaupun dah tahu kena off hp. Takpe la kot. Kapal terbang bukan nak berlepas lagi pun.

Poyo-poyo nye muka

Then dalam pukul 1.40pm, flight attendant (FA) dah cakap-cakap apa yang patut. Pastu dok tunjuk demo, serious time ni aku rasa nak tergelak. Muka FA tu ketat je. Muka bosan. Yerla.. Everytime pun kena wat demo tu, mana tak bosan. Mujur dia lawa. Dahla nama sama dengan nama aku. Motif?? Hehehe.. Oh ya.. Telinga dia pun sama dengan aku gak eh. Ni memang tak boleh blah. Sampaikan mama aku cakap, "Agaknya yang nama macam awak ni memang telinga macam tu kot". Uwaaa!!! Statement kejam tu mama. Mira nama lain dengan kakak tapi telinga dia sama macam kakak, ape citer?? Hehehe

Walaupun ramai cakap FA AA tak lawa, tapi yang sorang ni yang nama sama dengan nama aku memang lawa. Dengan putihnya.. Hidung mancung. Rambut blonde. Muka bersih giler. Aku bukan lesbo okay. Ada lagi dua FA, yang tu memang tak lawa. Sorang tua.. Sorang lagi muda tak lawa. Sedap aku mengata. Tapi tak kisahla. Tak penting pun..

Masa flight dah nak take off, mama jadi tukang penterjemah keadaan kat aku.

"Ni dia pusing dulu sebab pasni nak take off"
"Ni jap lagi bila flight nak take off, rasa gayat sikit"

Bla bla bla bla bla bla....

OK fine mama.. Anakmu adalah sangat jakun. Dan mama saja menambahkan lagi kejakunan ku itu. Sampai aku tergelak kecik, tapi aku cover la. Mujur mama tak perasan.

Then bila flight tu dah nak take off, aku bayangkan cam kitarang ada kat atas bangunan 20 tingkat. Pastu lari laju-laju, dan TERJUN. Sempat lagi berimaginasi. But in reality, flight tu bergerak lajuuuuuuuu dan akhirnya TERBANG!!!!

Weee~ Aku pun pandang ke bawah. Nampak atap-atap rumah yang makin mengecil. Nampak geography kawasan Sepang. Macam gambaran satelit yang kita boleh dapat kat Google Earth. Menarik

Contoh macam ni la
Credit: Mr Google

"Jap lagi stewardess ni dok tolak troli la menjual. Mama tengok kalau pramugari AA dah cam 2 in 1. Stewardess pun dia.. Salesgirl pun dia" - Mama

Hahaha.. Aku pernah dengar pasal ni and memang betul pun. Tapi kan masa FA ni nak agih-agihkan makanan+minuman, berlaku satu kekecohan antara stewardess dengan sorang makcik Cina. 

Kiranya yang aku faham, makcik tu tanya kenapa makanan yang dia order tak ada? Pastu dia tanya lagi sama ada makanan suami dia ada ke takde. Then stewardess muka tua tu explain something tapi aku tak berapa dengar dia cakap apa sebab dia cakap slow je. Yang makcik ni punya suara tak yah citer la. Satu flight pun dengar. Pastu makcik tu marah-marah. Then stewardess tu cam dah malas nak layan, dia jawab, "Sorry.. Im in hurry". Fuhhh.. Berasap la makcik tu. Yang stewardess ni dah suruh kawan dia lagi sorang tarik cepat-cepat troli makanan. Muka stewardess tu memang tengah menahan amarah. Yang makcik tu menghangatkan lagi keadaan, "What's her name? I want to know her name!"

Pastu yang FA lawa dengan steward cuba tenangkan makcik tu. Tapi dengan dorang-dorang sekali kena sembur. 

"She's so rude to me and she didnt apologize to me. I want to know her name!!!" - Teriak makcik tu

Terus yang FA muka tua tu datang kat makcik tu and cakap, "I did say sorry to you". "No you dont and you are so rude to me! You supposed not to say you're in hurry. It's your job and your fault. Not my fault". Betul gak apa yang makcik tu cakap. Walau apa pun, customer always right. Tapi tak perlu berteriak macam orang gila. Then FA tu cakap sorry lagi tapi dibalas dengan bebelan+teriakan.. Terus FA tu ke belakang balik. Aku nampak mulut FA tu cam mencarut cakap ba alif ba ya. 

Pastu FA lawa yang nama sama macam aku, saja nak mention 1000 kali dengan steward tu try handle.. Lama-lama baru makcik tu senyap sikit. Giler kecoh makcik ni. Padahal aku rasa kalau nak makan pun bukannya sempat sebab flight 50min je. Bukan 2-3jam. Minah saleh sebelah mama aku minum air kopi pun tak habis. Ni kan pula nak makan nasi. Tah pape la. Wat malu je.

Sebenarnya makcik ni dari mula masuk flight lagi dia dok menyembang je keje. Aku tak kisahla dia nak sembang ke apa tapi dia cakap tu memang kuat. Macam flight tu dia yang punya. Tension gila aku dengar. Takde ketenteraman langsung.

Pas dari insiden tu, makcik tu dok perli-perli pasal AA. Dia cakap AA tak bagus la. Bad service. Always delay. Ruang dalam AA sempit kalau compare dengan MAS. Pasal ruang sempit, tu memang betul but in the first place, kalau MAS tu best and bagus, apsal dia naik AA gak? Kalau camtu, apasal ko tak naik MAS. Itu yang aku tak faham. Kalau bajet kaya giler, pi la naik MAS tu. Tak yah nak complain pulak pasal segala benda. Dah ko bayar murah, terima la seadanya. Eh eh.. Aku lak yang emo. Tapi aku menyampah giler dengan makcik tu sebab dia takde manners and kolot and bajet kaya. Tak suka dengan orang yang macam ni.

Around 2.15pm aku dah sampai area Penang sebab aku dah nampak Jambatan Pulau Pinang.. Nampak Queensbay Mall. Kiranya masa tu kitarang memang betul-betul atas lautan. Buatnya flight tu tut tut.. Oh tidak! Aku dahla tak pandai berenang. Nehi nehi! Then bila flight dah cam nak mendarat, tiba-tiba aku perasan flight tu cam terbang sekali lagi. Aku cam pelik pulak sebab supposed flight tu dah ada atas landasan la. Tiba-tiba kitarang makin menjauh. Pastu dengar kapten Rodrigo (pilot) cakap ada masalah angin, so dorang terpaksa pusing balik. Dah aku nampak Jambatan PP for 2nd time. But this time memang betul-betul dia landing.

Tapi masa flight nak take off, my mum sekali lagi menjadi tukang penterjermah..


"Ni jap lagi masa flight nak take off ni, flight akan terhentak sikit. Baik awak angkat punggung" - Mama


Aku diam je la. Dalam hati berdebar-debar dah. Eh tapi perlu ke angkat punggung? Ke mama saja nak kenakan aku. Saja nak kasi aku cuak. Pastu aku diam-diam je kat atas kerusi.


Dummm!! Srrrtttttttttt!! Bunyi tayar bersentuhan dengan landasan.. 


Opocot mak kau meletup!! Eh tapi mujur tu semua dalam hati je. Tak terluah di bibir pun ye. Mujur... Mujur aku tak melatah betul-betul. Mujur leh control. Kalau tak, confirm nampak aku kampung giler. Lagi kampung dari makcik tadi.. 

Phewww.. Alhamdulillah.. Akhirnya aku sampai di bumi Penang dengan selamat. So tu lah pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang di usia sekarang. Macam-macam hal yang terjadi. But overall, aku tak sukala. Tah kenapa aku rasa cam pening-pening je naik flight. Sayur kan. Adakah sebab first time maka badan sedikit terkejut? Yang aku suka cuma jangka masa yang sekejap. Kalau naik bus from KL-Penang amik masa dalam 4-5jam. tapi naik flight 50mins je. Tapi pape pun, tak sabar nak tunggu next year pulak :). Nanti aku kaji lagi

Ni masa turun dari flight. Dah sampai kat Penang Airport
Buruknye muka aku sebab amik gambar masa berjalan+rasa takut kena sound dari sesiapa
And ni je la gambar yang aku ada. Kejam tul adik aku cuz tak amik gambar aku. Gambar dia je yang banyak. Tak aci!!!

Masa nak turun dari flight, aku saja membusy body kan diri nak tengok rupa makcik tadi. Memandangkan dia duduk di seat depan sekali, dapatla aku tengok muka dia cuz aku turun dulu. Oh oh oh.. Makcik tu memang bergaya giler macam ala-ala datin yang konon class la. Dengan sunglass nye, serious tak faham kenapa dia nak kena pakai sunglass.. Ada matahari kah di dalam flight?. 


Pastu aku pun berjalan keluar dari flight. Dah sampai Penang Airport, mama and adik aku nak gi toilet jap. Aku lak lepak kat luar. Tiba-tiba makcik kecoh ni lalu bersama kawannya mungkin and her husband. Yang kawan makcik kecoh ni vogue gakla. Pakai seluar warna striking pink bersama kasut striking pink. Aku dok bantai gelak sorang-sorang masa aku nampak dorang bertiga. Ish ish ish.. Walau aku peminat setia warna pink, aku tak sanggup la nak pakai semuanya berwarna pink. Tak sesuai okay. Dah la dah tua. Maybe umur dia around 40-50+. Memang vogue habis la makcik tu. Ok dah! Tak baik mengata banyak-banyak

Okay.. Joyah dah selesai berjoyah. Hope Uya suka cuz dia cakap dia rindu nak dengar Joyah ni membebel :))

p/s: Dah cam wat karangan-Bahasa Melayu-yang mungkin-dapat-D-sebab-mixed-with-English.
p/s: Yang berwarna merah adalah tambahan.. Terlupa nak bercerita pasal flight nak take off+kejadian selepas tu. Mujur baca entry di blog Syira mengenai her 1st time experience naik flight gak :)

Thursday, October 14, 2010

Buat Mereka Yang Terchinta


Mama.. 
Bapak..

Kakak harap kakak dah buat mama dan bapak berasa bangga
Melihat anak mama dan bapak ini berjalan di atas pentas sekali lagi
Menerima skrol dari Tuanku Canselor
Menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam seperti yang diimpikan

Kakak tahu
Sudah terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mama dan bapak telah lakukan
Kakak juga tahu
Setiap masa mama dan bapak cuba membahagiakan anak-anak

Dan kakak juga mahu mama dan bapak tahu yang..
Kakak sangat-sangat bersyukur dan bertuah dikurniakan ibubapa seperti mama dan bapak
Sesungguhnya mama dan bapak adalah orang yang paling penting dalam hidup kakak
Tanpa mama dan bapak
Kakak takkan berada sehingga ke tahap ini

Kakak percaya
Walau segunung emas pun, belum tentu kakak dapat membalas jasa mama dan bapak
Walau lautan berlian pun, belum tentu kakak dapat membalas pengorbanan mama dan bapak
Terima kasih yang tak terhingga buat mama dan bapak atas segala penat lelah membesarkan kakak yang serba kekurangan ini
Kakak sayang mama dan bapak selama-lamanya

Tuesday, August 24, 2010

Wonder Girls Malaysia

Rutin biasa aku lepas bersahur adalah mengadap lappy or buat handcraft. Tengok pada mood la. Tapi selalunya aku akan online sampai ke pagi.

Tadi aku ingat malas nak online.. So aku just belek-belek folder 'Photos'. Entah kenapa tiba-tiba je tangan aku gatal nak bukak satu folder ni. Walaupun aku dah tau yang aku akan gelak macam orang giler tapi tangan aku tetap click juga. Bila dok tengok tu, takde la aku gelak kuat-kuat. Giler ko.. Subuh subuh dok gelak kuat-kuat. Tak sesuai okay. Aku cuma dok terkekeh sorang-sorang je. Kang kalau mama aku dengar, tak pasal-pasal dia pun nak join sekaki.

Sebenarnya content folder tu adalah video clip aku dengan Ana dok berangan nak jadi Wonder Girls Malaysia yang sempat kawan aku rakam, thank you so much Awy. Walaupun aku sendiri tak sanggup nak tengok VC tu, dah tengok dah pun.. Apatah lagi orang lain sebab kemungkinan besar muntah darah amatlah tinggi ye.. Tapi sebenarnya tu la antara memori terindah aku dengan kawan-kawan. 

Aku tak ingat macam mana aku boleh nak menari masa tu tapi yang pasti aku yang start dulu.. Pastu kawan aku, Ana pun join sekali. Bukan satu lagu je kitarang menari. Banyak gak sampai dua-dua dah letih. Siap berpeluh lagi. Dahla tak pernah-pernah exercise selama dok kat U.. Yang kitarang tau cuma 'berkayak atas katil' je but then tiba-tiba malam tu dok terloncat-loncat+tergedik-gedik+sampaikan kain batik aku pun nak terlondeh, ayu tak aku pakai kain batik oo, memang mengah habis la. Kalau Wonder Girls tengok, confirm nangis.

Nak tengok VC kitarang menari??! Haa.. Tengok yang ni dulu

Ni lah version yang kitarang dok ikut WG menari. Version Original+Ballad

p/s: Memang sampai mati pun aku takkan upload VC tu sebab tak sanggup. Rasa macam bukan orang yang menari tapi tulang temulang. Oh s**t!

Sunday, August 22, 2010

Selamat Berbuka

Selepas berbulan-bulan aku tak jejakkan kaki di kampung, akhirnya semalam aku balik juga ke kampung. Bukan ape.. Even parents aku ada balik kampung tapi aku cam malas nak ikut sebab takde kawan. Kalau ada cousins aku yang balik, ada la geng. Kalau tak, melongong je la aku. So baik aku duduk kat rumah sambil berinternet or tengok TV.

But yesterday, kitarang semua ke Seremban untuk berbuka puasa di rumah Achik aku. Oh ya.. Rumah Achik aku terbakar masa bulan berapa tah. Now ni dorang sekeluarga menumpang kat rumah jiran. Mujurla jiran tu baik hati kasi tumpang kat rumah dia. Haih.. Kesian family Achik. So, disebabkan tu lah, adik beradik belah bapak aku rancang nak berbuka puasa beramai-ramai kat rumah dia. Saja nak kasi meriah sikit. At least terhibur la sikit family dia.

Around 2pm, family aku pun gerak ke Negeri Sembilan. Tapi kitarang tak terus pergi rumah Achik. Parents aku nak balik kampung jap. Nak jenguk kot-kot ada buah-buahan kat sana. Aku ni mengikut je la. 

Sampai sana, dah nampak buah rambutan terjuntai-juntai kat pagar. Terus bapak aku pun siapkan peralatan untuk mengait. Haa.. Korang tau ke nak kait buah? Sebagai anak kampung sejati, haruslah tau. Kalau tak tau, kira sayur giler ar.

Bapak aku dalam usaha mengait buah rambutan

Eceh.. Loving giler la.. Bapak aku kait buah.. Mama lak dok kutip buah

Isk yang aku dok watpe?? Takde pun gambar aku mengait..

Ni haa! Aku dok bercamwhoring kat dalam kereta cuz aku anak nomad (yang selalu berpindah randah). Hehehe. So sebab tu aku tak mengait
Im wearing Rosemary Zinnia (Yang ni aku punya collection tau. Yang aku jual kat blogshop tu semua baru. For each item kat situ, mesti ada satu untuk aku)

Sampaikan habis telinga dengan pipi aku kena gigit dek tungau (ke ape nama dia) & nyamuk. Habis merah-merah. Gatalnye.. Ya ampun! 
Tu mujur dok dalam kereta. Kalau aku kat luar, tak tau.. Tu sebab aku tak boleh tolong bapak aku mengait. Nanti habis satu badan merah-merah (alasan)

Muka dah bosan

"Jom la bapak! Cukup-cukup la tu" - Aku

Tapi langsung bapak aku wat dek je. Dok mengait buah lagi. Mama aku pun dah masuk dalam kereta sebab tak tahan kena gigit dengan kerengga.

Pas dah habis mengait, bapak aku singgah kat masjid ni untuk bersihkan diri & solat. Dah lama juga rasanya tak jejakkan kaki di sini. Tak silap aku, last time aku pergi situ masa raya tahun bile tah. Dah lama sangat. Masjid ni banyak kenangan cuz masjid ni la tempat arwah atuk & nenek aku dimandikan & disembahyangkan. [Al-Fatihah]

Masjid arwah nenek & atuk aku selalu pergi kalau terawih atau ada aktiviti masjid. Tiba-tiba rindu pulak :(

Pastu, kitarang terus gerak ke Seremban. Mujur jalan tak jammed. Elok sampai je dah masuk waktu berbuka. Macam-macam makanan ada cuz masing-masing bawak lauk dari rumah. Memang meriah sangat bila berbuka beramai-ramai macam ni. Bukan selalu dapat berbuka ramai-ramai macam ni. Then my parents lepak-lepak jap. Around 10.30pm, kitarang pun gerak balik ke KL. Aku pun sampai-sampai je.. Check email then terus ZzzzZzz..

Tuesday, July 27, 2010

Thank You So Much!

Korang pernah tak masa kecil-kecil dulu, time bulan puasa.. 

"Sapa dapat puasa penuh tahun ni, dapat duit raya. Kalau tak, dapat sikit je." - Parents

Tapi kalau aku dah tak boleh puasa penuh pun.. Aku akan bodek bapak aku untuk bagi sama rata dengan adik beradik aku yang lain. Aku selalu gunakan kuasa sebagai the only princess in the family. Hehehe


Dari kecik lagi, parents aku suka bagi ganjaran bila kitarang berjaya buat sesuatu. Macam bapak aku dia lebih suka bagi duit sebab dia tak pandai nak pilih barang. Kalau mama pulak dia lebih suka bagi barang.

Aku ingat lagi, masa aku berjaya genggam sijil & diploma. Aku tak ingat yang mana satu.. Bapak aku kasi duit & card credit untuk shopping. Dia cakap tu sebagai ganjaran sebab aku grad dengan result yang memberangsangkan. Time tu memang mata aku pun terus bertukar jadi $$$$ la. Giler ko tak teruja. Tak pernah guna kad kredit kot. Lagipun time tu umur aku baru berapa. Nak merasa guna kad kredit, memang tak ar kan. Walaupun aku tau yang kad kredit tu memerlukan sign pemilik kad sendiri, tapi aku selamba badak je guna. Siap sign guna nama aku lagi. Hahahaha.. Mujur lepas.

Tapi baru nak feeling-feeling kaya, tiba-tiba masa nak guna kat MNG Isetan KLCC, cashier tu rajin terlebih pergi check sapa pemilik kad. Owh.. Time tu aku rasa memang syaiton ar si cashier tu.  Dahla duit kat tangan dah habis. Time tu memang gabra giler. Memang dem habis la kan kalau tak mampu nak bayar. Dahla yang beratur belakang aku ramai. Malu la weh kalau tak mampu bayar. Mujur la ada adik aku yang selalu 'kaya'. Boleh dia tolong bayarkan.. Huhuhu

Lagi satu, bapak aku ni orangnya sangat mementingkan pelajaran anak-anak. Dia sanggup berhabis kalau pasal anak nak belajar. Masa dia belum pencen, mintakla apa je.. Asalkan benda tu ada sangkut paut dengan bab pelajaran, confirm dia sediakan.

"Bapak! Orang nak guna laptop. Susahla nak wat assignment" - Aku
"Nanti kita beli" - Bapak

Tak lama lepas tu, confirm aku dapat lappy.

"Bapak! Ni nanti orang nak guna kamera. Sem akhir ni banyak kerja luar. So kena amik gambar" - Aku
"Nanti kita gi tengok. Bila ada PC fair?" - Bapak

Time tu bapak dah pencen dah pun. Faham-faham je la. Duit pencen banyak mana la sangat. Tapi bapak sedaya upaya sediakan juga. Asalkan dia dengar benda tu nak digunakan untuk pelajaran.. Mesti dia ada kan jugak. Tu la hebatnya bapak. Takkan terbalas jasanya.

Time aku tengah praktikal, praktikal aku takde pointer. hanya lulus atau gagal je. so aku dah tau aku grad class ape.. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan hadiah handphone sebagai tanda aku berjaya habiskan degree. 

Then bila aku gi amik transkrip kat U aritu dan balik aku tunjuk kat parents aku, dorang keep saying "Jangan risau. Mesti ada sesuatu untuk awak". Padahal aku tak fikir apa pun. Dapat handphone tu pun dah cukup bersyukur giler dah. Bagi aku bila tengok dorang happy dengan kejayaan aku, priceless okay. Aku sedar yang aku bukan anak orang kaya pun. Kami hidup bersederhana je. And bila bapak dah pencen.. Lagi la aku tak demand apa-apa.

Tambahan aku bukannya dapat 1st class pun. Just 2nd class upper je. Tapi dorang punyala happy. Terdetik kat hati kalau la aku dapat 1st class, macam mana la agaknya reaksi dorang kan. Haih menyesal tiba-tiba.

So semalam (21/07/10).. Mama panggil aku.. Time tu aku kat dapur tengah simpan barang dapur. Baru balik dari beli barang dapur.

"Kakak! Mai sini jap" - Mama
"Ape?" - Aku
"Sini la" - Mama

Bila aku ke ruang tamu je.. Aku tengok bapak dok kipas 'sesuatu'. Daripada keletihan dok simpan barang, terus jadi energetic bila nampak 'sesuatu' kat tangan bapak, tak senonoh kan aku. Baru tadi cakap tak kisah. Tapi bak kata orang.. Rezeki jangan ditolak. Hehehe

"Huish! Panasnya" - Bapak (sambil dok mengipas lagi)
"Sayang bapak dulu" - Mama

Aku pun terus pergi kat bapak and cium kedua belah pipi dia.

"Tima kasih bapak" - Aku
"Nanti boleh beli kasut. Kasut awak tu tak cukup. Boleh tambah koleksi" - Bapak

Oh thanks for the suggestion bapak. What a great idea! 
Eh.. Okay fine.. Bapak perli aku sebenarnya. Full stop.

Then bila aku dok baring kat atas lantai sambil tengok drama Cinta & Anugerah, tiba-tiba mama pulak datang kat aku dengan sekotak harta karun yang comel.

"Congratulations!" - Mama sambil cium dahi aku

Imma gold digger

Okay dah.. Tiba-tiba rasa nak menangis pulak. Terharu giler kot. Macam-macam kejutan yang aku dapat. Tapi aku sempat lagi melawak.

"Ni harta pusaka ke apa?" - Aku (takde insuran kan aku)

Apa taknya.. Siap dalam bekas harta karun lagi.

"Baru beli la. Kalau beli benda macam ni, last forever" - Mama

Walaupun hadiah mama agak, ermm dewasa I guess. Yela.. Pakai barang kemas, not my thingy. Aku hanya pakai kalau nak gi kenduri je. Tapi harganya dah boleh beli sebijik mini lappy doe. 

Pape pun aku bersyukur sangat sebab dikurniakan mama dan bapak sebagai parents aku. Walau harta segunung pun, belum mampu dapat membalas jasa dan pengorbanan dorang terhadap anak-anak.

I love you so much BAPAK & MAMA!

Thursday, July 8, 2010

Percaya Pada Karma?

02 July 2010 (Friday)
Tapah, Perak


Tiba-tiba aku teringat tentang satu kejadian..

Masa kitarang berhenti untuk lunch, bapak singgah kat satu restoran ni. Restoran ni berdekatan dengan masjid. Aku tak sure restoran apa. Yang pasti dekat Tapah.

Bila aku dah amik makanan (self service), aku pun duduk dan menikmati my lunch. Aku amik ikan keli bakar (restoran ni terkenal dengan ikan bakarnya) dengan sayur. Masa tengah makan, aku nampak sorang pakcik tua ni. Dia pun tengah makan gak. Tapi kan, pakcik ni kelihatan seperti 'kurang sihat'. Kadang-kadang nampak dia bercakap sorang-sorang. Aku pun buat tak tahu la. Tapi mata ni asyik la tertengok pakcik tu. Tengok pakaian dia la..  Baju pakcik ni ada banyak poket oo.. Macam poket doraemon pun ada. Then tengok topi dia.. Warna hijau.. Dalam kepala.. "Kenapala pakcik ni jadi macam tu ye.. Kesian dia". Tapi abaikan je la. 

Pastu bila pakcik tu dah habis makan, aku nampak pakcik tu bergerak ke meja belakang aku. Kat situ ada 2 pasangan.. Mungkin suami isteri. Pastu aku dengar pakcik tu minta duit seringgit. Then pasangan ni pun bagila kat pakcik tu 2 keping seringgit. Aku ingatkan pakcik tu nak blah dah la. Rupanya tidak. Dia siap ikut 2 pasangan tadi sampai ke kereta kot.

"Eh! Ko cuba tengok pakcik tadi. Siap ikut gi kat kereta lagi. Giler seram" - Aku (sambil tertawa kecil)

"Eh eh! Dia siap lambai kat pakcik tadi ar" - Aku (terus tergelak sebab rasa cam lucu sangat)
"Ko ni. Tak baik gelakkan orang. Kang kena kat kita, baru tau" - Lil Bro

Ketawa ku masih bersisa.. Rasa cam kelakar sangat. Sementara menanti mama aku habis makan, aku dok tengok gelagat pakcik tadi. Tiba-tiba, pakcik tadi berjalan macam menuju ke arah restoran yang kitarang makan. 

"Hish! Janganlah pakcik tu datang sini.. Jangan! Jangan!" - Aku

Sekali....! Pakcik tu betul-betul datang kat meja aku. 

"Singgit! Lima posen!" - Pakcik

Mama aku memang pantang kalau dia tengah makan orang datang minta sedekah or jual apa-apa. Dia memang cukup tak suka. Bila mama aku tegur suh pergi tempat lain, pakcik tu tak berganjak langsung. Malah dia buat tak tau pun. Asyikla dok minta singgit.. lima posen. Bapak aku pun korekla duit syiling nak bagi kat pakcik tu, tapi bapak cuma ada 20 sen je. Aku lak ada 10 sen je. Minta kat adik aku, dia langsung takde duit syiling. So bapak pun bagi la 30 sen. Nak bagi duit seringgit pun takde. Yang ada duit 10 dengan 50.

Bila dah bagi 30 sen tu, ingatkan pakcik tu nak blah la.. Tapi tidak ye.. Dia dok bercakap pasal nombor pulak. Habis semua nombor dia sebut. 9 0 8 2 4 5 1.. Mama aku yang tengah bengang, siap rasa tercekik lagi.. Terus tergelak gak. Dahla tak faham sangat apa dia cakap.

Lalu kitarang pun buat andaian sendiri..

"Mungkin masa muda pakcik ni main nombor ekor kot. Tu jadi macam tu"

Yerla.. Asyikla dok sebut nombor je.. Apa lagi kan.. Tapi tahla. Tak baik menghukum orang tanpa kita tahu pangkalnya.

Bila mama dah habis makan, kitarang pun gerak ke kereta. Sama seperti kejadian pasangan tadi.. Pakcik tu pun ikut kitarang sampai ke kereta sambil mulut dok sebut nombor lagi. Bila aku masuk kereta je, terus aku locked the door. Ish! Mana la tau sekali pakcik tu pun ikut kitarang naik kereta. Tak ke haru.

Bila kereta dah start and nak bergerak, pakcik tu lambaikan tangan kat kitarang. Mama dengan aku, siap balas lambaian pakcik tadi. Hahaha

Dan bila aku pandang adik aku,

"Kan aku dah kata.. Jangan gelakkan orang. Tengok dah terkena kat kita balik" - Lil Bro

Yah.. You're right lil bro. Karma

Wednesday, May 26, 2010

Part 4: Memori Itu Indah

Sambungan dari entry ni..

Back to the story bout me and my lil bro (Wah! Jauh giler melalut eh).. Aku takla sekejam mana dengan hanya membiarkan adik aku ikut aktiviti aku. Aku selalu gak join aktiviti dia yang lasak (Aku suka kot). Kiranya aku ni balance la. Game perempuan boleh join.. Game lelaki pun boleh. Plus masa aku kecik-kecik dulu, aku bukanlah girlish sangat. Maybe sebab terinfluence dengan my sibs kot. Kan semua pun lelaki. Jadinya aku agak ganas and kasar jugakla. My mama always membebel kat aku..

"Cuba jalan elok-elok sikit! Ni tak. Jalan macam jantan"

or

"Cuba la pakai skirt. Kan nampak manis. Ni tak! Asyik pakai seluar je. Cam tomboy dah mama tengok"

Seriously.. Dulu-dulu aku tak suka pakai gaun or skirt or bla bla bla. Kalau ada pun, mesti sebab mama aku yang suruh.. Harap aku, memang berkulapuk la gaun/skirt tu kat dalam almari. Dulu-dulu, pakaian harian aku kat rumah haruslah T-Shirt and seluar pendek. Kalau keluar jalan-jalan aku akan pakai T-shirt yang besar-besar/longgar and seluar baggy/jeans (Bajet cam hop hip la. Hahha.. Kan tengah 'in' time tu)

Eh.. Suka betul tersasar dari cerita yang sepatutnya.. Mm.. Aku dulu..

Daripada main masak-masak hingga ke wrestling (Ni semua terpengaruh sebab tengok WWE la ni. Dulu-dulu aku suka tengok sebab ada Stonecold. Tapi bila dia dah takde.. Aku dah jarang tengok. And now langsung dah tak layan)

Daripada main Barbie doll hingga ke street soccer. 

Got my Barbie Doll when I turned 24. Duhh~

Hah?! Tak percaya aku main street soccer? Hey! Im not that weak okeh. Jadi sila percaya. Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah je main street soccer sampai ibu jari aku luka (Great!). Well, actually terkoyak and berdarah eh. Pastu takut mama marah.. Aku senyap-senyap masuk rumah and gi dapur. Kat situ la aku cuci luka and letak ubat (sambil air mata menitik-nitik.. Cis!). Tapi aku tak pernah serik nak bermain. Still, aku main gak. 

Aku gak suka naik basikal. Bila rasa tension (Isk isk.. Kecik-kecik dah tension).. Rasa sedih, aku akan kayuh basikal laju-laju then lepaskan tangan dari handle. Perasaan masa tu.. Memang best giler ah. Terasa macho! Hehehe.. Mujur bila besar aku tak teringin nak jadi minah rempit or whatsoever.. Kalau tak, confirm pening parents aku. And I also remembered yang aku pernah lumba basikal dengan budak lelaki Cina. Bila aku menang, budak laki tu merajuk and terus balik rumah. Bila aku gi intai kat rumah dia.. Tengok dia dok menangis. Pfffuff.. But now, basikal dah takde sebab kena curi. Dah bertahun-tahun aku tak pernah kayuh basikal. Im not sure aku boleh imbang badan lagi atau tak.. Tapi aku rindu sangat nak cycling lagi. Berlumba dengan my lil bro.. Haih~

Selain tu jugak, untuk menunjukkan bahawa aku adalah seorang kakak yang sangat berkaliber iaitu boleh menjadi lelaki dan perempuan pada adik aku (Urghhh! Apakah statement ni?), aku selalu berwrestling dengan my lil bro tapi mestila aku kalah. Walaupun dia kecik masa tu tapi tenaga lelaki beb! Faham-faham je la. So end up, aku masuk bilik aku and menangis bawah selimut. Demn! Nangis lagi. Jadinya, kesimpulan yang boleh dibuat ialah.. Aku ni luaran je nampak ganas/kasar.. Tapi dalaman.. Lembut cam kapas~

But yah.. I really missed the old days.. I really do =(

p/s: Bila kita nak cycling lagi, lil bro?

Memori Itu Indah
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

end..

Part 3: Memori Itu Indah

Sambungan from this entry..

"Macam mana kalau bankrap?" - Mama

Oh mai.. Terus padamkan cita-cita nak jadi businesswoman. Nampak sangat aku tak berani nak amik risiko. Yah I know.. Aku seorang yang tak suka hadapi kegagalan eventho I must learn to face it cuz tidak selalunya kita beroleh kemenangan.. Macam roda la.. Tak selalunya kita di atas. Ada masanya kita di bawah jugak. But I'm surrender of being businesswoman. Just forget bout it.

Oh ya.. After mereject untuk menjadi businesswoman, aku jugak pernah bercita-cita nak jadi stewardess or flight attendant cuz aku suka berada di awan biru. Melancong ke serata negeri dan negara. Dan stewardess selalunya nampak bergaya bila berjalan dalam kelompoknya sambil menyorong beg troli.

Eh tamo yang macam ni.. Old School giler

Credit: Mr Google
Haa.. Yang ni nampak lebih bergaya.. And sopan

Again.. I told my mom.. And again.. She asked me.. With a simple question (again),

"What if kapal terbang tu terhempas?" - Mama

Mama!!! Pfffhh! Ni memang soalan yang paling meranapkan jiwa dan raga sekaligus melupakan cita-citaku untuk jadi stewardess cuz aku taknak mati dalam keadaan yang ngeri camtu.

Kalau dulu memang aku muncung-muncung mulut sebab aku rasakan yang mama aku langsung tak supportive dengan setiap cita-citaku. Apa je yang aku utarakan, pasti dia akan balas dengan soalan-soalan yang membuatkan aku berfikir 10 kali sama ada nak buat atau pun tak (Padahal salah aku juga sebab tak berani nak mempertahankan cita-cita sendiri). End up.. Aku tak taw apa yang aku nak jadi bila besar. Bila dalam kelas, cikgu tanya bila besar nak jadi apa or apa cita-cita kamu.. Aku akan menggelabah bewak cuz tak taw nak jawab ape. So apa yang terlintas kat kepala aku lontarkan je *Sigh*

But thank God cuz sekarang aku dah boleh berbangga dengan diri sendiri dan juga membuat parents ku bangga kerana aku bakal graduate dengan Bachelor in Civil Engineering this October (Insyaallah). For almost 7 years (from Certificate to Diploma and to Degree - Im not that genius so aku kena start dari bawah) I've been studied in Civil Engineering and now aku dah boleh bernafas lega. To be honest, I never think of this. Err.. I mean.. Bout Engineering. Memang tak pernah terlintas langsung dekat kepala ni untuk masuk bidang engineering. Dulu-dulu mana ada kita diexposed dengan engineering. Orang lebih prefer anak-anak dia jadi doktor, peguam, cikgu, ahli musik (Eh.. Silap. Tiba-tiba teringat citer P.Ramlee) etc. Kalau ada pun, rata-rata mengatakan bahawa engineering adalah bidang untuk kaum lelaki. At first, me myself refused to take on this challenge. But trust me.. When you believe in yourself and your parents (cuz dorang lebih tau apa yang terbaik buat kita), hidup kita akan jadi lebih bermakna dan berharga =). Im glad cuz my parents tak pernah nak force kitarang untuk benda yang kita tak suka. Dorang selalunya cuma bagi pandangan tentang apa yang baik dan apa yang buruk. And the choice is in our hands (But still aku rasa apa yang parents kita cakap banyak kebaikannya). Dan aku rasa aku tak buat keputusan yang salah dengan memilih engineering for my future career. And now kalaulah cikgu aku tanya apa cita-cita kamu? Aku akan bangun and jawab dengan penuh confident, "An Engineer!". Yes! Definitely!

bersambung..