*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Loueration. Show all posts
Showing posts with label Loueration. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

My Long Holiday

4 hari cuti.. Agak lama jugakla. Tapi aku tak gi memana pun. Just duduk kat rumah je. Boring memang boring tapi takde mood nak gi berjimba-jimba. Aku tengah simpan mood holiday ni cuz I will fly to Kuching, Sarawak tomorrow. Weehoo! Tak sabarnya..

Pssstt.. Ni lah sebahagian benda yang aku buat sepanjang cuti 4 hari ni..

Kerja-kerja pencucian

Pengeringan


:)

Thursday, February 2, 2012

Agen Perisik

Lepas aku balik outstation from Johor (16 Jan-20 Jan 2012), the next day nya, ada beberapa orang Agen Perisik datang ke rumah aku. Tujuan dorang sebab nak merisik seseorang kat rumah aku ni. Walaupun penat tak habis lagi, tapi aku tetap mengemas dan menolong apa-apa yang patut sebab rumah ku bagai dilanda tsunami. Nanti Agen Perisik tengok, pengsan lak.. 

Adik aku yang tengah poyo-poyo rajin. 
Mentang-mentang dia tau aku nak amik gambar, terus pura-pura mengelap kipas



Hasil selepas habis mengemas
Bowl ni aku beli kat kedai Hinode RM5
Batu-batu tu aku tak ingat beli kat mana
Bunga pink putih tu adalah bunga kemboja yang aku petik kat laman rumah

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, salah seorang anggota Agen Perisik SMS aku, "10 min sampai yo". Masa tu aku dengan tak mandinya lagi dan baru nak makan tengah hari. Terus aku angkut pinggan dengan gelas air masuk ke dalam bilik. Lebih kurang 10 minit selepas tu, aku dengar macam ada suara-suara lain di luar. O'Ooo.. Mungkin Agen Perisik dah sampai. Terus aku capai towel dan mandi, baru terhegeh-hegeh nak mandi. 

Masa aku tengah bersiap, adik aku ketuk pintu bilik aku suruh aku keluar. Terkejut beruk la aku sebab masa tu aku belum habis bersiap lagi. Cuak mak nok! Eh, tapi apsal lak aku nak cuak kan. Lek sudah.. 

Bila dah habis bersiap, aku pun keluar la dari bilik. Masa tu semua mata memandang kat arah aku. Segan nya tak payah cakap la. Tapi aku buat-buat cool je dan pergi bersalam-salaman dengan semua orang. Nak cover rasa malu yang menebal tu, terus aku angkat pinggan-pinggan kotor yang ada atas meja dan bawa ke dapur untuk aku basuh. Confirm Agen Perisik tengok terpikat kan. Bakal menantu solehah ni. Muahaha.


After that my family dok sambung menyembang lagi dengan Agen Perisik. Aku??? Aku dok melepak tengok TV dengan adik aku. Serious tak tau nak buat ape. Masa hari itu Agen Perisik datang membawa ini..

Strawberry cake
Sireh Junjung (takde gambar)
Dan sedulang buah-buahan (takde gambar)

Dan kami membalas dengan ini

By the way, ini lah Agen Perisiknya a.k.a family Nemo yang mana soon to-be-my-future-family. Insyaallah
Apsal la aku nampak cam nenek bongkok je dalam gambar ni. Cis betul

After habis operasi risikan, aku dengan Nemo terus terjah ke Mid Valley untuk misi seterusnya.


Outfit of the day 
Accessories: Light Brown Belt (bought at The Mines)

p/s: Malu I.. (^_^)
p/s: Guys, doakan lah agar semuanya berjalan dengan lancar ya. Amin :)

Saturday, December 17, 2011

3rd Anniversary

Pejam celik pejam celik, hubungan aku dengan Nemo dah berusia 3 tahun rupanya, masa aku publish entry ni, kire dah 3 tahun lebih dah. Cepatnya masa berlalu. Tak sedar langsung. Dalam masa 3 tahun ni, macam-macam yang kitarang dah lalui. Ada masa baik.. Ada masa angin kus kus datang, berperang la jawabnya. Gaduh tu tak yah citer la kan. Normal la. Pasangan mana yang tak gaduh. Tapi serious aku tak sangka sampai ke hari ni kami masih mampu bertahan. Dan aku berharap hubungan ni akan kekal hingga ke akhir hayat, amin.

Memandangkan anniversary kitarang ni jatuh pada hari bekerja, so celebrate camtu camtu je la. Kitarang ke Kenny Rogers je after balik dari kerja.

My Nemo

Ayu-ayu face

Terus bertukar kepada annoying face 


Actually aku dah kenyang, so order sikit je la. Tu pun tak habis


3 years and still counting.. :)

I LOVE YOU SO MUCH MY LOVE <3

p/s: Rasanya 1st time kitarang celebrate anniversary kot. Isk isk isk. We should celebrate every year la sayang

Saturday, November 5, 2011

Nemo's Convocation

Last month adalah musim orang berkonvo.. Berturut-turut semua universiti adakan majlis konvokesyen. Aritu 1 October 2011, Nemo punya majlis konvokesyen. Beberapa hari sebelum konvo Nemo, banyak kali Nemo tanya kat aku sama ada aku akan datang konvo dia atau pun tak.. Tapi aku cakap tak tau.. Sebabnya aku nak buat surprise kat dia. 

So malam sebelum hari konvo Nemo, dia tanya lagi aku datang atau pun tak konvo dia.

"You datang tak konvo I?" - Nemo
"Ish! I taktau la" - Aku
"Nape tak tau?" - Nemo
"Yerla.. I tak tau ada kereta ke tak. Lagipun dengar kata mama nak anta kereta tu gi workshop" - Aku
"Hmm.. Takpela" - Nemo

Suara Nemo time tu sayu-sayu je tapi aku tetap keraskan hati sebab aku nak misi aku berjaya.

Pada hari kejadian iaitu hari konvo dia.. Aku bangun awal pagi lagi. Terus bersiap-siap sebab tak nak terlewat datang ke konvo dia. Tiba-tiba Nemo call.. Aku pun apa lagi.. Dengan bakat terpendam yang ada, aku pun berlakonla konon-konon baru bangun tidur.

"You buat apa? Dah bangun dah?" - Nemo
"Hmm?" - Aku
"Ke you tidur lagi" - Nemo
"Hmm.. Ngantuk ar" - Aku
"Mmm.. Takpela.. Tidur la" - Nemo, suara sedih tak yah citer la kan.. Kasihan

Lepas aku dah bersiap, tiba-tiba mama cakap nak ikut aku. Dia takutla tu aku drive sorang-sorang. Adik aku pun takde nak teman.

Pukul 12 lebih, aku sampai kat Uni Nemo. Mujur Nemonye majlis sesi petang. So takdela aku kena bertolak dari rumah sebelum Subuh kan. Masa dah kat Uni dia, aku tried call him berkali-kali tapi langsung tak diangkat. Dalam hati, Hish! Padan muka aku.. Nak sangat buat surprised kan. Now ni call Nemo dah tak diangkatnya. Mesti dia dah masuk dewan. Tah kali ke berapa aku call, barulah Nemo picked up my calls.

"You kat mana?" - Aku
"I dalam dewan. Nape? You kat mana?" - Nemo
"I kat bengkel ni.. Bengkel U" - Aku
"Hah? Bengkel ape?" - Nemo, yang still tak faham
"Bengkel U, Pahang" - Aku
"Betul ke?" - Nemo
"Yerla. I kat luar ni. Orang call tak angkat" - Aku
"Padan muka" - Nemo, suara sedikit ceria
"Okla.. I tunggu kat luar ni je la" - Aku

Nak dijadikan cerita, hujan lebat pulak petang tu. Mujurla kat dalam dewan masih ada tempat duduk yang kosong. So dapatla kitarang masuk dalam dewan. Dah habis majlis tu, baru la aku dapat jumpa Nemo dan bagi jambangan bunga kat dia.

Jambangan bunga yang warna orange+yellow tu aku buat sendiri tau. Specially for him. Walaupun boleh je beli tapi kalau buat sendiri, kan lebih sentimental value.

With his family

Congratulations sayang!! Akhirnya you grad dengan jayanya. Im so proud of you sayang.

Love,
Your angel <3

p/s: I may not the romantic-type-of-lady.. I'm sorry for that..

Monday, September 19, 2011

Nemo's Birthday

05 September aritu birthday Nemo tapi tak sempat nak celebrate on that day. 06 September barula kitarang jumpa and celebrate sama-sama. Tu pun gi dekat Sunway Pyramid je. Mula-mula tak tau nak makan kat mana. Bila suruh birthday boy pilih nak makan kat restaurant mana, tak mo pulak dia. Suruh aku gak pilih. Last-last aku ajak makan kat Restaurant Garden since aku tengok interior design restaurant ni cantik.


Khusyuk meneliti menu. Dah rambang mata tak tau nak pilih yang mana

Buat-buat happy menunggu makanan

Ni la dia.. Masa kecik tak pernah naik buaian agaknya. Bila dah besar kan dah teringin nak naik



Tah ape la yang Nemo menungkan. Ke tengah fikir bila nak masuk meminang saya.. Oppss

Comel kan gelas ni.. Err ke jug minuman
Mango Blast & Soda Apple Green

Makanan Nemo: Grilled Norvegian Salmon
Nampak tak sos oren tu? Kitarang agak dia curah sunquick orange sebab rasa dia sebijik cam sunquick. Makanan ni unik la. Tak pernah aku makan makanan cam ni. Tapi tak menepati citarasa aku la

Mine: Garden Fish and Chips with Mango Blast
Aku punya la craving nak makan fish and chips tapi sayangnya tak menepati citarasa aku jugak. Fish dia terlampau garing



To Nemo,
Happy Birthday sayang! 
May God bless you and may all your dreams come true. 
Wish you all the best in everything you do and own Nissan Skyline a.s.a.p :)
Love you

p/s: Nemo, sorryla terlambat wish your birthday kat blog

Tuesday, August 23, 2011

Doodle



p/s: Aku tau aku takde bakat melukis *pffft*

Thursday, August 18, 2011

Alamak Hari Ni..


18 August 2011

Eh eh tarikh ni datang lagi. Tak sangka umur aku dah meningkat lagi setangga. Tiba-tiba rasa takut sangat dengan angka umur aku tahun ni. Rasa cam, "Omaigod! Tua giler aku.. Oh tidak". Tapi takpela.. Aku redha..

Kawan-kawan aku ramai yang dah kawen and nak kawen. Next year cousins aku yang sebaya dengan aku pun nak kawen dah. Gosh! Lagi la aku rasa kertu. Tapi abaikan je la, ayat nak sedapkan hati.

Last night, Nemo ajak aku keluar untuk celebrate my birthday in advance. Ingatkan tak jadi sebab takut dia ada meeting but then bila aku call and tanya, dia kata jadi. Hoyeah!

So dekat pukul 7pm, baru Nemo sampai. Kitarang terus gerak ke TGI Sunway Pyramid. Orang punyala ramai. Memang harapan la nak dapat tempat kan. Dekat kul 8.30pm, baru kitarang dapat tempat duduk. Aku order Sirloin Steak and Strawberry Surprise and Nemo order New York Strip and Cranberry Fizz. Dan disebabkan ni bulan Ramadhan, dapatla soup dengan salad for free, tapi tak menarik sangat pun.

Muka menanti makanan dengan penuh kesabaran

Actually tahap kesabaran Nemo dah makin menipis dah time ni

Sirloin Steak with Wild Mushroom Sauce and Mashed Potatoes+Crispy Fries = RM44.90
Strawberry Surprise = RM8.50

New York Strip with Black Pepper Sauce and Broccoli +Crispy Fries = RM50.90
Cranberry Fizz = RM8.50

Muka melahap tapi tak habis pun makan

Gift from Nemo

p/s: Psstt.. Aku lebih prefer Chili's kot
p/s: tQ so much Nemo. My best bday celeb.. Lap you la :)

Thursday, May 5, 2011

Chilling at Chiling River

Sambungan dari entry sebelum ni..

Zaman aku kecik or sekolah rendah/menengah, aku selalu join rombongan gi camping, wall climbing, jungle trekking, kem motivasi etc. Pantang cikgu tanya sapa nak join rombongan, mesti aku sibuk nak bagi nama gak.

Now, dah hampir berzaman kot aku tak join outdoor activities. Sampaikan aku tak ingat bila last time aku join aktiviti-aktiviti luar. Punya la lama

Masa ari Ahad aritu, tiba-tiba Nemo call and ajak aku gi mandi sungai with his friends. I tot just mandi sungai je la. Tak expect yang akan ada jungle trekking which for me mencabar la.

Isnin pagi, lepas Subuh, aku dah bangun dan siap-siap. Pastu aku gi kedai kejap sebab nak buat sandwich sebagai bekalan kat sana nanti. Dalam pukul 9, Nemo and his friends sampai kat rumah aku. Pastu kitarang terus gerak gi Chiling River kat Kuala Kubu Bharu. Kitarang sampai kat sana dalam kul 11 pagi.



Pastu terus berjalan masuk. Masa sampai kat sana baru aku tau yang rupanya kitarang kena lalu 7 lintasan dan kena redah lebih kurang 5-6 sungai sebelum sampai di waterfall. Dahla ada certain tempat tu, arusnya deras. Ada sekali tu, selipar aku kena bawa dek arus. Mujur sempat diselamatkan. And kali kedua aku tergelincir lak sebab aku terpijak batu yang berlumut aka licin. Malu giler. Habis basah baju aku. Argh~Lembik tul! Mujurla kawan-kawan Nemo semua sporting and very helpful. Dorang semua memang dah biasa dengan aktiviti macam ni.

Jungle trekking
Nampak baju aku basah


Meredah sungai
Ada certain sungai arusnya deras.. Kadang-kadang aku rasa cam nak dihanyutkan oleh arus. Punya la ringan aku ni

Bila sampai kat waterfall, tengok ramai giler orang. Semua datang berkumpulan. Ada group budak-budak Cina, family group, Malay group. And tak lama lepas tu, 'sotong group' pun ada. Aku dok terbayang macam mana je la dorang redah tadi. Hehehe. Tapi yang paling surprise sekali ada makcik yang dah tua boleh sampai kat waterfall tu. Salute la

Masing-masing lapar bila dah berendam dalam air tadi


Sardine Sandwich

Monyet yang duk tunggu masa nak baham makanan kitarang

After berjam dalam kereta, after aku tergelincir, selipar hampir-hampir dihanyutkan arus, merentas denai yang lecak, memanjat batu dan cerun, merentas beberapa sungai, melalui 7 lintasan.. Tapi semua tu sangat worth it bila nampak waterfall ni

The Waterfall

Dalam pukul 3 lebih kitarang dah gerak turun. Masa dah habis mandi, hujan dah mula rintik-rintik. Mujurla kitarang sempat sampai kat kereta

Bye-bye Chilling River

Pastu kitarang gerak gi Ampang Park cuz masing-masing dah lapar. Perut dah bunyi-bunyi minta nasi. So kitarang lepak kat Nasi Kandar Pelita. Pastu terus gerak gi Jusco Bukit Tinggi cuz nak tengok Fast & Furious 5. Best woo movie ni walau dah takde aksi racing. Tapi tetap seronok. Dekat kul 2am baru aku sampai rumah. Balik rumah terus mandi-mandi and ZzzzZZzz