*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Chilling at Chiling River

Sambungan dari entry sebelum ni..

Zaman aku kecik or sekolah rendah/menengah, aku selalu join rombongan gi camping, wall climbing, jungle trekking, kem motivasi etc. Pantang cikgu tanya sapa nak join rombongan, mesti aku sibuk nak bagi nama gak.

Now, dah hampir berzaman kot aku tak join outdoor activities. Sampaikan aku tak ingat bila last time aku join aktiviti-aktiviti luar. Punya la lama

Masa ari Ahad aritu, tiba-tiba Nemo call and ajak aku gi mandi sungai with his friends. I tot just mandi sungai je la. Tak expect yang akan ada jungle trekking which for me mencabar la.

Isnin pagi, lepas Subuh, aku dah bangun dan siap-siap. Pastu aku gi kedai kejap sebab nak buat sandwich sebagai bekalan kat sana nanti. Dalam pukul 9, Nemo and his friends sampai kat rumah aku. Pastu kitarang terus gerak gi Chiling River kat Kuala Kubu Bharu. Kitarang sampai kat sana dalam kul 11 pagi.



Pastu terus berjalan masuk. Masa sampai kat sana baru aku tau yang rupanya kitarang kena lalu 7 lintasan dan kena redah lebih kurang 5-6 sungai sebelum sampai di waterfall. Dahla ada certain tempat tu, arusnya deras. Ada sekali tu, selipar aku kena bawa dek arus. Mujur sempat diselamatkan. And kali kedua aku tergelincir lak sebab aku terpijak batu yang berlumut aka licin. Malu giler. Habis basah baju aku. Argh~Lembik tul! Mujurla kawan-kawan Nemo semua sporting and very helpful. Dorang semua memang dah biasa dengan aktiviti macam ni.

Jungle trekking
Nampak baju aku basah


Meredah sungai
Ada certain sungai arusnya deras.. Kadang-kadang aku rasa cam nak dihanyutkan oleh arus. Punya la ringan aku ni

Bila sampai kat waterfall, tengok ramai giler orang. Semua datang berkumpulan. Ada group budak-budak Cina, family group, Malay group. And tak lama lepas tu, 'sotong group' pun ada. Aku dok terbayang macam mana je la dorang redah tadi. Hehehe. Tapi yang paling surprise sekali ada makcik yang dah tua boleh sampai kat waterfall tu. Salute la

Masing-masing lapar bila dah berendam dalam air tadi


Sardine Sandwich

Monyet yang duk tunggu masa nak baham makanan kitarang

After berjam dalam kereta, after aku tergelincir, selipar hampir-hampir dihanyutkan arus, merentas denai yang lecak, memanjat batu dan cerun, merentas beberapa sungai, melalui 7 lintasan.. Tapi semua tu sangat worth it bila nampak waterfall ni

The Waterfall

Dalam pukul 3 lebih kitarang dah gerak turun. Masa dah habis mandi, hujan dah mula rintik-rintik. Mujurla kitarang sempat sampai kat kereta

Bye-bye Chilling River

Pastu kitarang gerak gi Ampang Park cuz masing-masing dah lapar. Perut dah bunyi-bunyi minta nasi. So kitarang lepak kat Nasi Kandar Pelita. Pastu terus gerak gi Jusco Bukit Tinggi cuz nak tengok Fast & Furious 5. Best woo movie ni walau dah takde aksi racing. Tapi tetap seronok. Dekat kul 2am baru aku sampai rumah. Balik rumah terus mandi-mandi and ZzzzZZzz

Wednesday, March 2, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Premiere Screening

Actually benda ni tak dirancang pun.. Masa aku tengah sembang-sembang dengan Ana, tiba-tiba dia offer aku, "Eh kak! Ko nak tengok tak Hikayat Merong Mahawangsa? Aku ada 2 tiket free"

"Hah! Yeke? Boleh jugak" - Aku

Pucuk dicita ulam mendatang

Rupanya kawan aku, Ana one of ten lucky winners to be invited to Royal Screening and Meet- The- Cast Party of Hikayat Merong Mahawangsa. So I guess, Im the lucky person la. Hehehe

Mula-mula ingat nak ajak Nemo tapi mana boleh cuz dia kerja. So aku pun ajak my friend, Duffy, bukan Dafi AF5 ye. Ni Duffy biasa-biasa je. Hehehe

Meet- The Cast-Party
Time : 6.00PM- 8.00PM
Date : 25th Feb 2011 (Friday)
Venue : Laundry, The Curve

And continue to Hikayat Merong Mahawangsa Premiere Screening
Time : 8.00PM
Date : 25th Feb 2011 (Friday)
Venue : Cathay Cineplex e@Curve

Supposed event tu start at 6pm but then my friend datang around 6+. Jalan jammed katanya. Tapi tak kisahla kalau tak dapat join Meet The Cast Party. Dapat tengok movie tu pun dah cukup bagus. Masa kitarang on the way to Cineleisure Damansara, mak aih jammed giler-giler. Kereta semua terkedek-kedek je. Almaklum orang baru habis kerja.

But then we managed to arrive around 8+. Dah mengalahkan artis je. Artis pun tak lambat macam kitarang. Masa kitarang sampai, kitarang cam pelik gak, apsal every floor ada red carpet. Betul-betul gempak dorang nak launch citer ni. Tiba-tiba rasa cam artis yang datang nak amik anugerah, hahaha over!

Bila kitarang sampai kat Cathay and nak redeem the ticket, sekali staff Celcom suruh kitarang turun pergi kat The Laundry cuz tiket kitarang hanya boleh redeem kat situ.

So kitarang pun bergegas la ke The Laundry cuz supposed tayangan tu pukul 8pm. Masa tengah turun escalator, nampak cam ada perarakan kat bawah. Tapi disebabkan kitarang kelam kabut nak gi redeem the ticket, tak dapat nak ushar sangat sape je yang tengah masuk dalam Cineleisure tu. Tapi aku ada nampak Edry KRU and my friend nampak Norman KRU, dorang kan penerbit cerita ni. Eh mana Yusry?

Bila sampai kat The Laundry, staff Celcom bagi tiket kat kitarang and suruh kitarang enjoy the food dulu. Rupanya movie tu start at 9pm. Wah wah! Dapat makan free gitu. Apalagi, kitarang pun terus masuk ke dalam and amik makanan. Masa tengah dok amik makanan, my friend cakap, "Behind you".

Aku pun pusingla. Oh Sharifah Amani. And when I turned around, Oh ada pelakon-lelaki-yang-kitarang-tak-tahu-nama-tapi-familiar-dengan-muka tengah makan jugak.

Dekat pukul 9malam, baru nampak pelakon-pelakon HMM such as Stephen Rahman-Hughes, Umie Aida, Jehan Miskin etc, tu je yang aku kenal.

Pas daripada tu, kitarang pun gerak ke Cathay. Ada 3 hall yang tayangkan citer ni. Aku kat Hall 9, yang aku rasa para media ada dalam hall ni cuz masing-masing bawa DSLR yang gabak-gabak

Oh bout Hikayat Merong Mahawangsa.. Mula-mula cerita ni start dengan babak-babak berbahasa English yang membuatkan aku fikir, "Eh! Ni citer Melayu ke citer English?". Serious aku rasa cam filem luar negara. Bila dah lama-lama, baru nampak pelakon negara kita.

Well, citer ni penuh dengan aksi dan juga gelak ketawa. For me, everyone should watch this movie. Walaupun ada la part-part yang macam nak tiru filem Pirates of Carribean, part yang buat ko menguap cuz bercakap bahasa zaman dulu kala, part cam fake sikit tapi tu semua boleh dimaafkan. So far mana pernah filem industri kita keluarkan cerita yang macam ni. Kalau ko tengok sendiri, confirm ko ada satu perasaan, 'Malaysia boleh'.

Masa dah habis tayangan, kitarang berasak-asak untuk keluar. Masa nak turun escalator, nampak ada orang tengah bergambar dengan Jehan Miskin.

"Eh pakwe ko yang mati tadi" - My friend( Jehan mati dalam citer HMM tu)
"Nak ke? Gi ar. Aku amik" - Aku

My friend pun panggil la Jehan untuk bergambar, yang masa tu dia cam nak blah dah je. After dah snap gambar kawan aku, aku pun mestila teringin gak. Aku pun rapatla kat Jehan.. Tiba-tiba dia grab my waist. OMG!! OMG!! Pengsan jap. Im so closed to him at that time, time ni ketiak dia tak basah Mira.

Oh Abang Jehan

But then masa kawan aku nak snap, tiba-tiba handphone aku hang cuz ada msg masuk. Macam mang tak?! Time tu rasa nak hempuk je sapa yang msg aku. Aku pun amik handphone aku and exit the msg. Baru nak gi balik kat Jehan, memang harapan ar sebab berderet orang dok berebut nak amik gambar dengan dia. Takkan la dia nak tunggu aku lak kan. At last, aku tak amik gambar dengan dia cuz dia pun cam dah tak sabar nak blah

Mira berkata, "Makcik! Sila pergi gym"
(Tiba-tiba)

Makcik-makcik ni la yang membuatkan aku tak dapat bergambar dengan bukan hero pojaanku

Kawan aku lak, "Sorry!"
"Takpe.. Takpe" - Aku, cuba untuk cool

After few seconds, "Sorry. Aku ada gambar dengan Jehan. At least ada bukti gak ar"
 
Keji kan dia. Saja bikin aku panasss. Duffy!! Ko jahat!!

"Aku ingat aku nak delete ar gambar ko tadi. Muahahahha" - Aku
"Alaaaa.. Okay.. Okay. Sorry" - Duffy, sambil dok gelak-gelak

Dem!! Aku rasa loser giler sebab hanya mampu bergambar dengan my friend ni je.
Argh!! Benci si pengirim SMS :((

Top: Cotton On Long Denim Shirt
Bottom: Scarlet Jeans in Dark Blue
Accessories: Unbranded Brown Belt, Leopard Ring
Bag: Leopard Clutch
Shoes: Vincci Wedges

But yeah. I had a great time!! tQ so much Ana cuz bagi tiket ni kat aku. We're really enjoyed!!
 
p/s: No wonder Royal Screening. Rupanya ada Sultan yang datang tengok. And no wonder jugak para artis lelaki pakai baju batik

Saturday, February 26, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Tak sabar nak update pasal citer ni :))

Wednesday, August 4, 2010

MTV World Stage 2010

Last Saturday (31/07/2010) aku pergi Sunway cuz malamnya aku akan tengok MTV World Stage live at Sunway Lagoon. Tix ni pun mujur my bro yang bagi. Kalau tak, tak merasa la jugak. 

Kitarang gerak ke Sunway Pyramid around 1pm sebab nak tengok Eclipse, ketinggalan zaman betul. Walaupun time kitarang beli tiket tu around 2 something and movie tu actually start pukul 1.50pm.. Kitarang bantai tengok gak. Ala.. Terlambat sikit je. 

Citer tu.. Ermm.. Menyakitkan hati rasanya. Dahla action kurang.. Asyikla dok bercium je keje. Bella giler macam slut eh. Benci giler aku tengok. Kesian sama Abang Edward.

Pas tengok citer yang menghampakan, kitarang ke Wendy's Restaurant untuk ceriakan balik hati. Then lepas dah melantak bagai, terus kitarang ke Sunway Lagoon (SL). Keluar je.. Mak Ai! Ramai giler orang tengah beratur. Cam tutt!!! Tapi aku berjaya ikut jalan short cut. Bhahaha.. Thank God!


Masa kat dalam SL, sambil menanti konsert bermula, tiba-tiba hujan renyai-renyai pulak.  Apalagi.. Masing-masing kelam kabut keluarkan baju hujan yang dorang dah sediakan awal-awal. Spoiled! Tapi takde orang pun yang berganjak. Masing-masing masih sabar menunggu konsert bermula.

Buruk giler eh. Mujurla aku pakai liquid eyeliner (waterproof). Kalau tak, aku akan jadi minah gothic giler ar

Aku duk kat dalam SL start kul 5 lagi. Konsert hanya bermula around 7pm. 1st artist yang keluar buat persembahan adalah Bunkface. Mantap gakla Bunkface ni performed

Bunkface tengah perform

 And then my fave, Wonder Girls!!
Dorang siap bawak props sendiri lagi iaitu cage

WG baru kua dari cage


 Tapi hampanya WG tak nyanyi pun lagu Nobody. Dorang nyanyi sikit je. Pastu dorang pun said Thank you. Agak frust di situ ya

Tapi tiba-tiba WG kua balik dengan pakai baju yang kat dalam video clip tu. Mujur aku sempat record tapi takleh nak upload kat blog ni sebab lembab sangat. So aku upload kat Facebook je :)

Next was Tokio Hotel. Dorang nyanyi banyak giler lagu. Vokalis dia memang superb ar suara dia. Langsung tak pancit. Memang dasyat. Tapikan aku pelik tengok gaya dia cuz sometimes cam bapok pun ada. 
But I've read few articles bout him.. He's not gay eventho he dress and act somewhat like a female.. :) Pfiiuhhh..


Bill Kaulitz, Vocalist Tokio Hotel yang superb


Siap bawak motorbike sendiri as a prop. Memang giler gempak

Baru aku tau rupanya guitarist, Tom Kaulitz ni adalah twin brother pada vocalist Tokio Hotel, Bill Kaulitz.

Tom Kaulitz ni pandai main gitar.. piano. He got so much talents! Dahla handsome :)


Enough with Tokio Hotel. After been waiting for about half an hour, barulah Katy Perry keluar. But actually, everytime dorang nak tukar artis akan ambil masa lebih dari 1/2 jam rasanya. Almaklumla dengan hujannya.. Macam-macam benda yang berlaku.







Hasil berkonsert selama 7 jam
Buruk.. Busuk.. Hangit.. Tengik.. Masam.. I need shower!

Time to go home

Walaupun dengan berhujan selama hampir 7 jam.. Dengan kaki berendam dalam air, sebab tempat tu dah start bertakung, dengan bau-bau yang sangatlah harum eh masam sebenarnya, dengan aku tak dapat nak bernafas dengan baik sebab tak cukup udara, dengan dahaganya, dengan terpaksa menunggu lama giler untuk artis-artis tu keluar untuk performed, dengan terpaksa berhimpit dengan orang..

Tapi semua tu berbaloi kot. Langsung tak rasa menyesal datang ke MTV World Stage ni. So bagi sapa yang terlepas, boleh la tengok Premiere kat Astro (tapi tak sure channel berapa)


PREMIERE

August 21, 2010 (Saturday)
7pm (WIB), 8pm (SIN/HK/PH), 9pm (MAL)


REPEATS

August 22, 2010 (Sunday)
2pm (WIB), 3pm (SIN/HK/PH), 4pm (MAL)

August 31, 2010 (Tuesday)
12 midnight (WIB), 1am (SIN/HK/PH), 2am (MAL)

Sept 9, 2010 (Thursday)
5pm (WIB), 6pm (SIN/HK/PH), 7pm (MAL)


Sept 18, 2010 (Saturday)

1pm (WIB), 2pm (SIN/HK/PH), 3pm (MAL)

Friday, July 2, 2010

The A-Team

29 June 2010 (Tuesday)

Ari ni hari berfoya-foya dengan my cousins, Aboy & Alang. Kitarang dah janji nak jumpa and tengok wayang kat Mid Valley. Patutnya kitarang kua kul 3 lebih sebab Aboy kena anta Along gi keje dulu. Pastu baru dia leh kua. Aku dengan adik aku lak kena tunggu mama sebab mama guna kereta gi jalan-jalan dengan kawan dia.

Dalam kul 3 lebih camtu, area rumah aku dah start hujan. Mama pun baru je balik. Aku cakap kat adik,

"Camne ni? Hujan pulak. Dorang dahla naik motor. Jadi ke tak ni?" - Aku (dah risau tak jadi sebab aku dah bersiap kot)
"Entah" - Lil Bro (jawapan tak memberangsangkan langsung)
Im wearing
Top: MNG Blue Spaghetti Strap & MNG Green Cardigan
Bottom: Dark Blue Skinny Jeans
Accessories: White Gold Necklace With Diamond (From Nemo) and Black & Green Jade Rings
Bag: Loewe Handbag
Shoes: Vincci Black Velvet Flat Sandal

Aku pun dah start SMS dengan Alang tanya camne. Dia pun tak sure. Kat area rumah dia dah start mendung dah. Macam nak hujan. Aiyo.. Nampak gaya cam tak jadi je =(

But aku dengan adik aku decided untuk gi Mid Valley jugak. Mana tau.. Dorang jadi datang ke. At least aku dengan adik aku dah ada kat MV untuk beli tiket wayang. Dekat kul 5 kitarang sampai MV. Aku call Aboy tanya jadi datang ke tak.. Sadly, tak jadi eh. So aku dengan adik aku je la yang tengok movie. Kitarang tengok citer The A-Team. Best juga citer ni. Action movie tapi banyak part yang kelakar. Worth it to watch.

Oh ya.. Ari ni hari kedua aku puasa ganti. Disebabkan movie habis dalam kul 8+, aku terpaksala berbuka dalam panggung wayang. Aku dah siap beli 1 set Big Mac untuk buka puasa nanti. Tapi masa adik aku makan fries, bau dia.. Mak aih.. Memang satu panggung leh bau kot. Punyala kuat. Memang kantoi bawa McD masuk panggung ar. Bila dah time buka puasa (Mama called adik aku untuk inform yang aku dah boleh berbuka), aku cuma makan fries je.. Cam over la pulak kalau aku makan Big Mac kat dalam tu. Sedangkan bau fries pun dah cukup kuat.. Inikan pula Big Mac. Bila dah kua dari panggung, baru aku makan Big Mac tu. Pastu kitarang jenjalan. Then baru balik

p/s: Tak dapek jugak hang out dengan my cousins :(

Thursday, June 10, 2010

Tips Cari Boyfriend

09 June 2010 (Wednesday)

Semalam berdating dengan kekasih hati sebab hari ni dia nak gi melepak dengan kawan-kawan dia kat Pahang for few days. Aku sangatlah happy sebab lama giler tak jumpa dia (padahal duduk satu negeri). Walaupun dia tengah cuti sekarang ni tapi kitarang takde masa nak berjumpa. Aritu dia busy dengan thesis dia and aku pulak hanya free Sabtu petang and Ahad (Tu pun kalau aku takde apa-apa program). Rasanya ni kali kedua kitarang jumpa sepanjang dia cuti. Dasyat tak?

Dan biasalah.. Bila dah lama tak jumpa, mesti akan ada macam-macam perkara yang berlaku. Mula la ada benda yang tak puas hati.. Cepat nak marah.. Cepat nak majuk.. Jadi over sensitive dan akhirnya terjadilah pergaduhan. Tapi bergaduh macam mana pun, kitarang tetap saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Hopefully biarlah perasaan ini kekal selama-lamanya. Amin~

So semalam, masa aku nak gi kerja aku suh mama anta sebab balik kerja nanti my Nemo akan datang jemput aku kat office. Super la excited sebab dia tak pernah lagi datang office aku ni. At least dia taw la aku keje kat mana and macam mana je keadaan office aku.

Bila dah nak dekat kul 5, tiba-tiba aku jadi berdebar-debar. Rasa seram sejuk lak. Siot ah! Macam nak gi blind date je. Macam la tak pernah jumpa kan. Mungkin nilah akibatnya sebab dah lama tak jumpa kot. Or mungkin sebab aku nak terpoopoo? Demn! Nak gi dating boleh pulak nak terpoopoo~

So bila punch card machine dah menunjukkan pukul 17:02, aku terus meluru keluar, punch my card and pergi kat kereta. Kebetulan hujan renyai-renyai lak.. Aku pun tambah speed, jalan laju-laju gi kat kereta. My Nemo nampak je aku, terus keluar dari kereta and bantu aku angkat 4 beg yang bersangkut kat bahu and tangan (Haih.. Cair jap aku dengan keprihatinan dia kat girlfriend yang cam penjual minyak gamat ni)

Then kitarang gi Alamanda (memang port dating terbaek kitarang sebab dekat) sebab tak taw nak gi mana. Kalau gi KL confirm stuck in traffic jam. Tak kuasa aku. Sampai je terus makan McD sebab my Nemo dah lapar. 

"Kita order set besar and ice cream eh sebab I nak cawan FIFA" - Aku
"Okay" - Nemo

Sekali staff McD tu cakap cawan tu dah habis. Arghh kecewa aku dengar. But then she said, esok baru ada. Aku cakapla kat Nemo, tak boleh redeem ke (Rugi la kan.. Dah beli set yang patut dapat cawan, tapi tak dapat). Then Nemo tanya staff McD sama ada boleh redeem esok ke tak. And she said, "Boleh!" Ho yeah! Rupanya boleh redeem k. Just tunjukkan resit and bagitaw dia nak redeem cawan. Tapi bukan sesuka suki ko je nak redeem benda alah tu. Kat resit tu dorang ada cop. So dorang taw la sama ada betul ataupun tak.

Then dah habis makan kitarang gi GSC sebab aku dengan penuh gedixnyer nak tengok citer Lagenda Budak Setan (LBS) but unfortunately, LBS dah full house kot. So Plan B adalah nonton Prince of Persia. Overall citer ni bestla. Tak bosan. Aku bagi 4/5. But still terkilan sebab tak dapat nak tengok LBS walaupun banyak review mengatakan citer ni cam kureng. Novel dia lagi gempak. Oh I dun care. Aku nak tengok dengan mata aku sendiri and nilainya.

Pas dah habis nengok movie, kitarang ronda-ronda jap. Baru nak tengok barang, aku cakap kat Nemo,

"Urgh! I rasa nak gi poopoo dulu la. You duduk kat bangku tu dulu eh" - Aku (Dalam hati.. Demn! Bontot ni memang tak taw segan taw. Asal dating dengan boyfriend, time time tu jugakla nak terpoopoo. Tak beradab langsung)

But being an understanding boyfriend, he just smiled at me and said,

"Takpela. You pergi jela. I tunggu sini. Bak handbag" - Nemo (sambil hulur tangan nak pegang my handbag)
"Takpela. Toilet tu ada hook. Nanti kang nak call you susah lak" - Aku
"Okay" - Nemo

Aku pun apa lagi.. Cepat-cepat berlari ke toilet sebab dah tak tahan. Bila dah lepas hajat, aku cari Nemo. Pastu dia datang and kitarang ronda-ronda lagi. Aku belikan couple rings. Ala.. Cincin biasa-biasa je sebab tu je yang termampu. Dia cakap yang dia takkan bukak cincin tu dah. Tapi aku pulak jenis tak reti pakai aksesori sepanjang masa. Before nak mandi, aku mesti buka. Tapi aku cakap kat Nemo, kalau aku bukak pun.. Aku akan pakai balik.

Then around 10 pm, kitarang gerak balik. Dia singgah jap jumpa my parents sebab dia cakap dah lama tak jumpa and rindu kat my mum. Pas dah dia berborak dengan my parents, dia pun balik..

p/s: Hari ni langsung tak amik gambar. Dua-dua pun tak teringat. Haih~

Sunday, May 23, 2010

Pengajaran Buat Ku

Semalam aku dating dengan Nemo. Macam aku cakap before this.. Dekat 2 bulan tak jumpa my Nemo. Macam mana la agaknye dia sekarang (ecewah!)

Around 1 lebih aku sampai rumah (Ari Sabtu, aku praktikal half day). Balik tu rasa cam penat sangat. So aku cakap kat Nemo yang aku nak rest jap aka tidur and aku suh dia gerak lagi 1 hour. Around 3.00pm dia gerak aku. Pastu aku terusla bagun and siap-siap. Excited ni nak jumpa dia. Rinduuu~

Dalam kul 4pm dia sampai kat umah aku. So kitarang decided nak gi Times Square (aku yang suggest cuz masing-masing tak taw nak gi mana).

Sampai je sana terus gi beli tiket movie dulu (aktiviti wajib). Perancangan asal nak tengok Robin Hood. Since ramai cakap citer tu best, harusla kena tengok ye dak? Tapi malangnya showtimes yang pukul 7pm nye, seat betul-betul kat depan screen. Tak silap barisan ketiga dari screen. Uish! Tak sanggup aku nak mendongak kepala. So kitarang try tengok movie yang lain pulak. Iron Man 2 pun sama gak. Almost full house. Pastu Nemo nak tengok Ip Man 2, tapi aku tak pernah tengok Ip Man 1. So cam tak best la pulak cuz nanti aku tak faham jalan citer dia. Last-last kitarang beli tiket Movie Shrek. Citer ni kul 6.00pm.

Sementara nak kill the time, kitarang ronda-ronda dulu. Sempatla aku shopping sikit. Ngee~. Bila aku dok ronda-ronda tu, aku perasan my Nemo cam monyok je. Aku tanya la, "Are you okay?"

"Okay" - Nemo (Jawab dengan penuh confident)

Dia memang selalu Ok punya. Jarang tak Okay. So aku fikir, maybe betul la dia Okay. Tapi tak lama lepas tu, dia cakap kat aku, 

"Babe.. Jom kita pergi makan nak? I laparla" - Nemo

Ooo.. Tu pasal dia monyok semacam rupanya. Then kitarang terus ke Station Kopitiam cuz aku nak makan nasi. Before kua, aku sempat makan bihun goreng tiga suap je. Mana nak kenyang. 


Muka Kebulur
Beef Fried Rice with Ice Lemon Tea


"You need a haircut la sayang"

Lepas dah makan, kitarang gi jalan-jalan lagi. Dekat pukul 7.00pm, aku cakap dekat my Nemo,

"Eh dah dekat kul 7 la. Jom" - Aku

Pastu my Nemo tanya.., "Wayang kita kul berapa sebenarnya? Bukan kul 6 ke?"
"Kul 7 kalau tak silap" - Aku (sambil cari tiket movie)

Bila aku tengok je tiket tu, terus terperanjat beruk!

"Eh pukul 6 la. Aduii! I tersilap. I dok ingat kul 7. Sorry sorry sayang" - Aku (muka cuak gilos)

Ape lagi.. Terus pasang langkah selaju yang mungkin la. Haih! Macam mana la boleh tersilap ni? Ni mesti gara-gara pilih movie banyak sangat sampai terconfused. Serious aku dok ingat movie kitarang kul 7pm (Ni la bahananya bila kepala dok tingat kat showtimes untuk Robin Hood)

Bila sampai kat si 'pencarik tiket', dia wat muka pelik kat kitarang (ek eleh.. Jangan wat muka camtu dik oii. Malu kitarang). Macam dah taw-taw apa yang bermain kat kepala dia, kitarang terus cakap,

"Terlambat" - Kitarang
"Owh okay" - Si Pencarik Tiket

Aiseh men.. Malu beb. Tapi nak wat camne kan.. 

Mmm, almost 1 hour kitarang terlepas citer tu. Bila orang lain dok gelak sakan, aku dengan Nemo blur blur ar. Tak faham langsung. Sian kat my Nemo. Aku rasa cam bersalah sangat. Haih! (sorry ya sayang)

Around 7.30 pm citer tu pun habis (30 min untuk RM 22. Great!). So kalau nak suh aku wat conclusion bout this movie, memang tak dapek la. Oh satu pengajaran yang telah aku pelajari iaitu SILA CHECK BETUL-BETUL MOVIE PUKUL BERAPA!

p/s: Kepala tengah ting tong masa tulis this entry~

Friday, April 23, 2010

When In Rome & The Last Song Babeh

Oh oh.. Semalam I ada tengok 'When In Rome' movie trailer (haruslah membahasakan diri sebagai I sebab nak citer pasal benda sweet neyh)

Bila I tengok trailer citer ni, terus rasa nak start enjin kereta then pecut ke Alamanda (tu je yang dekat tapi I nak tengok dengan Mr Nemo. Mr Nemo.. Sila take note yah). Serious tak sabar nak gi tengok this movie. Sweet gilos kot!

Well, citer ni pasal.. (Nah! Aku copy and paste from this website)

"Beth Harper (Bell) is a young, successful real estate agent ... but she's completely unlucky in love. However, when the New Yorker travels to Rome to see her newlywed sister, she impulsively steals some coins from a reputed fountain of love, and is then aggressively pursued by an odd group of suitors: a sausage magnate (Danny DeVito), a street magician (Jon Heder), an adoring painter (Will Arnett) and a self-admiring model (Dax Shepard). But when a charming reporter (Josh Duhamel) pursues her with equal zest, how will she know if his love is the real thing?"

Seriously I nak sangat taw ending citer ni.. Walaupun dah dapat agak yang dia mesti end up dengan charming reporter tu tapi I nak gi tengok sendiri. Plus citer ni kelakar kot. Sesuaila dengan genre this movie.. Romance & Comedy. Dengan aksi comel Kristen Bell tu and the charming Josh Duhamel.. Watkan I naaaaaaaaak sangat tengok citer ni (Nemo sila take note untuk kali kedua). Trailer this movie


Dah sambil berjalan-jalan kat Youtube tu I ternampak pulak pasal 'The Last Song' trailer. Film ni Miley Cyrus yang berlakon (walaupun gigi ko cam jo-ngang sikit, tapi aku tetap nak tengok ko berlakon). Yang actor tu I tak berapa kenal. Citer ni pun sweet gak. So I check la bila citer ni akan kua. Hampa.. Lambat lagi rupanya.. Dalam bulan July baru citer ni kua. Tema lagu ni best sangat. I loike!!

Synopsis for this film, I get it from here
Based on best-selling novelist Nicholas Sparks’ (“A Walk to Remember,” “The Notebook”) latest novel, THE LAST SONG is set in a small Southern beach town where an estranged father (GREG KINNEAR) gets a chance to spend the summer with his reluctant teenaged daughter (MILEY CYRUS), who’d rather be home in New York. He tries to reconnect with her through the only thing they have in common—music—in a story of family, friendship, secrets and salvation, along with first loves and second chances. 



Eventho citer ni lebih kurang je macam citer Miley Cyrus (Hannah Montana kalau tak silap) yang sebelum ni tapi I nak tengok sebab I dah terfall in love dengan lagu tema movie ni. Haih.. Kalau ikutkan banyak betul citer best-best. But so far, these are the movies yang akan masuk list I untuk I tengok ;)

p/s: July ni jugak Twilight:Eclipse akan kua. Tak sabar nak tengok my Edward ;)

Monday, April 5, 2010

Semuanya Di Sini

Akhirnya dapat jugak ku bertemu dengan kekasih hati setelah sebulan tidak ketemu (apsal aku cakap ala-ala orang zaman dulu kala neyh?!)

So semalam kitarang gi Alamanda. Malas nak gi jauh-jauh. Agak awal jugakla kitarang ke sana.. Dalam pukul 11 lebih pagi kitarang dah sampai kat Alamanda. Dengan harapan tak ramai lagi orang di GSC. Bila sampai je sana terus cari parking and ke GSC.

Mak aih!! Ramai tul yang beratur! (Tapi tak leh lawan lagi masa aku beratur nak beli tiket kat Mid Valley). Pagi-pagi buta pun dah ramai orang ke. Ingatkan takde orang. Ciss! So nak tak nak kena la beratur gak kan.

Wayang yang mula-mula kitarang tengok adalah Clash Of The Titans. Citer ni start kul 12.15pm. Then kitarang beli siap-siap tiket Alice In Wonderland kul 3.00pm. Mesti yang jual tiket ingat kitarang ni giler movie.

Before tengok COTT tu, sempatla aku lunch kat Little Wok dulu. Lapar giler eh. Pagi tu aku sempat makan kuih seri muka je. Then terus rushed ke GSC balik sebab dah nak dekat tayangan COTT dah. Hmm.. Overall citer ni OKla. Not that bad. Out of 5, I would give 3.5.

It's about dewa-dewa.. Then dewa ada anak yang separa dewa, separa manusia. Aku nak explain tak reti tapi okla. Nah! Baca sinopsis citer ni kat sini.

Oh ya.. Kalau korang pernah tengok citer Percy Jackson, citer dia lebih kurangla. Ada Zeus, Hades, Poseidon, Medusa (yang kepala ular and we cant stare into her eyes.. kalau tak nanti jadi batu)..

Then bile dah habis citer tu, teman my nemo makan kat McD lak. Dia cakap dia rindu nak makan Double Cheese Burger or kitarang panggil nama singkatannya DCB.

Muka my Nemo yang happy dapat DCB

Around 3pm, kitarang ke GSC balik untuk tengok Alice In Wonderland. My comment bout this movie.. Sama macam orang lain cakap.. Tak best. Boring sampai aku boleh terlelap. Tapi kenapa citer ni until now ada lagi? Patutnya dia tayangkan citer Remember Me lebih lama sikit. Padahal date released citer Alice & Remember Me lebih kurang je tapi Remember Me dah takde kat pawagam. Memang cis tol! Tak dapat aku nak tengok my Edward berlakon.

Dah habis tengok AIW, kitarang jalan-jalan kat Alamanda till 6pm. Aku cakap kat my nemo yang aku tingin nak tengok Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi kat Precint 3. Mujurla jumpa.. Apalagi.. Memang tak lepaskan peluang untuk bergambar la. Nak nak pulak masa tu dah nak dekat sunset. Suasana memang cantikla sangat.

Korang nak tau kenapa Masjid ni dipanggil Masjid Besi? Meh Makcik Joyah nak bagitau..

Masjid ni guna hampir 70% daripada besi/steel. Korang boleh tengok struktur ni daripada luar lagi. Hampir kesemuanya besi. Yang lain baru lah dia guna konkrit. Masjid ni siap ada basement carpark lagi taw. Mula-mula kitarang sampai, kitarang ingatkan complex ape la. Rupa-rupanya memang betul Masjid Besi yang kitarang cari. Yang paling uniknya lagi masjid ni takde sistem aircond/kipas pun sebab ianya menggunakan gas penyejuk. Canggeh tak?

Apsal mata aku macam ni? Ntah! Aku pun tak taw

Yang kat belakang tu la 'Masjid Besi'

From another angle, Ada jambatan tergantung (kenapa tergantung? sebab jambatan ni tak siap lagi.. macam tergantungla)

Muka kanak-kanak riang

Terus bertukar konon-konon ayu


Ni tak taw nak letak caption ape sebab muka aku secotek je

I love this pic.. TQ Mr Photographer aka Nemo

Cantik kan..

Keriangan jelas tergambar di wajahku setelah dapat berjumpa dengan si dia


Malam tu, we had dinner at Papparich dekat area rumah aku

My Asam Laksa

Lepas tu, dia anta aku balik and dia pun balik ke tempat study dia