✿ *loue me* ✿ DIY Stuff ✿ Tips ✿ Beauty ✿ Style & Easy ✿ Formspring ✿ Twitter ✿

Showing posts with label Poetic. Show all posts
Showing posts with label Poetic. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Lepas Ni.. (Dengan Nada Sedih)

Pada ketika ini aku sudah berjauhan dengan family terchenta *sob sob*

Lepas ni mesti mama rindu tengok kakak bising-bising dengan kucing
Lepas ni mesti bapak rindu dengan kakak untuk taip surat bapak
Lepas ni mesti adik aku rindu aku masuk bilik dia dan membebel-bebel atau dia lebih suka kata aku menyemak

Lepas ni mesti takde sapa yang nak trim pokok bunga
Lepas ni mesti takde sapa yang nak buat makan petang
Lepas ni mesti takde sapa nak main dengan kucing
Lepas ni mesti takde sapa yang nak siram pokok bunga

Tetapi sebenarnya...

Lepas ni mesti aku rindu mama dok kutip sampah dalam bilik aku
Lepas ni mesti aku rindu mama bising-bising suh gi jogging dan exercise
Lepas ni mesti aku rindu dengan mama yang panaskan lauk untuk aku sahur
Lepas ni mesti aku rindu bebelan mama
Lepas ni mesti aku rindu nak makan masakan mama
Lepas ni mesti aku rindu nak dengar mama suh aku makan vitamin
Lepas ni mesti aku rindu mama suh aku gi mandi

Lepas ni mesti aku rindu nak buat muka garang-garang dengan bapak bila disuruh taip surat
Lepas ni mesti aku rindu nak berebut remote control TV dengan bapak
Lepas ni mesti aku rindu dengan usikan bapak

Lepas ni mesti aku rindu nak menyakat adik aku
Lepas ni mesti aku rindu nak masuk bilik adik aku dan tarik rambut dia
Lepas ni mesti aku rindu nak lepak bilik adik aku
Lepas ni mesti aku rindu nak memekak kat adik aku
Lepas ni mesti aku rindu nak minta pendapat adik aku tentang rambut, baju etc

Gosh!! Homesick sudah datang :(


Monday, October 18, 2010

Khas Buat Kamu Juga

Berdegup kencang jantungku saat mata menatapi bait-bait katamu
Berdebar rasanya tatkala membaca cebisan hatimu
Terhenti seketika nafasku tatkala melereti ayatmu
Bergenang airmataku tika menghayati susunan indah luahan hatimu


Ku juga menginginkannya

Menjadi sebahagian dari hidupmu
Menjadi pendampingmu setiap masa dan ketika
Menjadi pasangan hidupmu
Menjadi pelengkap hidupmu


Terima kasih kerna menyayangiku
Menyayangiku setulus hatimu
Mencintaiku seadanya

Dan ku juga menyayangimu
Mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku
Buat selamanya

Thursday, October 14, 2010

Buat Mereka Yang Terchinta


Mama.. 
Bapak..

Kakak harap kakak dah buat mama dan bapak berasa bangga
Melihat anak mama dan bapak ini berjalan di atas pentas sekali lagi
Menerima skrol dari Tuanku Canselor
Menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam seperti yang diimpikan

Kakak tahu
Sudah terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mama dan bapak telah lakukan
Kakak juga tahu
Setiap masa mama dan bapak cuba membahagiakan anak-anak

Dan kakak juga mahu mama dan bapak tahu yang..
Kakak sangat-sangat bersyukur dan bertuah dikurniakan ibubapa seperti mama dan bapak
Sesungguhnya mama dan bapak adalah orang yang paling penting dalam hidup kakak
Tanpa mama dan bapak
Kakak takkan berada sehingga ke tahap ini

Kakak percaya
Walau segunung emas pun, belum tentu kakak dapat membalas jasa mama dan bapak
Walau lautan berlian pun, belum tentu kakak dapat membalas pengorbanan mama dan bapak
Terima kasih yang tak terhingga buat mama dan bapak atas segala penat lelah membesarkan kakak yang serba kekurangan ini
Kakak sayang mama dan bapak selama-lamanya

Tuesday, August 31, 2010

Di Saat...

Di saat kita perlukan seseorang 
Dan dia tiada
Sangat menyakitkan

Di saat kita ingin berkongsi perasaan
Dan dia kesibukan
Sangat mendukacitakan

Di saat hati gundah gulana
Dan dia tersenyum indah
Apakah itu satu dosa?

Apakah mungkin cinta ini sudah layu?
Apakah mungkin  kasih ini sudah tandus?
Apakah mungkin sayang ini sudah berkurangan?

Andai aku mampu
Aku ingin kembali pada waktu dulu

Di saat bibir ini tertawa riang
Di saat hati ini berbunga-bunga
Di saat wajah ini berseri-seri

Di saat cinta masih mekar mewangi
Di saat hati dan jiwamu hanya untukku
Di saat kau seperti dulu...

*Ini hanyalah nukilan rasa. Tiada kena mengena dengan sesiapa :)

Monday, July 12, 2010

Sahabat Sejatiku

mIRa..

Sahabat sejati
Yang mempunyai banyak persamaan dengan aku

Kami menghargai persahabatan
Kami sangat perfectionist
Kami sukakan kucing
Kami berada dalam satu jurusan
Kami cintakan pantai
Kami saling sayang-menyayangi
Kami sama tinggi

Dan juga banyak perbedaan dengan aku

Dia boyish
Aku feminin
Dia outspoken
Aku tidak
Dia kelakar
Aku kadang-kadang cuma
Dia sukakan adventure
Aku suka lepak di rumah sambil buat kraftangan
Dia montok
Aku keding

Dan sebenarnya banyak lagi persamaan dan perbedaan kami. Sampai esok lusa pun belum tentu habis.

Aku ini teramatlah rindukan dia. Walaupun kami berada di satu negeri tapi jarang giler boleh jumpa. Aku sibuk (praktikal masa tu) dan dia pun sibuk (dah berkerja). Last time aku jumpa dia masa aku gi kenduri kawin kawan aku. Bulan March tak silap. Now dah bulan July. Maknanya almost 4 months tak jumpa dia.

Well, walaupun aku dengan Geng Gagak Hitam jarang berjumpa atau bertanya khabar, tapi aku tau.. Jauh di sudut hati masing-masing kami merindui antara satu sama lain. Even kalau dorang tak rindu aku pun.. Aku tetap rindukan dorang. 

Masih ingat lagi yang aku nak wat surprise kat kawan aku tu, mIRa tapi tak jadi? Aku cakap aku nak poskan je hadiah dia tu kan.. But guess what, mIRa cakap nak datang umah and tidur kat rumah aku. Wohhh! Aku tersangatla happy. 

Dia sampai umah aku (09 July 2010-Friday) kul 4 lebih. Mula-mula jumpa rasa cam awkward. Maybe sebab dah lama tak jumpa. Nak sembang apa tak tau. Tapi bila sorang dah start bukak topik, kitarang cam dah tak boleh nak stop pulak. Bergosip tentang banyak benda.. Pasal artis, pasal kawan, pasal tempat kerja/praktikal, pasal blog, pasal eh macam-macam la. Then kitarang bercerita pasal life masing-masing. 

Walaupun kitarang always keep in touch melalui Facebook tapi tak sama tau. Berbeza bila kita dapat face to face. Walaupun lampu dah dipadamkan tapi mulut tak padam lagi. Dok ligat bercerita sampaikan mIRa cakap, "Eh dahla! Tidur tidur". Tapi tak boleh. Rasa cam banyak benda tak citer lagi. Patutnya kitarang ke Alamanda malam tu tapi terpaksa lupakan hasrat tersebut sebab lagi seronok bersembang. Last-last kami terlelap sendiri.

Saturday, June 12, 2010

Marilah Bersyukur

Kadang-kadang hidup ni..
Tak seperti yang kita rancang..
Tak seperti yang kita mahukan..
Atau tak seperti kita jangkakan..

Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan

Mungkin yang miskin menjadi kaya
Dan yang kaya menjadi miskin

Atau

Yang hodoh menjadi cantik
Dan yang cantik menjadi hodoh

Manusia ini fitrahnya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki
Tidak pernah tahu bersyukur dengan apa yang ada
Kadang-kadang aku juga terleka
Lebih suka menurut kehendak hati

Jadi hari ini marilah kita sama-sama bersyukur dengan apa adanya (◕‿◕✿)

Saturday, May 15, 2010

"How can I see what's in front of me, 
when I'm blinded by tears..
Even if he doesn't like me tomorrow, 
I knew he loved me yesterday"

Friday, April 16, 2010

Bertambah Pedih

Masih tengiang ngiang lagi di telinga
Suara yang gegak gempita
Menghamburkan kata-kata nista
Hinggaku mengalirkan airmata

Sekali lagi darahku mencaci
Lagaknya seperti dirasuki
Tidakkah kau mengerti
Aku juga punya hati

Jangan diikutkan perasaan
Kelak memakan diri
Tidak wujudkah perasaan simpati
Terhadap darahmu ini

Seminggu sudah berlalu
Tapi hari ini terjadi lagi
Histeria di pagi hari
Membawa angin damai pergi

Di mana harus ku cari
Ketenangan yang hakiki
Andai di bumi ku berpijak
Tiada lagi bahagia

Sengsainya perasaan ini
Pada siapa hendak ku luahkan
Dah tak terdayaku menanggung lagi
Semakin hari semakin bernanah

Duka menyelubungi diri
Tiada siapa yang mengerti
Menangislah wahai hati
Jika mampu meredakan perih

Friday, April 9, 2010

Pedih..

Jiwaku tersentak
Seperti pintuku dihentak
Kelu kesah
Resah gelisah

Di bawah pancuran air
Ku menggigil
Gementar memikirkan
Tentang yang bakal terjadi

Suara di luar
Memekik mekik
Terlolong lolong
Bagai dirasuki syaitan

Ku bingung
Ku buntu

Seketika..
Bunyi kaca kedengaran
Berlaga-laga sesama sendiri
Meminta diri dikasihani

Rupa-rupanya..
Dihempas segala kenanganku
Hancur berderai
Bertabrakan serpihannya itu

Ku termenung
Berfikir sejenak

Apakah besar kesalahanku?
Sehingga ku dihukum sebegitu
Adakah wajar ku dimarahi dimaki
Atas kesilapan sekecil hama

Di ruang sepi
Ku merintih pilu
Mendengar caci maki
Dari darahku sendiri

Calar balar hatiku
Tergores perasaanku

Lalu..
Titis-titis hujan
Kian membanjiri hati

Dan..
Kepadanya ku luahkan segala
Kerna hanya dia yang mengerti

Tuesday, February 9, 2010

Dimana Mood Aku?

Mood.. Mood.. Mood
Datanglah dikau
Aku kini tiada mood
Semalam ceria
Hari ini berduka
Esok gembira
Lusa derita
Sesungguhnya perasaan ini amat sukar dijangka

Sunday, January 17, 2010

Terima Kasih Sayang

Sang suria dah menampakkan cahaya
Hatiku kini berbunga ria
Kuharap ini berkekalan selamanya
Kerna diriku hanyalah insan biasa

Yang sering alpa
Yang sering terlupa
Perlu diingatkan
Setiap ketika

Maafkan aku andai kau terluka
Hingga membuatkan kau merana
Perasaan ini juga terseksa
Tidak ingin begini selamanya

Dan kini..

Jiwa yang meronta
Hati yang merintih
Tiada lagi
Kerna sang mentari sudah muncul kembali

Terima kasih sayang

Saturday, January 16, 2010

Perasaan...

Aku sedih
Aku pilu

Aku hiba
Aku sayu

Jiwa meronta
Hati merintih

Akhiri perasaan ini
Dengan suatu kegembiraan
Yang entahkan muncul entahkan tidak

Biarlah...

mood: emosi tidak stabil

Monday, November 16, 2009

Teh O

Tadi I menikmati air teh o ais..
Tiba-tiba hati I terdetik..

Hidup ni umpama air teh o la..
Kenapa?
Sebab.. Kadang-kadang dalam hidup kita
Ada rasa pahit.. Ada rasa manis..
Tapi itulah dinamakan kehidupan
Tak selalunya manis
Sekali sekala perlu ada pahitnye
Kenapa?
Kerana kadang-kadang kepahitan itu mengajar kita erti hidup
Mengajar kita agar menjadi kuat untuk menempuh kehidupan yang penuh pancaroba ini
Walaupun pahit tapi disebaliknya tetap akan ada kemanisan
Yang menyebabkan kita tetap meneruskan jua.

Dah dah.. Apa yang I dah merepek ni.
OK. Stop!

Sunday, November 15, 2009

...Somewhere We Belong...

~1 year~

Being in love with you is like

Smelling spring's first new blossoms

As if for the very first time...

Being in love with you is like

 Seeing the world through a baby's eyes

And marvelling at all of its beauty...

 
Being in love with you is like

Feeling every sensation from textures

To temperature like I've never felt before...

Being in love with you is like

A magnificient orchestra play and thinking

It is the most amazing sound ever created...

Being in love with you is like tasting

The most deliciously sweet fruit ever grown

Leaving me only longing for more...

Being in love with you is like

Nothing I have ever known

And more wonderful than I could ever imagine...

Your love...
Your kindness...
Your willingness...

To give of yourself without reservation

Have made me realize that you are my everything... my one and only..
I LOVE YOU SO MUCH!!
**Happy 1st Anniversary sayang**
**tQ for always being there for me**
**tQ for lovin' me**
**Take care of me**
**tQ for everything**

Sunday, October 25, 2009

...Life...

Juz nak share je..

Life can seem ungrateful and not always kind...
Life can pull at your heartstrings and play with your mind...
Life can be blissful and happy and free...
Life can put beauty in the things that you see...
Life can place challenges right at your feet...
Life can make good of the hardships we meet...
Lif e can overwhelm you and make your head spin...
Life can reward those determined to win...
Life can be hurtful and not always fair...
Life can surround you with people who care...
Li fe clearly does offer its Up and its Downs...
Life's days can bring you both smiles and frowns...
Life teaches us to take the good with the bad...
Life is a mixture of happy and sad...