✿ *loue me* ✿ DIY Stuff ✿ Tips ✿ Beauty ✿ Style & Easy ✿ Formspring ✿ Twitter ✿

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Macam-Macam Manusia Ni

Aku ni jarang bukak website nuffie. Selalunya dalam seminggu ada la sekali dua aku bukak. Kalau rajin sikit 3-4 kali. Tapi takdela tiap-tiap hari pun bukak sebab bukannya ada banyak duit pun kat dalam tu.

Tah kenapa arini, aku saja la bukak. Disebabkan aku ada 3blog kesemuanya (1 personal blog, 2 blogshops), aku pun dok tengokla satu-satu. Tiba-tiba mata aku melekat kat keywords di personal blog aku iaitu blog ni

Ni keywords untuk 28/02/11
Mula-mula lempeng.
Yang pasal lempeng tu logik jugakla sebab  aku pernah buat entry pasal lempeng atau pancake di sini. Mungkin sebab tu keluar kat google

Tapi yang tak boleh blah nya, ada orang cari sugar daddy Kuantan???
Siap spesifik lagi. Nak yang kat Kuantan je. Sapela punya keje eh
Meh nak bagitau.. Kat sini takde sugar daddy Kuantan. Kalau ada pun sugar daddy, itu adalah boyfriend saya sendiri atau boyfriend my BFF.
Sorry~

Tapi ni lagi tak boleh blah
Datang blog aku sebab nak tau macam mana nak kira toto??
OMG! Aku tak pernah mengajar benda bukan-bukan okay
Insafla~

p/s: Masa baca keywords ni, serious aku rasa nak gelak guling-guling. Macam-macam betul orang ni eh
p/s: Maybe sebab aku asyik dok tulis sugar daddy sugar daddy, tu yang keluar kat Google tu :)

Monday, July 19, 2010

Help Me Please..


Ye ke macam tu? Mungkin aku rasa cam biasa bila buka blog aku ni tapi mujurla kawan aku noticed yang blog aku ni lembab dari yang biasa. Kalau dia tak bagitau, confirm sampai sekarang aku tak tau. Thank you so much KuraKura.

Bila dah dapat feedback/comment sebegitu, terus aku gi googling mencari solution. Memandangkan header aku tu besar gabak.. Jadinya aku dah resize kan ia. Tapi bila aku upload balik and then view my blog.. Ianya lari ke tepi pulak. Tak centre.

So aku pun start googling macam mana nak kasi header tu centre. But unfortunately takde satu pun yang berguna/berkesan kat blog aku ni. Mungkin sebab guna template yang baru.. Maka ia tidak berhasil untuk diaplikasikan.

Frust.. Kecewa.. Moody.. Tak yah citer. Dah berapa blog yang aku buka.. Dah berapa lama aku mengadap lappy, sampai berpinar bijik mata.. Dah berapa jam aku dok godek. Semua nya tak menjadi. Last-last aku fed-up.

p/s: Ada sesiapa tahu macam mana nak bagi header tu centre tak or bagi header tu just nice dengan size blog aku?

Saturday, July 17, 2010

Okay Ke Tak Eh?

Setelah berusaha sedaya mungkin.. Berjam-jam rasanya mengadap lappy, akhirnya tercapai gak hajat aku nak tukar layout. Bila dok blogwalking.. Tengok blog dorang yang cantik-cantik, hati pun teringin. Tapi aku tau.. Tu semua memerlukan masa.

Tapi harini aku nekad mahu menukar background, mengedit header, men'touch up' serba sedikit pada widgets yang bersepah kat blog ni. Buat masa ni aku puas hati la kot. Tapi sapa tau mungkin aku akan buat perubahan lagi selepas ini

Saturday, April 10, 2010

Time To Change My Blog Title.. *loue me*

Dah lama aku fikir nak tukar blog title aku..Bukan apa..
Bila aku dok blog walking
Aku selalu nampak title *Live*Laugh*Love* or *Love*Laugh*Live or.. Whatevah kat blog dorang
So aku rasa cam tak bes la
Cam takde identiti sendiri je blog aku ni
Walhal (skema gile ayat).. *Live*Laugh*Love* aku dah guna agak lama la.
Before aku ada blog lagi, aku dah guna title tu
Tapi biasala kan.. Takkan aku sorang je leh guna title tu
Orang lain pun ada hak gak
Plus.. Bukan aku gi register pun nama tu.. (melalut lak)

So bila aku tengok ramai sangat guna, aku rasa cam nak tukar la
Cumanya aku tak taw nak letak nama ape
Susah jugak nak pilih nama ni..
(Kali ni sama kes masa aku nak pilih nama for my Herbee aritu)

Nak di jadikan cerita..
Ada satu hari tu aku berSMS dengan my Nemo
Msg tu adalah I love you..
Tapi aku tersalah taip, lalu tertaip i loue you.
Mula-mula aku tak perasan pun yang aku tersalah taip..
Tapi aku ni adalah insan yang takde keje and sumtimes aku suka baca balik SMS di Inbox or Sent Item before tido.
Ada satu malam tu, aku buka balik sent item aku and ternampak msg tu (yang salah taip tu)
Then otak aku berfikir.. 'Eh eh! Cam comel la pulak eja loue instead of love(common)' (aku je yang rasa comel bile dieja camni)

Tiba-tiba dapat idea nak letak *loue me* for my blog title yang before this *Live*Laugh*Love*

But before I change the title, aku gi bukak dictionary and googling dulu apa makna loue neyh. Mana la taw ada maksud tak baek ke apa (rasa cam takde). Tak seswai. Cari dalam dictionary tak jumpa la pulak. Then aku googling and jumpa la definition of loue kat laman web neyh







loue
noun

  1. (obsolete spelling of, love)
verb (infl, en, verb)
  1. (obsolete spelling of, love)


So ni lah maksud 'loue' @ love. Walaupun spelling ni dianggap kuno or no longer use.. Itu yang membuatkan aku nak sangat guna this word. Lain dari yang lain.. I loike!! =)

Pertambahan:
Why loue me @ Love me?
Bunyi macam ketandusan kasih sayang je.. Hee~ Tidak.. Aku cukup kasih sayang..
Cumanya aku rasa semua orang ingin disayangi dan menyayangi.. Sama la cam aku. Sapa la yang nak dibenci.. Mestilah kita nak disayangi selalu ;)
Lagipun hidup ini hanya sementara.. Oleh itu sayangi la diri anda dan orang di sekeliling anda (apa aku mengarut neyh)

Saturday, January 9, 2010

Jom Buat Blog

Kawan aku, Yatie tanya aku kat facebook macam mana nak buat blog. Aku pun bukannya expert pun. Kalau setakat yang basic aku taw la. So here we go..

Mula-mula masuk http://www.blogspot.com/

1) Nak buat blog, tekan la kat Reka-Lah Blog tu

 Then akan keluar yang ni

2) Korang isi la semua-semua ni pastu tekan 'Teruskan'

3) Then ikut je arahan seterusnya

4) If nak add gadget ke apa..


(kalau nak letak jam kat blog, leh je tekan kat jam aku.. then akan terus link ke URL jam tu and then korang just copy and paste code dia la. Haih.. camne nak terangkan eh)

So far macam tu je la.. Aku nak explain lebih-lebih,aku tak pandai sangat. Takpe.. Kalau lama-lama korang explore sendiri, confirm lagi pandai. Banyak je blog-blog yang buat tutorial pasal nak tukar background. Nak tambah gadget..

p/s: Aku bukannya pandai sangat. Sekadar membantu kawan yang inginkan pertolongan aku. Anything, you can ask me. Hopefully, this will help you untuk buang masa ketika di pejabat. Okay Yatie. Hehe

Leave A Comment

Aku taw ade je kawan-kawan aku yang baca blog aku cuz aku ada letak url kat facebook aku. But then dorang lebih suka tanya/comment kat facebook aku. Tak taw kenapa. Adakah korang tak taw yang korang leh je tinggalkan komen kat blog aku even korang takde blog. So, aku dengan takde keje nya wat la tuto pasal leave a comment ni. Hopefully pasni korang bolehla tinggalkan komen kat entry-entry seterusnya nanti

1) Tekan la kat 0 Comments tu


2) Then akan kua kotak macam ni. So taip je la kat ruangan tu
3) Pastu pilih Name/URL. Kalau yang takde blog, just tulis Name je. URL tu leh biakan kosong
4) Then tekan 'Publish Your Comment'

Easy kan.. Pasni kawan-kawan sila tinggalkan komen. Hehe =)