✿ *loue me* ✿ DIY Stuff ✿ Tips ✿ Beauty ✿ Style & Easy ✿ Formspring ✿ Twitter ✿

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Baby Hannah

24 September 2011

Ye aku tau tu citer bulan lepas punya tapi aku busy la.. Tak sempat nak update blog

Last month kan masih dalam mood beraya.. So aku dengan kengkawan gi lah rumah Aida. Di samping nak pergi beraya, kitarang nak tengokla baby Hannah yang comel tu

Kecik-kecik dah pandai posing. Confirm berjangkit dengan perangai bonda dia ni.

 Me, Aida, Awy, Yuna and baby Hannah

Saturday, November 20, 2010

Day 03-Convocation Day, BGRC & Dinner @BGRC

Day 03-Convocation Day & BGRC
091010-Saturday

Harini aku bangun awal giler. Around 5.30am aku dah terjaga. Around 5.50am aku dah gi mandi. Bukan apa.. Takut tak sempat nak bersiap. Tau-tau jela perempuan ni. Nak make up la.. Nak set rambut la. Haish.. Macam-macam la..

Walaupun aku dah bangun seawal mungkin but still kelam kabut lagi. Baru sekerat make up muka aku, dah kena make up wajah-wajah kawan aku lak. Sian dorang sebab aku tak sempat nak touch up dorang. Make up ala kadar je. Kalau la ada banyak masa.. Nak je aku make up elok-elok lagi. Pape pun, hope dorang suka :)

Gaya aku dengan Sha sama je..
Tapi CT & Aja kat belakang, gaya dorang sama jugak. Cam tau-tau je



Ni masa pendaftaran dan nak beratur masuk ke dalam dewan dah

Me with my beloved family

My dearest friends



Mama tengah betulkan tali di mortar board aku

My love
Thanks for the flower. Love it so much

Habis je konvo, kitarang terus ke BGRC. My bro teringin sangat nak gi sana. Tapi disebabkan gambar aku berlemoih+sikit, jadinya aku letak gambar aku sesudah bergumbira di BGRC  jelah. Tu pun sekeping je yang ada


Dah selesai bergumbira di BGRC, kitarang terus gerak ke Hotel Seasons View di Kuantan. Balik je terus bersiap-siap untuk gi dinner di BGRC pulak. Kalaulah badan ni boleh dikerat 3, kan senang. Walaupun aku rasa exhausted sangat tapi seronok

Masa sampai kat banquet hall BGRC, tengok half of dewan dah penuh. Acara pun cam dah start je. Mula-mula segan gak nak masuk tapi mujur ada sorang staff ni suruh kitarang ikut dia. Kitarang pun ikut je la. Sekali dia bawa kitarang gi meja VVIP. Segan giler takyah cakap. Kerusi yang aku duduk supposed Dekan FIST kot. Yang Aida lak Ustaz Yunan, sempoila kerusi ko Da. And Ana Ketua Pustakawan, macam tau-tau je yang Ana kaki novel. So memang sesuai la tempat duduk Ana tu.




Me with Mrs Aida & Puan-Pah-Going-To-Be
Aku?? No Comment

Day 02-Rehearsel & Yatie's Wedding

Day 02-Rehearsel & Yatie's Wedding
081010-Friday

Arini ada rehearsel untuk konvo. Pagi-pagi lagi kitarang dah siap-siap and pergi breakfast di Al-Falah Restaurant. Pastu baru gerak ke dewan untuk rehearsel.

Orang lain nak rehearsel tapi kitarang sibuk dok bergambar kat dalam dewan

Dah habis rehearsel. Ni masa di luar dewan

After habis rehearsel kitarang terus ke Terengganu untuk hadiri majlis perkahwinan Yati. Kebetulan arini dia kawin. Sian dia sebab tak dapat nak join konvo esok. Takpe Yati.. Kitarang tolong amikkan skrol untuk ko :)

Day 01-Pre-Photoshoot At Taman Gelora, Kuantan, Pahang

Eventho entry ni mungkin agak dah basi tapi aku tetap nak share jugak. Walaupun konvokesyen aku dah hampir sebulan lebih dah berlalu, tapi memori tu masih segar lagi. Bila tengok balik gambar lama-lama, rasa rindu sangat. Kalaulah boleh diputar kembali masa, aku nak lagi bersama mereka semua. Bergelak ketawa, bergosip, bergurau dengan Ana, Aja, Awy, Pah, Baiti, Aida, Sha, Yatie dan semua-semua yang pernah menjadi kawan aku selama aku di U.

Dahla.. Taknak cakap banyak.. Aku cuma nak share gambar je :)

Day 01-Pre-Photoshoot At Taman Gelora, Kuantan, Pahang
071010-Thursday

Masa aku nak gi U, aku & Ana tumpang kereta CT. Kebetulan time tu CT ada kat KL. So dapat la tumpang kereta dia. Kalau tak, terpaksa la kitarang naik bas. Kitarang gerak kul 10 kot (Tahla.. Aku pun tak berapa nak ingat). Then sampai U dalam tengah hari.Terus settlekan urusan pengambilan jubah & semua. Ingatkan kitarang nak lepak la kat bilik yang kitarang dah tempah dari Nina tapi kawan Nina lak ada kelas lagi time tu. Around 6pm baru dia habis kelas. So kitarang pun decide nak pergi Kuantan untuk hang out. Tu yang sampai ke Taman Gelora tu. Masing-masing cam dah lapar sebenarnya. Makan jap kat situ dan selepas itu bermulalah sesi photoshoot...




Tuesday, August 24, 2010

Wonder Girls Malaysia

Rutin biasa aku lepas bersahur adalah mengadap lappy or buat handcraft. Tengok pada mood la. Tapi selalunya aku akan online sampai ke pagi.

Tadi aku ingat malas nak online.. So aku just belek-belek folder 'Photos'. Entah kenapa tiba-tiba je tangan aku gatal nak bukak satu folder ni. Walaupun aku dah tau yang aku akan gelak macam orang giler tapi tangan aku tetap click juga. Bila dok tengok tu, takde la aku gelak kuat-kuat. Giler ko.. Subuh subuh dok gelak kuat-kuat. Tak sesuai okay. Aku cuma dok terkekeh sorang-sorang je. Kang kalau mama aku dengar, tak pasal-pasal dia pun nak join sekaki.

Sebenarnya content folder tu adalah video clip aku dengan Ana dok berangan nak jadi Wonder Girls Malaysia yang sempat kawan aku rakam, thank you so much Awy. Walaupun aku sendiri tak sanggup nak tengok VC tu, dah tengok dah pun.. Apatah lagi orang lain sebab kemungkinan besar muntah darah amatlah tinggi ye.. Tapi sebenarnya tu la antara memori terindah aku dengan kawan-kawan. 

Aku tak ingat macam mana aku boleh nak menari masa tu tapi yang pasti aku yang start dulu.. Pastu kawan aku, Ana pun join sekali. Bukan satu lagu je kitarang menari. Banyak gak sampai dua-dua dah letih. Siap berpeluh lagi. Dahla tak pernah-pernah exercise selama dok kat U.. Yang kitarang tau cuma 'berkayak atas katil' je but then tiba-tiba malam tu dok terloncat-loncat+tergedik-gedik+sampaikan kain batik aku pun nak terlondeh, ayu tak aku pakai kain batik oo, memang mengah habis la. Kalau Wonder Girls tengok, confirm nangis.

Nak tengok VC kitarang menari??! Haa.. Tengok yang ni dulu

Ni lah version yang kitarang dok ikut WG menari. Version Original+Ballad

p/s: Memang sampai mati pun aku takkan upload VC tu sebab tak sanggup. Rasa macam bukan orang yang menari tapi tulang temulang. Oh s**t!

Thursday, August 19, 2010

Surprised Lagi!

Sambungan..

Bila aku dah sampai rumah, aku pun nak masuk bilik sebab nak amik barang.. Tapi baru selangkah dua, aku dengar bapak aku cakap,

"Huish! Untuk awak ni. Dari sape?" - Bapak

Aku pun terus berpusing and patah balik. Aku tak perasan pulak ada bungkusan kat atas meja. 

Eh, aku ada order apa-apa ke? Rasanya takde lak aku shopping online. Sapa yang bagi ni? Tengok nama, from Eira. Terus tersengih lebar tapi dalam hati agak pelik gakla. Aik. Eira? Dia kasi hadiah? Ooooh mungkin sebab dia nak kahwin kot. Memandai wat telahan. Dahla takde kaitan langsung dengan kahwin


Berdebar membuka bungkusan

Tadaa!!
Ada coklat rupanya dengan kad yang comel. Aku pun baca kad tu. Rupanya Eira cuma bagi extra choc dengan kad comel tu. Eira kan memang berniaga coklat. Tapi yang bagi hadiah ni sebenarnya, ANA

Yerp! This girl!
Super la terharu. Walaupun dia kelentong aku masa chatting cakap,
"Sorryla kak. Takde hadiah yang nak diberi. Just ucapan je"

Aku memang tak kisah pun. Dia dah wish pun, dah buat aku rasa happy. Tapi bila dapat hadiah ni, wat aku rasa sangat terharu+gumbira. Tak sangka yang dia still bagi surprised kat aku even kami dah jauh. tQ so much my dear friend!!

She's truly a good friend. Love her so much!!

Dah bercakap panjang lebar.. Tak tengok-tengok lagi isi kotak tu. Agak-agak apa yang ada dalam kotak ni eh. Then bila aku buka, ada...
COKLAT LAGI!!!
My GOD!! SO SWEET OF HER la!!
Nak makan pun fikir 10x sebab cantik. Rasa sayang nak makan. Up till now, aku still tak makan lagi coklat-coklat ni

p/s: Rupanya bilangan coklat tu ada maksud tersendiri. Ana suruh buat 2* sebagai simbolik umur aku tapi aku kira-kira dah terlebih satu pulak. Oh tidak. Aku baru berumur 2*, bukan 2* (termasuk choc dari Eira)

Tapi apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak. Aku betul-betul hargai semua ni *sobs.. nada terharu*

Monday, July 26, 2010

Small Gathering & Surprise!

Last week (15/07/10) aku balik ke U untuk amik transkrip dengan surat pengesahan. Sebenarnya benda alah tu boleh dipos tapi risau kot cuz transkrip tu kan penting. Padahal tu semua alasan sebab nak jumpa kawan-kawan and boyfriend.

Sebenarnya nak pergi U tu dari awal bulan lagi tapi kawan aku, Ana tak dapat cuti. Once dia dapat cuti, terus dia ajak kawan-kawan kitarang yang lain. Mujurla dorang semua on je. Ada yang dari Terengganu, Segamat sanggup turun ke Pahang semata-mata nak jumpa kawan-kawan. Seronoknya

So, ari Isnin (12/07/10) lagi kitarang dah start rancang. Yang jadi kepala mestila Ana. Lama ooo tak jumpa dorang semua. Rindu rasa.. Dahla ada di antara dorang tu dah bertukar status. Tapi kan walaupun dah jadi puan, tapi perangai tetap sama eh. Hehehe

Tentang pemergian aku ke Pahang, boyfriend aku langsung tak tau menahu. Aku siap bersekongkol dengan kawan aku lagi supaya jangan pos apa-apa kat wall Facebook. Kalau nak bincang pon, private msg (PM) kat Facebook. 

Aku saja nak wat surprise kat dia. Lagipun 15/07 tu adalah anniversary kitarang selama 1 tahun 8 bulan. Punyala aku berlakon macam takde pape. Penat tau nak cover daripada dia sebab aku takut terlepas cakap. Tau je la, kalau dengan dia.. Semua benda aku nak citer. Bila on phone dengan dia, aku cakap kejap-kejap je. Mujurla dia tak perasan apa-apa perubahan.

So ari Khamis tu, after Subuh aku dah bersiap-siap. Around 7.30 am aku dah gerak dari rumah. Then picked up kawan aku, Ana & Aida kat area Taman Melati and straight away to Pahang. Sepanjang perjalanan kitarang menyembang except for Aida yang awal-awal je riuh.. Lepas tu dia dok wat air liur basi kat belakang.

Around 11am, aku sampai kat U aku. Waaa.. Tiba-tiba rindu rasa udara kat sini, eceh.. 4 tahun duduk kat sini punyalah tak sabar nak kua dari tempat tu. Now tiba-tiba rindu pulak. 

Sampai je kat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), aku terus call boyfriend aku.

"Sayang! I kat U ni. Surprise!!" - Aku
"Hmmm?" - Nemo (mamai-mamai)
"I kat U ni!" - Aku
"You biar betul" - Nemo
"Betul la" - Aku
"You buat apa?" - Nemo
"Nak settlekan pasal transkrip la bla bla bla" - Aku

Nemo macam tak percaya je aku kat U. Sempat lagi dia interview macam-macam walau dalam keadaan mamai. Mesti dia terkejut habis bila dapat tau tiba-tiba girlfriend dia muncul. And yesss!! Surprise aku menjadi. Dia langsung tak dapat hidu kedatangan aku ke situ. Then aku suh dia bangun and bersiap-siap cuz nak ajak dia kua nanti after aku dah settlekan semua urusan.

Tapi kesian dia.. Tunggu punya tunggu, urusan aku tak settle-settle. Macam-macam benda yang kitarang kena buat. 3 lebih macam tu, baru kitarang gerak ke Kuantan. Masing-masing dah lapar. Dahlah aku tak breakfast apa tadi pagi. Kitarang lunch kat Sara Thai. Selama ni aku dok bodek Ana suh open table sebab dia kan dah kerja. Tapi takdela serious pun. Main-main je tapi tak sangka dia open table betul-betul. TQ so much Ana!!!
Di Sara Thai Restaurant with friends







Pastu dah kenyang melantak, kitarang gerak gi Megamall pulak. Dorang nak shopping sebab tengah sale. Dah puas meronda, actually tak puas pun tapi disebabkan masing-masing dah nak balik cuz esok Ana nak kerja. Aja & Yati nak balik Terengganu, takut lambat pulak. Masa on the way nak balik tu, kitarang singgah kat pasar malam Gambang. Ana kempunan  nak makan keropok lekor. Memang sedap pun keropok lekor kat situ. Pastu antar Nemo balik and kitarang pun balik ke KL.

Me & Ana at Gerai Keropok Lekor
Selama ni datang pasar malam, tak pernah nak amik gambar sampai orang tengok kitarang pelik. Mesti dia ingat kitarang jakun. Hahaha

Tuesday, July 13, 2010

Aku Bukan Anti Sosial

Kalau dulu masa time belajar.. Aku selalu la hang out dengan kawan-kawan. Boleh kata every week aku akan kua. Jarang la nak tengok aku melekat kat dalam bilik. Kalau tak ari Sabtu.. Ari Ahad aku kua. Dan mungkin juga weekdays. Time belajar la kita leh jalan-jalan. Nanti kalau dah kerja, confirm dah susah nak jalan-jalan.

Ni masa gi Perhentian Island

Merempit kat Lapangan Terbang Kelantan

Kat Black Stone Beach

Tapi bila aku dah duduk kat rumah, aku jarang hang out dengan kawan-kawan. Actually teramat jarang. Aku banyak menghabiskan masa kat rumah je. Kalau aku kua pun, aku lebih selesa kua dengan my family members or boyfriend or cousins. 

Walaupun ada yang mengatakan aku ni takde life cuz.. Duduk rumah. Mengadap lappy. Tengok TV.. Anti sosial bla bla bla. Nope.. Im not la. Cuma tahla.. Mungkin aku lebih selesa duduk kat rumah sambil buat DIY stuffs. Lagipun.. Keluar rumah bermakna keluar duit jugak. So bagi insan yang tak berkerja aka tak berduit.. Duduk rumah adalah sesuatu yang harus. 

Walaupun aku jarang hang out dengan kawan-kawan.. Sometimes kawan aku datang kat rumah. Contoh macam ari tu. Aku ni jenis yang amat mengalu-alukan kawan aku datang ke rumah. Dapat lepak minum-minum kat rumah sambil berchit chat.. More than enough for me. Maybe aku ni jenis yang homie kot..

Tapi.. Tapi.. Ari Ahad ari tu aku hang out dengan kawan aku, Duff. Dari ari Sabtu lagi dia dok msg aku ajak tengok movie. Tapi ari Sabtu kan aku spent time with my BFF, mIRa. So tak dapat la nak hang out dengan kawan aku tu. Then Ahad dia msg lagi ajak hang out. Ish.. Aku cam tak sampai hati pulak bila orang dah ajak berkali-kali. Serious rasa bersalah nak tolak. So Ahad tu aku ke MV. Mamat tu sibuk nak tengok citer Knight & Day. Layan kan je la. Lagipun dia nak belanja. Aku on je la walaupun kena beratur panjang giler. Sementara menunggu waktu tayangan, kitarang lunch kat Delifrance. Then teman dia gi cari wallet. Habis semua boutique kitarang jelajah tapi takde yang berkenan kat hati. Last-last aku yang terbeli bila ternampak satu blouse yang tersangatlah chantek kat boutique E****t (Hee~ Terbanyak lah pulak) walaupun takdak duit (Dasar tak sedar diri tul). Takpe.. Next month bayar

"Ish! Aku yang nak shopping tapi ko yang beli. Tak aci ni" - Duff

Last-last dia pun gi rembat gak wallet kat Q***S****r. Dah dapat apa yang diidamkan.. Kitarang gi makan ice cream kat McD. Kali ni aku lak belanja dia. Banyak yang kitarang bualkan. Walaupun rasa awkward je sebab kua berdua tapi disebabkan dia ni memang jenis banyak mulut and funny, keadaan jadi meriah la.

Kul 7 pm macam tu, kitarang masuk cinema. Walaupun banyak reviews mengatakan citer ni hanya berlandaskan pada pelakon-pelakon famous je tapi isinya hancus.. But I think, not that bad la. If citer ni mampu buat satu panggung gelak, kira okla kan. And yah.. memang satu panggung bantai gelak bila part-part yang kelakar.

Pas dah habis tengok movie, aku teman kawan aku jumpa kawan dia. Borak-borak kejap then dia hantar aku balik..

p/s: See.. see.. Tidakla kata aku ni anti sosial ke apa ye. Aku hang out je dengan kawan-kawan aku tapi mungkin bukan selalu =)

p/s: Cameron Diaz nampak terlalu tua dahla untuk pegang watak heroin and memang ada part-part yang nampak dibuat-buat

Friday, July 2, 2010

Bertemu Dengan Temanku, Ana

30 June 2010 (Wednesday)

Ari ni lak aku kua dengan my Nemo and adik aku. Ari ni ada banyak tempat nak gi. Mula-mula sekali teman my Nemo gi amik questionnaires for his FYP kat kawan aku, Ana. My Nemo and his friends minta tolong Ana pasal questionnaires dorang. Aku cakap kat My Nemo.. Jangan bagitau yang aku ikut sekali. Aku saja nak wat surprise kat kawan aku. Disebabkan kami saling merindu.. Haruslah aku wat surprise kat dia. Baru best. Hehehe

So, around 2+ pm, my Nemo sampai rumah aku. Dia lunch kat rumah aku arini. Bila dah semua kekenyangan, kitarang pun gerak la ke office kawan aku tu. Jauh giler eh office dia. Mujurla jalan tak jammed. Sampai office Ana around 4+pm.. Masa nak dekat sampai office Ana, my Nemo called kawan aku tu. Sekali dia terkeluar cakap,

"Ana.. Kita**.. Eh Saya dah nak kat sampai office Ana dah ni" - My Nemo

Bila My Nemo dah habis cakap dengan kawan aku tu, aku terus cakap..

"Aiseh! Camne ni.. Nape u cakap kitarang? Confirm Ana tau I datang gak" - Aku
"Tak kot. Kitarang tu mungkin kawan-kawan I ke. Jangan risau la" - My Nemo

Hurmm! Harap-harap la Ana tak perasan dengan apa yang my Nemo cakapkan tadi.

Bila dah sampai depan office Ana, my Nemo je yang kua. Aku yang duk kat dalam keta lak yang berdebar (tah pape.. huhu). Tapi aku dah tak boleh sabar lagi.. Jap-jap aku kua keta.. Jap-jap aku masuk keta. Cam kucing nak beranak je gayanya. Then bila aku kua, aku nampak Ana tengah jalan nak datang kat kereta. Aku terus..,

"Ana!!!" - Aku
"Kakak!! - Ana (nama manja aku di kalangan kawan-kawan aku adalah kakak. Tak bermaksud aku tua ye. Tidak sama sekali)

Kitarang terus bersalaman and berciuman pipi. Haih! Rindu giler kat kawan aku ni. Lama giler tak jumpa. Bila jumpa rasa terubat la sikit rindu tu. Kitarang sembang-sembang kejap.. Pastu Ana ajak gi minum. Kitarang ikutkan je la. Pas dah habis minum, kitarang anta Ana balik kat office dia balik.. Haih.. tak puas jumpa.. Sekejap je. Pasni tah bila boleh jumpa lagi. Masing-masing busy~

Makcik! Rindu kamu yang amat!

Dia ini seorang teman yang sangat-sangat baik
Susah senang, dia sentiasa ada
Dia seorang kawan yang amat menghargai kawan
Sekali kau kenal dia, kau tidak akan pernah menyesal punya kawan seperti dia
Percayalah..
I Loue You, Ana

bersambung...

Tuesday, March 23, 2010

Kera Sumbangkah Aku?

Aku ni memang tak reti nak berkawan dalam kelompok yang ramai. Aku cuma rapat dengan kawan yang aku rasa boleh get long je. Bukanla kata aku ni kera sumbang ke apa tapi aku lebih selesa dalam kelompok aku sendiri. Maybe sebab tu orang cop aku 'Sombong' (but I'm not). 

Pada pemikiran aku, bila kita berkawan ramai, banyak hati yang perlu dijaga. Bukan senang taw. For me quality is more important than quantity. Aku ni pulak jenis bila aku dah rapat & baik dengan seseorang tu, memang aku sayang habisla. Lagipun aku ni unpredictable and ada perangai tersendiri a.k.a perangai buruk. Hanya kawan yang betul-betul memahami aku je yang taw camne perangai aku ;p

Boleh di katakan, di setiap tempat aku belajar akan ada kawan yang aku rapat. Contoh masa aku sekolah Convent, aku ada beberapa kawan baik. Until now, aku still keep in touch with them. Kat U pun sama, aku ada beberapa kawan yang aku rapat & baik juga. Macam-macam perkara yang kitarang lalui bersama.. Suka.. Duka.. Semua tu akan menjadi memori terindah..

Aku tak sangka yang aku akan jumpa my BFF pada umur aku 18 tahun cuz ada yang cakap.. Kita akan jumpa BFF masa zaman sekolah. Or maybe tak jumpa langsung. Aku ingat aku takkan ada BFFla cuz bukan senang kita nak dapat kawan yang betul-betul kawan. Lagipun aku tak kisah sangat cuz I still have my family members. BFF ada ke.. Takde ke. Sama je.. Bagi aku kita tak perlu mencari sebab ianya akan datang dengan sendiri.

Masa zaman PKB dulu, aku ada gang nama Geng Gagak Hitam. Kenapa nama ni..? Hee~ Biarlah rahsia (sebenarnya malas nak taip..). Geng Gagak Hitam ada 4 orang. Aku, Mira, Ida & Nda. Mereka-mereka ini adalah teman sebilik, sekelas, semengutuk, semengumpat, sebergosip.. Senang citer, mereka ini adalah BEST FRIEND FOREVAH (BFF). 

Sesungguhnya tanpa kawan hidup kita akan terasa sunyi :)

p/s: Adakah aku di kira kera sumbang seh?

Saturday, March 6, 2010

Aktivitiku

Kan aku ada cakap kat entry sebelum ni yang aku kena gi UMP for My3s Programme (Sampai saat itu aku masih tak taw program ape la UMP wat ni). So hari ni (2 March 2010-Selasa), dalam kul 8am aku dah gerak dari rumah sebab takut jammed. Bas UMP akan tunggu di Masjid Negara. Bila sampai sana, kitarang lepak dulu sebab tak nampak 1 bas pun. Then aku nampak Ana dengan adiknya naik motor. Dia cakap bas UMP ada kat bahagian belakang sikit. So, bapak aku pun gerak la ke sana. Ada 2 biji bas kat situ. While waiting for the bus untuk open the door, aku dengan Ana, borakla. Lama giler kot tak jumpa. Last masa gi anta thesis aritu. Nama je duduk satu negeri, tapi tak pernah jumpa. Masing-masing busy. Kitarang ni borak dari sebelum masuk perut bas, sampai dah duduk dalam bas sehinggalah sampai di UMP terchenta.. Non stop. Macam tak jumpa setaun. Rindu weh..

Tapi Aja dah sampai dulu dengan Sha. Dorang dah check in awal-awal lagi. Walaupun kitarang check in di C4-405 tapi kitarang lepak kat bilik lama kitarang. Bilik kitarang kosong. Takde sapa duduk.. Then Awy pulak sampai. Keadaan makin menjadi meriah bila lagi ramai kawan-kawan kitarang datang. Berborak tak ingat nye.. So aktiviti kitarang for the whole day adalah BERBORAK

3 March 2010 (Rabu) ni lah kitarang ada sesi penilaian. Macam-macam berlaku tapi malas la nak citer. Cuma satu nak komen.. Kelemahan sistem pengurusan betul. Student yang datang dari jauh mengharapkan semuanya berada dalam keadaan teratur.. Tidak menyusahkan student. Tapi sebaliknya yang berlaku. Bila dah settle perkara yang mengarutkan di luar, kitarang masuk ke dalam dewan. Masing-masing wat muka terkejut.

Apsal ada kerusi meja macam orang nak amik exam ni?
Ada exam ke?
Bukan dengar ceramah ke?
Macam-macam persoalan bermain di minda.

Then ada sorang lelaki (maybe staff UMP) bagi briefing. OK fine.. Memang ada exam selama 1 hour. Yang bestnya kena jawab 180 SOALAN dalam masa 1 hour. Agak-agaknya, soalan ape la eh sampai dia peruntukkan masa seciput itu untuk dijawab dalam masa 1hour. Dan kepada manusia yang tidak bernasib baik, dia akan di interview oleh KPT. Thank God kitarang semua tak kena

While waiting for the OMR form

Sempat lagi bergambar

Trademark Aja for our Japan drama

So kitarang tunggu la borang OMR (macam jawab UPSR) diedarkan dan kertas soalan. Bila dah dapat kertas soalan.. Ooo.. Cuma soalan tentang kemahiran diri. Kitarang cuma perlu tandakan mengikut scale sedia ada. Less than 1 hour, siap! Oh correction! Bukan 180 soalan tapi 220 soalan.

Soalan depan belakang tau. Tu yang sampai 220 soalan

Habis je 'exam', kepala dah berputar-putar memikirkan nak ke mana lepas ni. Sebenarnya before exam lagi dah rancang nak berjimba-jimba tapi belum decide lagi. After exam tu ingatkan boleh la blah tapi kena amik surat. Lagi sekali kelemahan pihak pengurusan. Tak yah nak citer.

Dah dapat surat segala, kitarang ke BPA (Bahagian Pengurusan Akademik) untuk amik result sem lepas. Then baru balik bilik.. And lunch

Dalam kul 2 lebih, kitarang gerak ke East Coast Mall (ECM) untuk tengok movie. GSC baru buka kat sini. So nak tinggalkan la jejak bontot di sini. Kitarang tengok citer Percy Jackson & The Lightning Thief. Ni second time aku tengok. First time aku tengok dengan my fam tapi di penghujung citer aku tak sempat tengok. So this time, leh la tengok sampai habis.

Before nak masuk cinema

Lepas dah tengok movie, kitarang ke Restoran Jelita untuk makan-makan @ dinner (Padahal baru kul 6 lebih tapi lapar kot).
Tak nampak muka Awy & Wan

FiQ pun datang melepak dengan kitarang sekali. Siap bawa Qistina a.k.a anak dia lagi

Then kitarang ke Teluk Chempedak (Tempat wajib). Tapi yang ada cuma Ana, Awy, Wan & my BF. Aja tak ikut sebab dia nak jumpa BF dia. Yang lain semua dah nak balik. So kitarang lepak-lepak.. Amik angin. Rinduuuu suasana kat sini


Muka masing-masing cam sedih je

My BF

Teluk Chempedak di waktu malam

Bayang-bayang aku, Ana & my BF


Friendship Forever


Pembuli aku

Walaupun Aja takde dengan kitarang masa ni, tapi kitarang letak 'Aja' di antara aku dengan Awy
Love You Guys So Much!!

Esoknya (4 March 2010-Khamis), dah kena balik ke tempat amsing-masing. Sedih pun ada.. Yerla.. Lepas ni bila lagi boleh jumpa. Hopefully masa konvo nantila

p/s: Glad jugak la UMp wat program ni. At first aku rasa mengarut but then bila fikir balik, dapat jumpa kawan-kawan superla menyeronokkan. Penat pun tak terasa ;). Goin to miss all my friends