*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Internship. Show all posts
Showing posts with label Internship. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

My Last Pay Cheque

Jarum jam menunjukkan pukul 10.10 pagi. 

Argh.. Masih terlalu awal. Aku masih lagi bergolek ke kanan dan ke kiri. Enak beradu di atas tilam tanpa bantal. Malas sungguh rasanya nak bangun. 

Sedang enak mengelamun sementara menanti mata tertutup semula, tiba-tiba Herbee ku berbunyi. Ringtone Billionaire menandakan ada SMS yang masuk. Terusku gesek-gesek biji mataku dan mengambil Herbee. Siapa pula yang menghantar msg pagi-pagi buta ni?.. (Pagi buta kah?)

Lalu ku baca msg tersebut walau samar-samar.. (Ehemm.. Faham-faham sendiri kenapa samar-samar)

"Cheque dah dapat"

Oh rupanya dari kawan ku di tempat praktikal dulu. Dengan muka tersengih-sengih, terus aku bangun dan menuju ke dapur mencari mama. Waktu-waktu begini, pasti mama berada di ruang kegemarannya iaitu dapur

Terus aku bersuara dengan nada sehabis macho..

"Petang ni orang nak gi office" - Aku (saja meninggalkan tanda tanya pada mama)
"Buat apa?" - Mama
"Nak amik cheque" - Aku
"Kang lepas Zohor, boleh la kita pergi" - Mama

Dalam pukul 3, aku dah bersiap-siap untuk ke office. Tapi keadaan di luar sangat menggerunkan. Hujan sangat lebat. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentam dentum.

"Tunggu hujan reda baru pergi. Bahaya drive macam ni" - Mama

Aku pun menanti dengan sabar. Berharap agar hujan segera meninggalkan kawasan perumahan ini. Pukul 3 lebih, hujan sepertinya mahu mengundur diri. Mama pun dah bersiap-siap hendak menemani aku. Pasti dia risau nak membiarkan aku keseorangan meredah hujan.

Apa yang pasti, aku lakukan semua ini demi my last pay cheque. Terlalu lama rasanya menanti allowance ku itu. Aku sudah tidak sabar mahu mendepositkan ke akaun ku. Walaupun amaunnya pasti sedikit tapi aku bersyukur =)

Friday, June 18, 2010

The End Of My Internship

Sebagai tanda untuk meraikan hari terakhir aku di situ, aku dengan trainees yang lain kua kejap masa lunch sebab aku  nak beli kuih muih untuk makan petang. Aku tak taw nak belanja apa. Tapi aku pernah terniat nak belanja kuih sebab aku pernah cakap kat sorang staff ni. So, kira aku telah melunaskan janji la. Then aku dengan trainees yang lain gi minum lai chee kang. Lepas tu baru balik office.

And before balik tadi, aku bersalaman dengan hampir kesemua staff kat situ. Tapi ada yang tak sempat nak bersalam (dengan perempuan je la) and minta maaf dan ucapkan terima kasih sebab tak dapat nak menjejaki dorang. Maybe dorang dah balik.

Masa nak bersalam and minta maaf tu, tiba-tiba aku rasa sebak pulak. Hish!! I hate this feeling okay. Murah sangat air mata aku ni mengalir. Yang aku tahu, aku tak macam ni dulu. Jiwa ku sangat kental. Hati ku sangat keras. Air mata susah nak mengalir. Kalau mengalir pun hanya dalam selimut/tepi sliding door (bak kata Mira), tepi tiang katil (roomate kat U aku taw ar). Sebolehnya aku akan hide bila aku nangis. Aku tak suka orang tengok aku nangis sebab aku tak suka orang tengok aku lemah. 

But then, just now.. Aku tak dapat tak tahan. Eventho aku tak nangis depan dorang.. But still bergenang air mata and I was shaking that time (and of cos orang perasan kot. Malu~). Why? I din have the answer. Maybe I was nervous.. happy.. sad.. Ya lah.. After 6 months aku praktikal kat situ.. I'd been through so many things.. Ada suka and ada duka. Apa yang aku dok membebel in *loue me*.. Tula yang aku rasa sepanjang aku praktikal kat situ.

Walau ada duka masa aku praktikal..(semua orang ada masa dia happy and sedihkan) I think aku tak patut kenang semua tu. Aku patut fikirkan perkara yang baik-baik je. 

So before aku nak meninggalkan site office, dorang semua ajak bergambar. Ramai-ramai. Kebetulan our Project Director and Director of MH Construction pun ada kat situ gak. Ish.. Segan kot. Aku siap bergambar berdua je dengan PD. PD sangatlah sporting ye. Aku je yang malu-malu arnab nak bergambar dengan dia. Siap dorang suh aku berdiri dekat dengan PD. Gosh! Gementar beb sebab PD terkenal dengan ketegasan dan keseriusan dia. Tapi dia sangat chillax je. Masa bergambar ramai-ramai, PD suh berdiri in between of him and Director MH Construction. Gugup sebentar aku di situ. Berdiri kepit je aku sepanjang bergambar.. *shy*

Then before nak pergi kat kereta.. Sempat lagi bergambar dengan trainees yang lain. Pastu baru balik..

Pssstt... Am I goin to miss this place? We'll figure it out later.. Huhuhu *sobb*

Oh one more thing, tadi my mama cakap yang dia pun dah letak jawatan sebagai chef yang memasak pagi-pagi buta. 6 months dia memasak untuk aku and Im glad yang mama dah tak perlu nak bersusah payah lagi.

p/s: So I guess, that's the end of my 6 months internship.

I've Made It!

Tepat jam 5.00 petang, akhirnya aku berjaya habiskan jugak praktikal for 6 months. Tik tok tik tok.. Pejam celik pejam celik.. Habis juga 6 bulan yang dulu aku rasa sangat lama. Eh! Terlalu lama sebenarnya. Tiap-tiap hari ku menghitung masa, bilakah akan habis praktikal ni.. Dan hari ni, tamat sudah praktikal ku. 

Well, I should scream like this.. (I guess)

YEAY!! 

Or like this, 

YeeHaa!!

Or maybe like this,

Weh!! Aku dah habis praktikal la wei!! 
(sambil melompat kegirangan)

So starting from now on, I'm officially Penganggur Terhormat.. 
or Penganggur Bertauliah 

Demn you! Adv ni ditujukan kat aku ke?
(masa tengah melayari facebook)

Dan esok,

Aku bakal melingkar di atas katil sehingga matahari betul-betul di atas kepala.. 

Kemudian mencari handphone untuk mengejutkan bidadara tersayang..

Selepas itu, aku akan bangun dari tempat beradu dan melangkah ke dapur mencari brunch. 

Pabila perut sudah kenyang, aku akan ke toilet untuk mandi. 

Kemudian membuat kerja-kerja yang aku suka seperti mengemas bilik, membuat barangan kraftangan, menjahit manik, membuat cards, membaca novel, melayari internet, bergayut dengan bidadara, berblog dsb. 

Pabila petang aku akan menonton TV atau lebih spesifiknya drama series Indonesia yang bertajuk Cinta dan Anugerah & Benci Bilang Cinta yang bermula pada pukul 5.30 petang sehinggalah 7.30 malam, bersama-sama mama, bapak dan adik tersayang. 

Selepas itu, aku akan melepak di dalam bilik dan kembali membuat kerja-kerja yang aku suka. 

Pabila mata sudah kuyu dan tubuh meminta tilam, aku akan segera merebahkan tubuh untuk berehat.. 

Atau mungkin jika tidak mengantuk, aku akan membaca novel bagi mempercepatkan proses menidurkan diri.

Yah.. Aku rasa itu lah aktiviti aku sebagai Penganggur Terhormat selagi aku belum mendapat kerja. 

Erk?! Did I say, kerja? Huish! Apakah itu? Urgh!! Takpe kita fikirkan kemudian saja tentang itu. Sekarang aku mahu menikmati status ku ini terlebih dahulu =)

p/s: To all my friends, Congratulations! We've made it! Now we just have to wait for the convocation day =)

Thursday, April 15, 2010

Kini Aku Lega

Supposed esok my lecturer akan datang visit tapi tadi tiba-tiba je dia wat kunjungan mengejut kat site aku. Dah la time dia call tu pukul 1 lebih. Dia cakap dia nak datang visit aku.. SEKARANG!! I was like.. O mai gosh! Terus cuak giler. Kelam kabut aku jadinya. Aku dahla tak prepare apa-apa neyh walaupun slide presentation dah siap.. Tapi risau gakla. So cepat-cepat aku gi print out my slide presentation. Plus kepala aku neyh sangatlah tepu dengan report-yang-aku-cuba-siapkan-before-habis-bulan-ni. Aku memang tak study apa-apa pun. So berharap je la agar my lecturer tak tanya soalan yang bukan-bukan.

Yang wat aku gabra lagi adalah pakaian aku. Tak senonoh kot. Biasalah duduk site.. Kemeja+jeans+kasut yang dah koyak rabak suda. Tapi ni nak jumpa dengan my lecturer, biarlah proper skit kan. Ish ish ish!!

So tadi dalam pukul 2 lebih, dia sampai. Mula-mula dia interview my sub SV. Tah apa yang dibincangkan, aku pun tak taw. Aku yang menunggu kat luar ni, berdebar-debar dowh. Then pastu baru aku. Aku pun bagi la hand out slide aku.

"Nak kena present ke Puan?" - Aku
"Awak present ikut handout ni pun takpe.." - Puan
"Owh ok" - Aku

Tadi dia cuma tanya apa yang aku wat kat site ni. Apa je keje-keje yang aku involved or monitored. Aku dengan confidentnya menjawab dengan yang amat meyakinkan sekali walaupun dalam kepala dok berfikir-fikir gak betul ke tidak apa yang aku jawab tu. Tapi tu belakang kira. Yang penting.. Confident!! Tak sampai setengah jam sesi interview tu.. Then Puan pun balik..

Fuhhh!! Perasaan aku sekarang ni kalau ko tanya.. AMAT AND SUPER DUPER LEGA. Sekarang aku cuma perlu siapkan my report yang macam teeettttt! Urgh!! Tak suka okeh. Next week nak kena submit ni. Memang boleh migrain kalau orang tanya pasal report sebab AKU TAK SIAP LAGI!! Help me.. ;(

Wednesday, April 14, 2010

Sorry..

Tension
Serabut

Yeah!! That's me!
Lately ni memang tension sangat. Dengan report nak kena submit end of this month. This Friday lak ada lecturer's visit. Mujurla my slide presentation dah siap. So hanya menunggu my lecturer dengan penuh debaran (takut weh).

p/s: Disebabkan otak tengah pening dengan report.. Tak dapek nak update panjang-panjang

Friday, March 26, 2010

Beringat Sebelum Kena

Tadi gi site dengan Cah. Mula-mula ingatkan nak ikut Abang F tapi dia takde transport lak. So kitarang pergi la dulu. Lagipun kitarang nak gi anta D.O. and nak tengok micropile. Micropile dah settle dah. Hari ni dorang dah angkat machine untuk di bawa balik.

Lepas dah pusing-pusing satu site.. and jalan-jalan kat building, kitarang round kat Zone B. Masa on the way nak balik office, tiba-tiba enjin motor mati. Cah dah dapat rasa dah yang minyak motor dah habis sebab fuel metre dah E. Tapi selalunya boleh je jalan lagi tapi ni macam tak boleh gerak je

"Tepi. Biar aku try start" - Aku (cewah)

Sekali boleh start eh. Canggeh! Apa lagi.. Terus aku lompat atas motor and

"Cepat-cepat Cah! Sementara boleh gerak ni" - Aku

Cah pun apa lagi.. Terus pecut la. Tapi site kitarang tu agak jauh la access road dia sebab bersimpang siur. Kitarang yang kat atas motor ni.. "Janganlah mati enjin" Dok bismillahirrahmannirahim sepanjang perjalanan tu.. Tapi memang hari ni hari malang la.. Enjin tu mati gak.

Tapi mujurla ada sorang apek cina lalu and tanya kenapa..

"Minyak habis" - Kitarang
"Takpa. Saya pigi amik itu minyak dulu" - Apek tua

Wah.. Baik giler ok. Mujurla dia lalu and tanya kitarang. Kalau tak confirm aku mandi peluh gak kat situ. And lagi mujur apek tua tu pigi tarak lama. Dia datang dengan dua botol petrol. Lepas dah isi minyak, terus start enjin.. And boleh terus menuju ke destinasi ;)

Moral of the story: Kalau nak naik motor pastikan meter minyak tu tak cecah E

Thursday, March 25, 2010

Macam Mana Ni?

Haih.. Kepala aku ni berserabut sangat.. Sebabnya lecturer aku dah nak datang this April for evaluation and akan ada presentation on that day/visit. Aku dah siapkan slide presentation but the problem now.. Boss aku dah takde masa lecturer aku datang. Dia dah balik HQ.

So sapa yang akan take over lepas ni? Macam mana dengan presentation aku nanti? Macam mana report aku? Sapa yang nak semak? Cuz dari mula Mr G yang handle trainees. Every week dia yang evaluate kitarang. So bila dia dah nak pergi, masalah la pada trainees.

Mr G cakap suruh orang lain take over sebab ada ramai lagi yang boleh handle benda ni. Tapi orang lain nye evalution kita tak tahu.. Tiba-tiba nak suruh orang lain handle.. Memang susah la. Kalau boleh Mr G memang nak tolong tapi tak boleh sebab HQ dah taw yang Mr G is no longer with us. That's why he cant do anything.

Haih.. Tension taw tak?

Saturday, March 20, 2010

Tobat Tamo Minum Dah

Semalam.. After guys balik dari sembahyang Jumaat (dalam pukul 2.30pm), kitarang (Geng mengulor-harus tahu siapa ye) gi area Sungai Besi sebab nak minum lai chee kang. Semuanya sebab kitarang berpanas di bawah cahaya matahari yang amat terik.

Ada kisah kenapa kitarang berpanas.. Tapi malas la nak citer

Masa sampai kat kedai lai chee kang, Cah kua dulu. Aku tak kua lagi sebab tengah bergayut dengan kawan aku. Tiba-tiba ada satu motor lalu tepi Cah. And tiba-tiba lagi Cah cam mengelak dan terus tunduk kat depan kereta. Aku memang hairan giler la. Apsal lak ni. Motor tadi langgar bontot dia ke? Kereta tercalar dek motor tu ke? Kitarang cuma perhatikan si Cah dengan perasaan yang super duper pelik. Aku tengok si Cah, mata dia tengah melilau tengok belakang. Aku pun (yang dok tengah bergayut ni) pandang la ke belakang. Tiba-tiba aku nampak our PD and few staffs tengah lepak minum. Now aku dah faham kenapa je Cah macam tu. Cah yang tadi kat depan kereta, terus merangkak (macam ala-ala ejen perisikan), masuk dalam kereta.

"Ko kenapa?"
"Jangan banyak tanya. Jalan je" - Cah (muka cuak giler okeh)
"Takdela.. Kenapa? Motor tadi langgar kereta aku ke?"
"PD kat belakang weh. Jalan-jalan!" - Aku
"Mana? Mana?"
"Jalan je la" - Aku & Cah

Bila dengar je, terus start enjin and pecut. Apa lagi.. Memang terbarai gelak la. Gosh! Camne leh terjumpa PD kat situ? PD lepak situ gak rupanya. Masing-masing dah cuak sebab takut terkantoi. Cah siap cakap lagi, dia dah taknak minum lai chee kang. Memang kelakar giler okay. Apa taknye.. Bila mana kitarang (trainees) nak mengulor, boleh pulak terserempak dengan Project Director (PD), tak ke haru namanya. So masing-masing insaf kejap.. Kejap je. Hee~

Wednesday, March 10, 2010

Aku Di Padang Pasir

Hari ni letih sangat-sangat. Seharian aku berada di lab.
Mula-mula.. Pukul 10 pagi, kitarang ke site sebab nak kena amik sample premix.
Then terus gerak ke lab di Kajang. Aku ingatkan kejap je la nak test sample kat lab ni. Memang tak bajet la amik masa sampai satu hari. Rupanya sampai ke petang jugakla...
 Takpe. Pengalaman ;)
So bila sampai je kat lab tu (tak serupa lab aku tengok. Macam kat dalam cabin je)
Dorang dah start wat Marshall test sebanyak 3 samples. Teringat masa zaman belajar dulu. Di sebabkan Marshall test ni la, kitarang kena pergi lab hampir.. Aku tak ingat sangat berapa kali.. tapi banyak kali gakla. Mujur time aku wat lab ni, bukan bulan puasa. Sapa yang kena bulan puasa memang masak ar.

Marshall test ni mula-mula kena sediakan sampel. Pastu ada sesi menggoreng batu (goreng batu k. bukan goreng ikan ke ayam..). Dah goreng batu tu baru leh campur dengan bitumen (kan kat jalan raya kita tengok warna hitam kan.. itu adalah bitumen ye). Bila dah siap semua tu, baru lah boleh test.

Hadoii! Dahla panas kat sini.. Aku rasa macam duduk kat padang pasir pulak. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, confirm korang akan setuju dengan apa yang aku cakap.

Masa mula-mula sampai kat lab
Rupanya lab ni dekat tempat quarry
Mode: Ecxited

Mode: Panas weh
Nampak tak kat belakang tu
Itu la quarry dust nama nya dan ada aggregates

Sempat lagi posing walaupun matahari betul-betul atas kepala

Ni yang aku cakap kena goreng batu tu. Tengok.. Siap ada kuali dengan senduk lagi

Lab macam kat dalam cabin
Caption: Aku dah hitam macam bitumen a.k.a hitam legam

p/s: hari yang memenatkan tapi seronok

Friday, February 5, 2010

Tadi Entry Tak Best.. Kali Ni Entry Best Lak

Apa yang bestnye.. Hehehe..
Actually, arini aku baru dapat allowance for month of January..  Tapi dalam bentuk cheque. Bermakna aku terpaksa tunggu 3 hari bekerja untuk clearkan cheque tu.

Kitarang punya la semangat. Masa time lunch (sanggup tak makan lagi.. Kitarang terus kua. Balik kang baru makan), kitarang kua jap gi bank untuk depositkan cheque tu. Seumur hidup aku, ni la baru pertama kali aku pegang cheque yang tercetak nama aku. Huish! Memang jakun habis la weh. Lupa lak nak amik gambar sebagai kenang-kenangan (kejakunan makin ketara). Takpe. Next month aku akan amik gambar cheque untuk wat koleksi seleksi.

Bila sampai je Maybank Taman Midah, kitarang bergegas ke deposit cheque machine. Semangat semangat!
Tapi bila sampai kat machine tu, dia wat hal lak. Bengong tul. Kitarang cam dah berpatah arang batu dah. So, kitarang pun gi la ke kaunter pertanyaan untuk tanya camne. Mana la taw ada cara lain ke. Then makcik kat situ suruh kitarang letak dalam sampul (yang ni serious aku blur. tak pernah tengok kot sampul for cheque-kejakunan tahap tenuk dah). Baru je kitarang nak isi sampul tu, ada la sorang brader ni cakap yang kalau kitarang isi sampul tu, untuk clearkan cheque amik masa 1 week!

Hah?! 1 week? Kitarang kalau boleh nak clearkan cheque time-time tu jugak. Taknak tunggu kalau boleh(gelojoh tul). Ish tapi kalau 1 week lama sangat. Yang kitarang taw, selalunya same bank hanya amik masa 1day je untuk clearkan cheque. Tapi ni nak kene tunggu 1 week. Den tak sanggup dah.. Brader tu cakap lagi, "Mesin deposit cheque tu kejap OK kejap tak OK. Maybe jap-jap lagi Okla tu kot. Cuba la..". Kitarang pun gi la kat mesin tu balik. Yes! Mesin tu dah OK. Apa lagi.. Cepat-cepat la kitarang wat. Takut mesin tu kembali gelong. Mujurla si Cah taw nak wat deposit cheque sebabnya aku tak taw.. Huhuhu

So now kene tunggu ari Selasa untuk clearkan cheque tu. Wee~

Tak Best!

Dah dua hari aku pergi praktikal sendiri (drive sendiri la).. Tak best tul. Letih kot.
Apa tak nya. Kena berhadapan dengan jammed yang cam takde kesudahan. Pastu penat kaki aku nak kena tekan brek.. Tekan minyak (takde tukar gear ke?FYI, aku hanya taw bawa kete auto je. Senang. Tak payah nak main-main gear ke ape. Dah lama giler aku tak pernah bawa kete manual and aku tak berminat nak amik taw pun).

So semalam, ari ni and mungkin esok, aku kene gi sendiri sebab bapak malas nak hantar. Oh tidak! Dulu-dulu aku agak excited la nak bawa kete gi praktikal.. Segan kot bila orang asyik cakap aku ni anak manja. Gi praktikal pun kene berhantar and berjemput. Tapi bila dah drive sendiri.. Terasa ketidak best-an nye.

Apa tak nye. Kalau bapak aku yang anta pagi-pagi, aku yang duduk kat belakang ni siap boleh terlelap lagi (tidur-tidur ayam je eh). But now, nak kene berjegil bijik mata kalau tak mau cium bontot kete orang lain. 
Bila aku duk kat belakang, boleh dok main-main handphone (tak habis explore lagi my Herbee).

So sangatlah tak best bawa kete ni. Rasa nak duduk kat bahagian penumpang je..
Haih~
Oh Bapak! Sila lah anta anak anda ini ke tempat praktikal.. Please!!

Ni masa 28 Jan 2010
Mata pun sepet lagi sebab belum mengembang sepenuhnya

Thursday, February 4, 2010

Nama Ni Pulak

Aku rasa Abang K memang suka bagi nama la..

Dulu nama ni..

Now ni ..
(cumanya kali ni kurang sedap ye)

Mula-mula kitarang dapat memo from him, kitarang cam blur-blur. Sapa je la ni.. Setelah di fikir dan menelaah nama masing-masing.. Dapatlah kitarang simpulkan bahawa memo tersebut ditujukan kat aku(sebab lebih kurang) tapi mujurla kawan aku rajin nak buat kerja yang Abang K bagi kat aku. Jadinya aku handle benda lain la ;)


Kat Site Office Ku

Friday, January 29, 2010

Alkisah Mencari Wade

Hari ni adalah hari last bagi minggu keempat. Supposed esok aku praktikal tapi cuti sebab Thaipusam. Pejam celik pejam celik dah sebulan aku praktikal. Cepatnye masa berlalu. So.. Ada lagi 5 bulan lagi untuk aku habiskan praktikal ni.. Tak sabarnya.

Hari ni tak buat ape sangat.. Biasala big boss takde. Merdeka la kitarang. Patutnya time lunch kul 1pm-2pm tapi kitarang melantak kul 12.30pm. Kul 2 lebih kitarang gi site visit area Sg Besi sebab kawan aku nak minum lai chee kang. Then mencari wade/vadeh/masalodeh (tapi aku panggil masalodeh. ala.. kuih india yang diperbuat daripada kacang dal tu). Ntah kenapa aku mengidam nak makan masalodeh tu. Mungkin sebab esok nak Thaipusam kot. Amik feel kata orang. Nak dijadikan cerita, kitarang ni pusing satu Sg Besi cari masalodeh tapi tak jumpa. Kecewa giler la. Balik je office tanya Kak S kat mana nak cari masalodeh. Then Kak S bagitaw la. Before mencari masalodeh, kitarang ikut Abang M pergi wat leveling. Pastu baru gi cari masalodeh. Tak sempat nak amik gambar masalodeh sebab bila kitarang dapat je kuih tu, terus ngap! Sedap! Tapi kalau time kuih tu panas, lagi sedap.

Ni la kuih masalodeh yang aku mengidam nak makan tu. Mujur tercapai gak
credit to: mr Google

Ni lak masa wat leveling

p/s: Aku nak makan masalodeh lagi

Saturday, January 16, 2010

Tidak Perlu Hipo

Hari ni hari merdeka for trainees sebab smua staff gi Karnival Sukan. Yang tinggal hanyalah trainees dengan Kak S (designer), Kak I, Kak Z dan E. Kitarang dok melepak main game je keje. Tapi before aku main game segala.. Aku update file dulu. Then baru main game. Tapi lepas tu sambung key in data dalam Ms Excel. So actually takdela merdeka sangat. Ada je keje. Cumanya takde orang yang dok perhatikan kitarang and we are free to do anything tanpa perlu hipo walau sedikit pun. Kan bes kalau tiap-tiap hari pun camni.

Sedar tak sedar dah 2 weeks aku praktikal. Cepatnya masa berlalu. Masih banyak lagi benda yang perlu dipelajari. So far aku praktikal kat sini.. OKla.. Takde la teruk sangat. Bos pun OK walaupun kadang-kadang geram sebab selalu sangat menyakat (sapa tak tahan telinga memang boleh nangis). Staff kat situ lak masing-masing ada perangai sendiri (normal la kan.. Nobody's perfect).

Wednesday, January 13, 2010

Hari Hari Ku

Pagi-pagi lagi aku dah kena gi site office sub con untuk collect D.O. Balik tu terus ke site untuk check material lak. Then baru balik ke site office tapi singgah dulu ke office consultant untuk collect RFI lak. Busy betul aku ari ni (actually ari ari pun busy).. Bile balik je terus buka RFI.

Ada macam minah koboi tak bila aku pakai boot tu?

Tapi bila tengah hari.. Aku lagi sibuk.. Nak tau apa je yang aku sibukkan? Haaa.. Itu yang kita nak tau ye..Hee~

Aku busy wat benda ni sebenarnya. Hehehe.. Time ni semua big bos kua gi meeting kat HQ. Jadinya trainees semua memang hooreyla weh cuz big boss smua takde. Kitarang la pulak yang jadi big boss nye.

Bila petang baru la bos smua balik. Pe lagi.. Masing-masing sibuk-sibuk wat keje ar. Hipo je semua. Padahal tadi sibuk dok bergosip dengan dok main game kat PC. Bukan ape.. Kalau bos tengok kitarang melangut sambil tunggu lalat masuk dalam mulut, bos akan tegur.. 'Kenapa dok melangut je? Kenapa tak gi site? Kenapa ape??!' Arghhh! Malas nak jawab..

Tuesday, January 12, 2010

Till 3AM..

Sambungan apa yang aku buat pada 11 Jan 2010 (Isnin)

Malam semalam, aku kena datang office lagi. Dahla balik dari staffs' meeting dekat kul 7pm. Then before 10pm aku kena datang balik sebab malam ni ada launching pasal arch bridge stage 3. Benda ni dikira gempak sebab first time guna crane seberat 500tonnes. Just imagine.. Selalunya orang guna crane 200tonnes etc but this time 500tonnes kot. Even Mr L yang dah keje 16 years in construction field pun belum pernah tengok benda ni (Dah macam nak tengok gerhana bulan je yang sekali sekala muncul). And not to mention, sewa untuk 1 hari crane ni adalah RM50,000. Agak-agaknya kalau sehari sewa dah RM50,000.. Harga sebenar crane ni lak berapa.. Haa.. itu yang kita nak tahu ye. Harga dia RM8 Juta kot (Source from Mr L/K). Memang a very good experience la. Susah nak jumpa kat mana-mana. Time ni aku rasa bertuah sangat.

Oh masa kat site.. Ada sekali tu aku kena tegur dengan Safety Officer (S.O.) sebab tak pakai safety helmet. Actually bukan aku tak pakai.. aku pakai tapi Mr K lak pinjam kejap time tu, so aku takde safety helmet la kejap. Then S.O.,

"Eh! Mana safety helmet ko?" - Safety Officer
"Haa..Mmm" - Aku (Nak explain tapi cam malas nak cakap banyak)
"Takde safety helmet.. Ko keluar sekarang. Gi duk kat kereta" - Safety Officer

Tersentak jap aku.. Apa lagi.. Terus blah ar. Tapi memang bahaya pun. Duduk kat tempat macam tu tak pakai safety helmet. Apa-apa jadi, sapa nak tanggung. So, aku terpaksala cari safety helmet lain. Nape aku tak mintak kat Mr K.. Sebabnya dia dah blah tah kemana. Aku pun gi la kat kereta. Kat area situ ada cabin untuk pekerja. Aku pun dengan selamba masuk cabin tu. Nampak la safety helmet warna kuning (in construction, safety helmet warna kuning adalah untuk buruh.. warna putih untuk engineers segala). 1st thing aku buat, aku cium dulu bau.. Yucksss!!! Busuk gile weh. Aku baru je cuci rambut. Tapi nak taknak, terpaksa gakla. Aku taknak terlepas peluang untuk tengok benda ni. Lepas dah tengok crane ni angkat girder and letak kat temporary mechanical bearing.. Kitarang pun cabut balik. Kitarang just informed kat Kak Z.

*Cuba tengok betul-betul dua gambar ni.. Apa perbezaan dia?*


Okla.. Aku gitaw.. Nampak tak safety helmet aku. Satu warna putih (which is mine) and satu lagi warna kuning.

Bila aku balik je rumah dalam kul 3 pagi, terus basuh rambut. Heee~ Geli aku nak tidur dengan rambut yang busuk.

p/s: Keesokannya aku masuk keje kul 2pm. Thank God. Tak perlu bangun pagi ;)

Olive..Not me!!

Semalam (11 Jan 2010) aku, Sub SV dengan other trainees gi ke Rawang. Sub SV cakap ada factory visit kat sana untuk wat testing guard rail.

Mula-mula aku dengan Cah kena gi dengan consultant tapi dorang cakap kereta dah penuh. So tak leh la ikut. Last-last Sub SV kitarang cakap nanti dia bawak. So kitarang pun gi la dengan dia.

On the way to Rawang, Sub SV @ Mr K singgah kat R&R di Sg Buloh. Breakfast dulu sebab dia cakap dia lapar. Elokla tu sebab aku pun lapar gak. Ingat nak bantai 2 bungkus nasi lemak tapi segan la pulak. Aku just makan sebungkus nasi lemak and sebiji kuih je. Then baru kitarang gerak ke Rawang. Belum sampai ke kilang tu, supplier kilang tu ajak gi makan lak. So kitarang tak jadila nak gi factory tu lagi. Berhenti makan dulu. Lepas tu baru gerak gi factory.

Restoran Jejantas Sungai Buloh
Me with Cah

Balik je office, aku kena tolong Mr L untuk prepare checklist & colouring plan. But before that aku kena photostat dulu pelan-pelan tu. Masa aku dok sibuk fotostat, Mr G datang kat aku

"Kamu pernah tengok citer kartun Popeye tak?" - Mr G
"Mmm.. Nape?" - Aku
"Apa nama girlfriend dia?" - Mr G

Okay.. Aku dah dapat tangkap apa je yang dia cuba nak bagitau kat aku. Aku wat dek je la. Tak kuasa nak layan.

Dalam kul 5.15pm, ada staffs' meeting. Dalam bilik meeting tu ada la beberapa orang.. Tiba-tiba Mr G tanya (sanggup tu)

"Eh sapa tahu nama girlfriend Popeye?" - Mr G
"Olive" - Ada sorang kakak ni jawab

Pastu mata Mr G terus pandang kat aku and sengih-sengih. Urghh! Tension. Sabar sabar. Well, actually motif utama dia begitu gigih nak tahu siapa girlfriend Popeye adalah sebab dia nak cakap GF Popeye a.k.a Olive tu adalah AKU!! Okay Fine! Dah aku nak gi makan spinach

Saturday, January 9, 2010

Hari Yang Memenatkan

Arini aku drive pergi praktikal. Sampai office lebih kurang kul 8.20 am. Just ada beberapa orang je. Ingatkan nak gi breakfast la. Aku pun bawakla beg makanan aku ke pantry. Tapi aku masuk toilet dulu. Kua je dari toilet Cah dah tercegat kat depan pintu.

"Eh! Kita kena turun site sekarang. W panggil suruh kita check material" - Cah
"Hah! Sekarang ke? Hmm.. Jomla" - Aku (mata pandang beg makanan yang aku bawa)

Nak tak nak, kena la turun site sebab dorang dok tunggu kitarang untuk wat inspection. Sampai je sana, dah nampak W dengan driver lori bawa besi dok tunggu. Before this, trainees lain yang buat keje ni. But since dorang dah takde.. Kitarang la pulak yang kena handle. Lepas dah wat inspection.. Check berapa banyak yang datang.. Material in a good condition or not. Then barula boleh sign Delivery Order (D.O.)

Ada gaya engineer tak?

Then aku dengan Cah balik la ke site office. Kitarang ternampak ada orang tengah buat mock up work. Kitarang pun lepak la dengan En S (bahagian architecture).

Tiba-tiba En M lalu. Dia nak gi wat keje-keje surveying kat bus holding area. Kitarang pun ikutla dia. Nak jugak taw dan merasa macam mana dorang buat keje-keje mengukur. Dengan ditemani matahari yang betul-betul terpacak kat atas kepala ni, kitarang memang tersangatla happy. Okay.. Aku tipu. Giler panas kot. Tapi terpaksa la bertahan walaupun aku rasa macam nak dehydrate dah. Macam-macam kitarang tanya kat surveyor tu. Ada En SL, En M, En A yang wat keje-keje survey ni. Jenuh gakla dorang nak menjawab. Mujur la dorang rajin nak entertain kitarang ni.

Membantu tak aku? Siap duduk mencangkung lagi tengok orang wat keje. Dah tak larat nak berdiri dah. Hampir-hampir dehydrated

Tengah dok tengok keje-keje surveying ni, tiba-tiba W call Cah. Dia cakap ada material baru sampai. Nak kena check. Kitarang pun gi la balik ke tempat material tu sampai.

Dah check semua, kitarang gerak balik ke site office. 1st thing yang kitarang cari masa mula-mula sampai di site office adalah AIR!. Wah.. Once dapat je air, memang nikmat giler la.

Then kitarang sambung key in data mengenai RFI (Request for Inspection).

Dah habis key in segala, En M panggil kitarang untuk tunjuk pasal coordinate dekat atas pelan. Dia pun tunjuk la. Banyak gakla belajar dari dia.

Bila dah habis menimba ilmu dengan En M, Abang K lak panggil kitarang untuk nak terang pasal bore pile. Lama giler dengar explaination dari Abang K. Dekat 1.40 pm barulah aku boleh balik.

Hari ni memang takde seminit pun aku duduk diam. Hopefully aku tabah dalam melalui hari-hari yang mendatang =)

Friday, January 8, 2010

4 hari sekaligus

2nd day (05/01/10-Tuesday) aku praktikal.. Dah wat hal dah..
Masa aku dah balik, aku terlupa something. Mula-mula aku tak perasan pun. Sekali aku dapat msg dari Cah (trainee baru gak tapi dia masuk awal 1 week dari aku)..

"Eh aku lupa punch card la" - Cah

Alamak.. Aku pun sama. Masing-masing dah cuak. Aiseh.. Camne leh lupa ni. Aku memang tak ingat langsung. Hmm.. Nak tak nak.. Esokla settle benda tu.

The next day (06/01/10-Wednesday) aku datang.. Aku tanya kat Kak I (assistant Mr G)

"Kak! Saya lupa la nak punch card semalam. Camne eh?" - Aku
"Haa.. Camne leh lupa. Awak kena tulis awak balik pukul berapa semalam, then mintak sign dari bos" - Kak I

Alaa.. Nak jumpa bos/Mr G ni la malas. Ikut mood.. If mood baik,okla  tapi kalau mood dia swing, bahaya.. So kitarang pun dari pagi sampai la ke petang dok tengok mood Mr G. Hmm.. Macam tidak memberangsangkan. Tapi nak tak nak.. Before balik kitarang terpaksa mengadap dia jugak.

"Bos! Semalam saya lupa punch card masa nak balik" - Cah
"Aah. Saya pun sama" - Aku
"Macam mana korang leh lupa ni. Aku punch korang baru taw" - Mr G

Haih.. Ni yang lemah ni. Awal-awal lagi dah kena sound. Nasib baikla dia tak membebel sangat. Cuma dia ingatkan supaya kitarang jangan buat lagi. Lepas Mr G dah sign Cah nye card, dia terus balik. Tinggal lah aku kat situ sebab aku nak minta sign card dengan surat lapor diri. Before dia nak sign tu, dia interview aku macam-macam tapi paling tak boleh blah..

"Ko bila nak kawen?" -  Mr G
"30" - Aku (dengan confident aku menjawab)
"Eh! Tak elok kawen lambat-lambat. Nanti dapat anak lambat. Tak elok taw" - Mr G

Wah! Concern tul. Tapi aku malas nak menjawab. Nanti banyak lak dia tanya. Aku cuma senyum je. Then dia sibuk nak taw umur bf aku berapa.. Dia siap bagitaw lagi yang umur dia 45. Tua 20 tahun dari aku. Motif bagitau umur dia, tidak dapat dikesan ye.

Hari keempat (07/01/10-Thursday) aku praktikal.. Tiada yang menarik except ada brader-brader yang hensem-hensem (muka dorang macam orang Hindustan/Pakistan). Dapatla cuci mata sikit. Selama ni mata kitarang asyik dijamu dengan muka mat Bangla and Indon.. But this time, muka hindustan/pakistan. Okla tu kan.

Kat belakang tu la brader-brader yang hensem lagi smart.. Tapi BF tetap di hati. Hehehe

Hari kelima (08/01/10-Friday) Tengah hari tadi aku dengan Cah jumpa our Project Director, Mr A. Sebelum ni semua cakap kena berjaga-jaga sikit dengan Mr A sebab dia garang (lagi garang dari Mr G ok). Tapi bila jumpa dia, takde la dia marah-marah ke apa. Cuma dia bagitau expectation dia and apa yang kitarang patut gain sepanjang 6 months ni. Memang bagus sangatla. At least kitarang nampak apa yang kitarang boleh buat, patut buat. Oh.. Tadi dalam pukul 4 pm, ada staff meeting. Kitarang masuk lambat sebab tak taw pun ada meeting. Mujur tak kena marah. Lagipun kitarang gi check material kat site. Bila masuk meeting ni, baru leh nampak macam mana dorang handle satu-satu projek. Banyak keje kena buat.. kena bagi perhatian. Bukan senang nak run project yang beratus juta ringgit ni. Another new experience... =)

p/s: Boyfriend balik KL mo jumpa aku. Yabedabedu. Happynye and terharu pun ada. Love you so much sayang

Tuesday, January 5, 2010

Cont.. 1st Day Practical

Bila sampai je site office MH, tak ramai lagi yang datang. Nasib baik. Aku pun masukla dalam. Ada sorang kakak ni, dia tanya aku nak jumpa sapa..

"Encik G ada?" - Aku
"Kenapa eh?" - Kakak
"Saya trainee baru" - Aku
"Oh.. Duduk dulu la. En G belum datang lagi" - Kakak

Aku pun duduk la kat kerusi yang ada kat depan tu. Bila Encik G dah datang, dia tanya aku ni sapa and aku cakap la yang aku trainee baru. Dia pun just wat sign guna jari suruh aku masuk bilik dia. Aku dengan handbag 2 bijik (satu handbag letak barang.. satu lagi handbag letak bekal makanan) dengan payung sebatang, masukla ke bilik Encik G/Mr G a.k.a Project Manager (dah ala-ala makcik nak meniaga Avon dah neyh)

"Laa.. Yang ko bawa dengan handbag.. payung ko tu buat apa? Aku just nak tengok surat U ko je" - Mr G

Aiyoo.. Garang ke Encik G ni? (Encik G stands for Encik Garang ke?.. Hmm..). Aku dah cuak tapi wat muka se'cool' yang mungkin. Aku senyum je la. Aku pun bagi la surat yang dia minta tu. So ada la briefing sikit.. Before aku nak kua, sempat lagi dia tegur beg aku yang warna super duper meriah okay

"Wah bag! Ada kuning.. Ada pink. Payung pun pinkkk?!" - Encik G

Meriah tak beg aku. Yang kuning letak barang. Yang pink letak bekal makanan

Payung pink ku

Aku senyum lagi. Trainee baru la katakan.. Takkan nak tunjuk belang kot. Jadinye kena la berlagak sopan ayu lagi gemalai. (Hipo tul)~

Bila aku keluar je dari bilik Mr G, dah ramai orang kat luar. Aku nampakla beberapa muka yang muda. Aku pun gi la kat dorang. Mr G ada cakap tadi yang trainees ada ramai. 6 orang termasuk aku. So aku rasa dorang ni semua trainees la kot.

"Praktikal ke?" - CT
"Aah.." - Aku (muka malu-malu)
"Praktikal gak ke?" - Aku lagi.. (wah.. berani. Mau nya silap buat malu je)
"Aah.. Kitarang pun praktikal gak" - CT & Cah

Nasib baik betul. So bermula la sesi kenal mengenal. Mujurla dorang semua friendly. Cakap banyak giler. Secara tak langsung aku pun jadi minah separa kepoh la kejap.. Tapi maintain hipo lagi k. Slow-slow kata orang.

Tengah hari semua trainees turun site kat jalan besar. Kena panjat cerun yang agak tinggi gakla sebab kereta tak boleh nak parking kat atas. Kena parking kat bawah. Aku jadi spiderwoman la kejap. Nyaris-nyaris nak tergolek dah. Mujur tak. Kalau tak, confirm cipta satu lagi pengalaman yang menarik ye. Masa kat site kitarang tengokla PDA (Pile Driving Analysis) test. Alat ni digunakan untuk test span pile yang dorang guna untuk wat flyover.

Lepas dah habis tengok test tu.. Kitarang ke satu tempat untuk menyejukkan anak tekak. Nak taw ape.. Kitarang mengular ke Tesco berdekatan. Hahaha.. Sempat lagi (Dahla ni 1st day aku.. Trainee baru lak tu. Dah diajar benda bukan-bukan). Sekali masa nak gi lepak kat kedai mamak kat Tesco tu, nampak la our sub supervisor, Encik K dengan 2 orang lagi. Rupanya dorang pun mengular gak. Ish ish ish.. Camne la anak buah tak ikut jejak. Bapak buah pun sama gak. Kitarang tunggu je kat tepi sebab taknak kantoi. Lepas dorang dah blah, baru kitarang gi minum. Aku bedal roti canai+tea o ice. Then baru balik office.

Tesco: Tempat pertama aku mengular

Petang tu aku dibawa tawaf oleh my sub SV, Encik K. Dia kenalkan sorang-sorang staff kat situ. Semua ingat aku ni Chinese. Encik G pun ingat aku Chinese. Bila dengar aku cakap Melayu dengan fasih, dorang dah confused. Then aku bagitaw la yang aku ni Melayu..

"Laa..Ingatkan Cina. Melayu rupanya. Ada mixed ke?" - Staff MH
"Aah.." - Aku
"Patutla" - Staff MH

Dekat kul 4petang, Sepul suruh aku tolong dia wat keje. Memang glad sangatla sebab dari aku dok melangut tak wat keje.. Baik aku tolong dia. At least boleh belajar. Masa dok wat keje asyikla kena kacau. Almaklumla trainee baru. Suka la dorang nak menyakat. Memang malas nak layanla kan. Aku asyik senyum je bila dorang kacau.

Ada sekali tu, aku tengah sibuk dok kira pintu+tingkap berdasarkan pelan.. Handphone aku letak kat atas pelan. Tiba-tiba En G datang.. Amik hp aku

"Handphone sapa ni?Ko ke?" - Encik G (sambil pegang hp tunjuk ke arah aku)

Adoyai! Dalam hati dah cuak dah ni. Tapi nak wat camne.. Aku angguk je la. Takkan nak rampas dari dia lak kan. Superla kurang ajar giler. Janganla dia unlock. Aku pun buat-buat sambung kerja. Kepala otak dok pikir.. "Habisla dia bukak hp aku.. Mesti dia tengok gambar ke apa ke"

"Boyfriend ko ke ni?" - Encik G

Hiyakkk!! >dush< Aku dah agak dah.. Memang confirm dia bukaknya.. Lama dia dok belek.. Arghhh! Tak ku sangka En G ni busy bee.. Aku buat dunno je la.. Before aku nak balik, dia datang lepak sebelah aku.. Sibuk dok interview pasal boyfriend aku. Aku dengan selamba.. Jawab la apa yang patut. Watpe nak sorok-sorok kan.. So pasni leh la aku tampal kat dahi, "I'm Taken! Please Step Back"

Oh ya.. guys kat sini kuat giler hisap rokok. Lepas sebatang, sebatang. Aku rasa macam kabus waktu pagi-pagi je. Cuma udara ni tidak sihat ye. Aku yang tak hisap ni pun.. Rasa cam paru-paru aku dah hitam dah. Oh tolongla..