✿ *loue me* ✿ DIY Stuff ✿ Tips ✿ Beauty ✿ Style & Easy ✿ Formspring ✿ Twitter ✿

Showing posts with label Convent. Show all posts
Showing posts with label Convent. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

Form 3 Harmony


**3 Harmoni**
Cikgu Kelas: Puan Meriam

Masa aku belajar kat SMK Convent Father Barre ni, aku ada beberapa kawan baik.

1) Soffia Fulliana (Pia)
Dia ni sangatlah lemah lembut orangnya. And she's so sweet. Walaupun kadang-kadang kitarang gaduh tapi gaduh-gaduh manja je. Paling lama kitarang tak bertegur sapa adalah sehari.. Esoknya mesti nak kena tegur balik. Nama pun duduk sebelah menyebelah (masa kat dalam kelas). Macam mana kalau tak tegur. Lagipun ke mana kitarang pergi mesti berdua or dengan gang kitarang. Time rehat ke, pergi lab ke.. Memang rapat sangat. But now ni dah lost contact. Nak sangat tahu, macam mana je dia sekarang. Rindu sangat kat dia
⊙︿⊙

2) Tan Bee Ling (Bee Ling)
Ni pulak adalah kembar saya. Sama tak kesepetan mata kami. Yang boleh dapat title kembar tu sebab.. Ada satu hari tu, kitarang berdua pergilah ke bilik guru. Ada sorang cikgu ganti ni tanya kitarang, "Eh! Awak berdua ni kembar ke?Muka sama je." Kitarang pun tersenyum je la. Since that day.. kitarang adalah kembar yang berlainan bangsa tetapi sehati sejiwa. Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni...

**Sehati dan sejiwa walaupun berlainan bangsa dan agama**
**Rindu kamu berdua**
(dengan Bee Ling ni pun lost contact gak)

3) Noorakmalina (Akma)
Akma ni memang seorang yang riuh. Kalau dia ada dalam gang kitarang, memang bising gile la. Pot pet pot pet 24 jam. Non stop. Tapi tu la yang seronok. Aku selalu jugakla gi melepak rumah dia sebab aku tuisyen belakang rumah dia. Kitarang pergi tuisyen sama-sama.

4) Siti Halijah
**Yang aku bulatkan warna kuning.. tu la Siti Halijah**
Dia ni memang baik cuma ada masalah konflik dalaman sikit. Aku la yang selalu jadi tukang membebel kat dia kalau tiba-tiba dia rasa 'lost'. Btw, aku suka gile rumah dia. Dulu (masa parents aku takde gi Mekah), aku selalu lepak rumah dia. Lepas habis sekolah je, kitarang akan kayuh basikal sama-sama pergi rumah dia. Rumah dia best sebab ada kolam udang.. ada paya (siap terjumpa memerang lagi). Kalau aku gi rumah dia, confirm mak dia akan tangkap udang untuk dimasak dan bagi aku makan. Fresh tu. Siap bagi aku bawak balik lagi. Now aku dah lost contact juga dengan dia. Macam mana la dia sekarang. Dah kawin ke belum?

5) Norsharila (Shila)
Shila ni masuk Convent masa Form 2 ke Form 3. Aku pun tak ingat. Masa mula-mula masuk, dia baik dengan kitarang. Then terus jadi kamcing. Yang ni mujurla jumpa balik kat Friendster. Now dia dah kawin and ada anak dah. Tak sangka betul. Cepat betul jodoh dia ;)

So.. tu la kawan-kawan yang I baik, rapat, gaduh-gaduh manja. Rindu sangat kat dorang semua ni. Hopefully one day kitarang akan dipertemukan cuz friendship is forever. Love you all~

to be continued...

Cooking Contest




Ok.. Jangan terkejut tengok gambar ni... Hihihi.. Kenapa? Tak percaya ar?
Mula-mula boleh terjebak dengan Pertandingan Memasak ni disebabkan aku baik dengan Puan Salmah (Cikgu Kemahiran Hidup). Bila aku dengar je ada pertandingan ni, aku saja la try. Tak sangka pulak yang aku terpilih.

Orang yang paling terkejut bila dapat tahu aku masuk pertandingan ni for sure la my mama. Ye lah.. Sebelum ni nak tengok aku masuk ke dapur memang susah. Kalau mama suruh goreng ikan, mula la aku tarik muka 14. Tapi inilah yang dikatakan bakat terpendam. Jangan ingat aku tak masuk dapur, aku takde bakat nak memasak =p

17 July 1999 (Saturday), kitarang pergi bertanding di Star Parade, Alor Setar. Tetapi dapat Naib Johan je. Syukur jelah. Banyak sekolah yang masuk bertanding tapi mungkin rezeki kitarang walau dapat tempat kedua.

to be continued...

Darjah 6

Gambar ni di ambil selepas pertandingan Senaman Beramai-ramai. Kira macam senaman aerobic la. Masa tu aku baru habis UPSR. So daripada duduk mengacau budak-budak Darjah 1,2,3, baik aku join. Mula-mula aku kena reject.. Mungkin badan ku keras. Tak boleh nak melentur. Tapi at last, aku terpilih. Masa peringkat daerah, sekolah aku jadi JOHAN. Then bila masuk peringkat negeri, sekolah aku jadi JOHAN lagi. Bangga giler. Bila nak pergi ke peringkat kebangsaan, aku tak sempat sebab masa tu aku dah masuk Form 1. Rugi betul. Kalau tak, maybe kitarang boleh mengharumkan nama sekolah lagi =(

**Macam badut sarkas pun ada**
(tapi rasanya ni la memori yang paling indah sepanjang aku belajar kat SRKCFB)

to be continued...

Darjah 5


Ni gambar masa aku Darjah 5 Kreatif. Masa aku Darjah 5 ni, aku pernah kena panggil dengan Penolong Kanan II (PK II). Aku tak ingat apa nama cikgu tu. Sebenarnya benda kecil and bodoh je.

But before that... Convent kan sekolah perempuan je. Time tu memang famous la pasal adik angkat, kakak angkat bla bla bla. Dan disebabkan aku pun takde adik perempuan, memang teringin sangat nak ada adik angkat perempuan.

Ok.. Back to the story, kes aku dipanggil oleh PK II adalah kerana ada sorang budak Darjah 4 Cekal menangis disebabkan aku. Budak tu nama Nurdiana. Konon-konon aku nak ambil dia jadi adik angkat la..
One day, Diana ni nangis dalam kelas. Pastu ketua & penolong kelas Diana ni datang ke kelas aku. Terkejut jugakla bila dorang cakap PK II nak jumpa. Aku pun pergi ke pejabat and kena la soal siasat. PK II tu tanya apa yang aku dah buat sampai Diana ni nangis.. Laa.. Mana la aku tau.

“Awak buat apa kat Diana?” - PK II
“Tak buat apa-apa pun. Dia cuma adik angkat saya je.” - Aku
“Abih tu, kenapa dia nangis? Dia cakap awak yang buat.” - PK II
“Saya tak buat apa-apa pun.” - Aku (sambil buat muka tak bersalah)
“Pasni, saya tak nak dengar apa-apa dah tentang awak dengan dia.” - PK II

Lepas daripada peristiwa tu, aku jadi glamour & famous jap. Lepas aku jumpa PK II, (time tu dah rehat) aku pergi la beratur untuk beli makanan. Tiba-tiba ada budak datang (budak kelas Diana gak) bagi aku surat.

“Kak! Ada orang kasi surat..” - Budak A

Bila aku baca je surat tu, rupa-rupanya dia nak buat aku jadi kakak angkat. Budak tu nama Herni Zuliana. So, tu la my first pet sis. Memang lepas tu, ramai sangat yang nak jadi adik angkat aku. Tak tahu la kenapa. Tapi ada jugak yang tak suka kat aku. Tak kisahla.. Tak rugi apa-apa pun. Janji aku happy =)
**Yang  dibulatkan kuning--> tu lah Herni**

Ada satu lagi kes masa aku Darjah 5K gak. Kat SRKCFB ni peraturan memang ketat. Kat sekolah memang tak boleh ada aktiviti jual menjual (aku rasa semua sekolah pun macam tu kot). Tapi biasalah.. Aku bukan jenis yang makan saman pun.

Kisahnya bermula bila aku bawa aiskrim pop and jeruk ke sekolah. Jeruk tu mama aku yang buat sebab buah mempelam kat rumah aku sangatlah banyak. Mula-mula aku bagi kat kawan aku merasa. Pastu dorang cadangkan supaya aku jual kat dorang. Aku pun tak kisahla. Plus, duit jualan tu akan masuk kat poket aku. Sapa tak nak. Huhuhu.

Tiba-tiba aku kena panggil dengan Penolong Kanan I (PK I). Nama cikgu tu, Mr Rajinder Singh (aku ingat lagi nama dia..) Aku kena marah giler dengan dia. Gerun kot tengok muka dia. Dah macam harimau lapar. Sepanjang dia marah aku tu, memang dia speaking je (Tak silap aku dia tak pandai cakap Malay. Pakaian dia pun ala-ala orang British). Aku buat muka ‘bodo’ je. Haih... Apa la nasibku. Asyik terkantoi je.

Masa aku kat SRKCFB, aku ada sorang kawan baik. Nama dia Afneesha tapi aku panggil Fiesha. Aku memang rapat dengan dia. Ke mana kitarang pergi, mesti berdua. Dan kalau aku sakit, dia la yang selalu tolong aku (Masa dulu aku selalu sakit dada.. Selalu sesak nafas). Mujurla ada Fiesha and kawan-kawan yang lain. Dorang la yang selalu papah aku gi Bilik Sakit. Kira aku penghuni tetap la kat bilik tu. Until now, aku still berkawan baik lagi dengan dia walaupun aku tak pernah jumpa dia since dia pindah dari Sungai Petani. Naik Form 1 dia dah pindah Kulim. So last aku jumpa masa Darjah 6 la. But we still keep in touch.



**Sangat rindukan dia.. Bila lah agaknya kita boleh berjumpa kan?**

to be continued...

Darjah 4





Masa mula-mula aku masuk Kelas 4 Biru kat Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Father Barre (SRKCFB), takde sapa nak tegur aku. Rasa keseorangan sangat. Aku kan baru je pindah dari SR Taman Cuepacs.. So aku memang tak kenal sapa-sapa. Lepas rehat, barulah ada budak tegur aku. Aku tanyalah dia.. Kenapa budak-budak lain tak nak cakap dengan aku. Rupa-rupanya dorang ingat aku ni Chinese cuz muka aku kan memang macam Cina and masa tu aku pakai miniskirt. So dorang cam confused. Hahaha.. Musykil musykil =p



*Saya yang mana satu?*

to be continued...