*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Babblebox. Show all posts
Showing posts with label Babblebox. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Patrick 96 Salon

Before aku gi Genting aritu, my bro ada bagi dealmates ni. Mula-mula takde niat pun nak gi potong rambut sebab aku nak tengok aku boleh simpan rambut sampai panjang mana. So aku just decide untuk trim je.

So on 08 July aritu, aku pun gi la kat Patrick 96

Ni add nya:
105A, Blok M, Jalan Sepadu, Taman United, 58000 Kuala Lumpur.
Phone: 03-7983 8996
Operation Hour: Mon - Sun: 11.00am - 8.00pm

Mula-mula buat appointment dulu. Then 2 hari selepas tu aku pun gi la to that salon. 

Just bring this voucher and showed to them. My bro bought this voucher for only RM19.60 instead of RM45, if I'm not mistaken. But then promotion ni dah habis dah rasanya

Hari kejadian.. My driver tak bergaji sedang poyo-poyo

Disebabkan aku trim je, so takde la nampak perubahan sangat. Just bahagian hujung rambut aku dah tak berdengkol-dengkol dahla. But after few days, kembali kepada rambut asal la balik

p/s: Staff kat situ sangat nice and their service membuatkan aku rasa macam nak pergi la eventho quite far from my house

Tuesday, August 9, 2011

Diriku Kini

Oh lamanya aku tak berblog. Rindu membuak-buak nak menaip tapi apakan daya. Hidup aku masih lagi terumbang ambing. Tau-tau je la bila dah bekerja. Langsung takde masa untuk diri sendiri. Balik kerja dah penat.. Mandi-mandi dan terus tidur. Pastu bangun kul 5pagi untuk sahur. After Subuh terus siap-siap dan around 7.30am aku gerak ke tempat kerja. 7.30pagi tu kalau aku kat rumah sewa. Kalau aku dari rumah sendiri, kul 6.45am dah kena gerak. Kalau tak, confirm tak sempat sampai office kul 8.30am. Camtu la rutin aku seharian.

Walaupun aku ada banyak benda nak citer tapi otak aku ni cam dah tak mampu nak menjana ayat-ayat. Ni pun aku gagahkan juga diri untuk menaip. Padahal aku supposed kena tidur dah sebab esok kena bangun lagi awal sebab aku kena ke Melaka melawat site.

Kalau ada kesempatan dan juga berdaya, barulah aku taip tentang hari-hari ku yang lepas

Till then, take care :)

Saturday, July 23, 2011

Apa Sebabnya??

Setiap orang ada je reason/purpose dia berblog. Semua tu tergantung pada diri sendiri. Kau boleh senaraikan sebab apa kau berblog. Ada orang berblog sebab nak cari kawan baru.. Ada orang berblog sebab nak famous. Ada orang berblog sebab ikut trend, yer la.. Zaman sekarang semua orang pun ada blog. Takde blog.. Kau duduk tepi longkang diam-diam. Dan ada orang berblog sebab nak share tentang life dia. Eh ada banyak lagi la reason/purpose yang kau boleh create.

Tapi kalau aku.. Aku berblog sebab aku nak ada online diary. Bukan tak boleh nak ada buku diari tapi aku tersangatla malas nak menulis bagai. Confirm aku tulis tak sampai berapa hari pastu aku akan stop dan buku diari tu pun sure akan tercampak tah ke mana. Lagipun sekarang ni apa semua dengan laptop. Takde laptop=miserable. So bila ada blogspot ni, lebih memudahkan aku untuk 'simpan' pasal life aku.

Seingat aku, dulu-dulu aku pernah ada blog tapi aku dah tak ingat url dia apatah lagi username & password. Last-last blog tu tergantung macam tu je, until now aku still tak ingat lagi url dia. Urgh!. Masa mula-mula, yang jadi pembaca setia blog ni adalah Nemo dan kawan-kawan rapat aku. Bila aku tak update, dorang yang akan ingatkan aku, "Eh! Bila nak update?". Aku tak pernah terfikir langsung untuk ada follower. Yerla.. Hidup aku kan bosan. Takde benda yang interesting pun. So sapa je yang nak follow kan. Tapi makin hari makin bertambah follower aku kat sebelah ni.. Rasa cam  terharu I nyah.

Aku merapu meraban pasal life, semua dalam blog ni. Tapi aku takla terlalu transparent. Ada benda kita leh share dan ada benda kita kena simpan dalam kotak hati. Contoh kalau aku tengah sedih tahap gilos, takde nya aku nak bagitau kat sini. Aku lebih prefer dengan cara menulis puisi yang tak berapa puitis. Mungkin ada orang akan faham.. Dan mungkin juga tidak. Tapi aku tak kisah. At least aku dapat luahkan.

Aku harap satu hari nanti aku dapat jilidkan kisah hidup aku untuk kenangan di hari tua. Sekurang-kurangnya bila aku dah tua, aku masih ingat apa yang aku lalui masa umur aku 6 tahun, 17 tahun, 30 tahun etc dengan membaca diari aku ni.

It's cold up here
Wearing socks that Mira gave me

p/s: So apa sebab anda berblog?

Sunday, July 17, 2011

What I Have...

Aku paling tak suka sepah-sepah. Barang aku haruslah dalam keadaan kemas dan teratur. Kalau bersepah akan mengundang kepada mood tidak berapa elok sebab aku ada perangai aku tak suka bila aku cari barang tapi aku tak jumpa barang tu. So ni antara barang-barang yang aku dah letak dan kemas elok-elok, I guess

Earrings Collection
Dulu-dulu je aku suka pakai earrings. Kini tidak lagi. So ada few je la 

Necklaces dan headbands
Aku still tengah cari headbands bolster tapi tak tau mana nak beli. Ada suggestion?

Bracelets & Bangles

Hair Accessories

Antara kesemua aksesori yang aku ada, aku agak obses dengan ring
Dulu cincin-cincin aku semua ada dalam tray macam kat atas tapi sekarang tidak lagi, tapi macam kena beli lagi satu je

Make up station

Ada straightener iron, ada curling iron dan hair dryer

Dah senget benget dah. I really need real shoe cabinet!!
Kalau still ingat lagi, aku pernah wat entry pasal Shoe Organizer dulu. Time tu aku dapat balut 5 kotak kasut je. Now boleh kata hampir kesemua kotak kasut aku dah balut. Sapa yang datang kat bilik aku and nampak kotak kasut ni confirm tanya kotak ape banyak-banyak ni. Dan bila aku cakap kotak kasut dorang cam terkejut. Dorang siap tanya beli mana kotak-kotak tu sebab cantik. Aku cakap aku balut je la dengan wrapping paper. Dah semua senyap. Hahaha

Handbag station #1

Handbag station #2
Actually ada lagi tapi aku lupa nak amik

Tu je la aku nak share. Nothing fancy pun. So apa yang korang ada?

p/s: Sorryla sebab tak sempat nak balas comment. If ada masa nanti I will reply :)

Sunday, July 10, 2011

Remaja Kah Aku?

Selepas timbul rasa kesedaran dalam diri bahawa aku bukanlah remaja lagi, maka aku buat keputusan untuk jual semua majalah Remaja yang aku kumpul sejak Tingkatan lagi kot, tahla.. Aku pun tak pasti. Yang aku simpan dan buat koleksi kini hanyalah Cleo magazine. Dan mungkin akan beralih arah kepada magazine yang lebih sesuai mengikut peredaran usia ku kini

Bye bye
Atas kanan: Susunan majalah-majalah Cleo
Atas kiri: Timbunan majalah Remaja
Bawah kanan: Timbunan majalah Remaja lagi
Bawah kiri: Susunan majalah remaja yang bakal dijual kepada apek beli paper, besi buruk etc

p/s: Mama aku dah jual semua majalah-majalah ni tapi duit amik kat mama aku. Ala mama.. Takkan takde sesen dua untuk kakak kot???

Saturday, July 9, 2011

Swimsuit Blue Lagoon PD

Rupanya seronok juga check Feedjit ni sebab ko boleh tengok berbagai keyword pelik yang lead ke blog ko

Contoh yang ni


Nampak tak??
Ada yang mencari swimsuit blue lagoon pd 
dengan 
teluk biru port dickson swimsuit blogspot. 
Aku syak mesti orang yang sama dok googling. 
Tah-tah perempuan yang berada di atas banana boat aritu
Ni link nye kalau nak tengok sangat

But let say betul lah perempuan itu..
"Why you have to google since you are very confident that day?"
Peace :)

Thursday, July 7, 2011

Nervous? Mana Ada...

Tinggal berapa hari je lagi, to be exact lagi 3 hari before aku berangkat ke satu tempat yang aku tak pasti sama ada mencabar atau pun tak. Kalau aku baca dari hasil nukilan mereka yang pernah lalui, agak scary jugak. Kau bukannya pergi makan angin atau bersenang lenang sambil mandi pool tapi dari apa yang aku baca, otak kau akan dikerah semaksima mungkin mengikut tahap yang mereka dah tetapkan.

Aritu Nemo pernah tanya sama ada aku nervous atau pun tak. Dengan confident aku menjawab, "Biasa-biasa je. Mungkin bila sehari sebelum nak gi tu, baru rasa nervous kot". Tapi bila aku baca tadi, terus bergelodak rasa di perut. Kepala pun terus pusing. Mungkin selepas ini tidurku tidak lagi lena, makan tidak selera, mandi tetap basahla, takkan tak basah pulak.

Ni baru sebahagian barang yang bakal aku bawa. Masih ada lagi barang yang belum di kemas. Malasnya~

p/s: Okay dah. Aku nak gi study pasal RC Design

Sunday, July 3, 2011

Oh Sakitnya

At this moment, aku sedang suffering dari sun-burned, luka-luka kecil, melecet, lebam dan sengal-sengal badan. Ni semua gara-gara mandi manda di Port Dickson semalam. Tapi apa yang aku dapat in return adalah keseronokan dan kepuasan tahap maksima. Sometimes nak dapatkan keseronokan terpaksalah bersakit jugak kan.

So nantilah nak update gambar-gambar di sana. Now nak kena pilih gambar dan juga edit serba sedikit.

Nampak muka aku yg merah cam udang kena bakar tu?
Seriously sekarang aku tak boleh nak senyum camni sebab kulit rasa tegang dan pedih *sigh*

Wednesday, June 29, 2011

Kronologi Pengakhiran Status Penganggur Terhormatku (III)

Sambungan..

Setiap hari aku dok menunggu jawapan dari that company. Dan kebetulan aku dapat satu lagi interview dari company (international engineers). Tapi sehari sebelum aku gi interview tu, tiba-tiba aku dapat satu berita gembira. Aku diterima masuk oleh company (walk in interview). Ya Allah.. Aku bersyukur sangat-sangat. Tersengih hingga ke telinga aku sebab itu yang aku harapkan.

Tapi sekali lagi aku dalam dilema sama ada aku patut attend interview (international engineer) tu atau pun tak walaupun aku dah accept offer dari company (walk in interview). Aku dah serba salah dah time tu. What if company (international engineer) tu bayar aku lagi tinggi and aku boleh stay kat KL? Cuz company (walk in inetrview) tu bakal anta aku kat North. Tapi akhirnya aku tekadkan hati untuk declined the interview dan terus stick pada keputusan yang aku dah buat. Aku malas nak pening-peningkan kepala. Lagipun macam aku cakap sebelum ni.. Tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Sometimes kita kena buat keputusan walau hasilnya kita tak pasti. Yang pasti aku dah usaha. Aku yakin dengan keputusan aku. Selebihnya hanya berserah.

Aku berterima kasih sangat-sangat pada parents aku, abang aku yang sanggup bawa aku gi career fair, adik aku yang sanggup bawa kan aku gi interview, Nemo yang selalu bagi ceramah kat aku suh cari kerja and siap gado-gado lagi, kawan-kawan aku yang very supportive, cousin aku yang bagi sokongan jugak dan semua-semua la yang sentiasa bagi sokongan moral kat aku selama ni. Pada mereka-mereka yang pernah mengutuk/mengumpat aku, 'this' is for you :p

p/s: Dan sesungguhnya aku puas sebab aku dapat kerja ni dengan hasil usaha aku sendiri dan tanpa pertolongan siapa-siapa pun. Syukur Alhamdulillah. Korang doakan aku dapat jadi permanent staff ya

The End

Kronologi Pengakhiran Status Penganggur Terhormatku (II)

Sambungan..

Petangnya aku bersiap-siap untuk gi interview kat Damansara tu pulak. Tapi kalau tak silap dalam kul 3pm, company (walk in interview) call aku suruh datang untuk second interview pada haritu jugak. Dada aku dah dup dap dup dap. Dan kepala berputar memikirkan kenapa aku kena panggil untuk second interview. Rupanya aku disalah anta masa 1st interview tadi. Patutnya aku kena masuk bilik lain yang lebih kepada bidang aku. But then aku cakap aku tak dapat datang sebab aku ada interview untuk di attend pada petang tu. Tapi dia suh aku datang jugak. Sanggup tunggu aku habis interview tu nanti. Tapi aku cakap aku takut tak sempat sebab dah lewat sangat. So aku tanya dia sama ada aku boleh datang kat office dia terus atau tak cuz aku memang betul-betul berminat dengan line civil engineering. Mujurlah dia setuju and aku bersyukur sebab diberi peluang kedua yang mana aku percaya bukan semua orang dapat peluang tu.

Lepas daripada tu aku gerak gi Damansara. Serious interview kali ni aku rasa cam loser giler. Satu apa aku tak dapat jawab sebab semuanya berkisar pasal design. Almost 1year++ aku tinggalkan design calculation bla bla bla. Dan interviewer tu hanya tanya pasal design je, cuz company tu consulting firm. Siap test aku pasal moment distribution, moment & shear diagram etc. Aku rasa nak hempuk kepala atas meja sebab tak dapat jawab. Terkedu-kedu aku nak menjawab soalan dari interviewer tu. And until now company tu pun terus senyap. My mistake. Andai aku boleh putar kembali masa, serious aku akan study sungguh-sungguh.

02/06/11 aku gi second interview tu. But this time tak macam interview sangat walau yang interview aku tu adalah Senior General Manager and sorang lagi aku tak sure. The interviewers banyak bagitau pasal benefits if I join that company. Pada mulanya aku cam terperasan la kejap.. Dalam hati, "Eh dorang ni nak amik aku bekerja terus ke?". Tapi lepas dorang dah terangkan semua, aku kena join their programme dulu. Kalau aku perform, dorang boleh serap masuk sebagai permanent staff. Actually dorang panggil aku for 2nd interview sebab dorang berminat dengan background aku iaitu pure civil engineering. Dorang cakap kalau aku join dorang I will be the only lady civil engineer. Sangat mengujakan. After the interview, aku memang berharap sangat aku dapat join that company.

Bersambung...


Kronologi Pengakhiran Status Penganggur Terhormatku (I)

Sambungan..

Bila awal tahun ni barulah aku berjinak-jinak untuk cari kerja. Tapi tu pun bukan sepenuh hati. Bila rasa nak apply, baru aku apply. Dan aku juga dok survey-survey program Master kat Local Uni. Boleh kata kebanyakan kerja aku apply cuma kat Jobstreet je and kalau ada career fair, contoh macam kat PWTC, Mid Valley aritu, baru lah aku gi. Tu pun abang aku yang bawa and paksa aku, mujur aku ada beradik yang supportive. Bila dah apply, sebulan dua jugak aku tunggu untuk dipanggil interview. 

Sampailah satu hari tu ada company panggil aku interview untuk position Geologist. Walau bukan position yang aku nak which is Civil Engineer tapi apa salahnya mencuba kan. Gain experience. But sadly company tu nak bayar hanya RM1.5k je. Setahu aku penebar roti canai pun gaji dorang RM1.5k. Bukanlah demand nak tinggi sangat tapi rasanya cam tak berbaloi sebab kerja tu memerlukan aku gi site at least 20 sites sebulan. Tapi cuma nak bayar aku RM1.5k je. Parents aku cakap buat penat badan je. Plus company tu jauh dari rumah aku. 

Then aku dapat interview as a Civil & Structural Engineer kat satu company di Damansara. Company ni lebih kepada consulting firm which aku memang nak, aku tamo duk site. Tugas aku kat situ lebih kepada design la. 

Tapi nak dijadikan cerita.. Masa aku nak gi interview kat company di Damansara tu, ada satu lagi company buat walk in interview pada hari yang sama iaitu 30/05/11. Tapi sebagai apprentice je. My mom suruh aku gi walk in interview tu cuz company tu one of the largest company in Bursa Malaysia. Sebut je nama company tu semua orang pun tahu. So aku pun give a try la. Pagi gi walk in interview. Then petangnya around 5.30pm aku gi interview kat Damansara.

Masa aku walk in interview pagi tu, orang punyala ramai. Dalam hati tak de la letak harapan tinggi pun. Sekadar mencuba. Susah kot nak join company tu. Plus aku terpaksa bersaing dengan candidates yang lain. Tapi aku cuba beri yang terbaik la. Masa aku tunggu kat luar untuk di temuduga, ada sorang perempuan Chinese datang kat aku and tanya aku amik course apa. Pastu tanya kalau anta aku gi Bintulu nak tak. Tercengang jap aku. Terus rasa cam tak jadi la nak masuk interview. But then aku being honest la yang kalau boleh aku taknak la kena anta jauh-jauh. Semenanjung boleh tahan lagi.

Lepas selesai candidates kat dalam ditemuduga, giliran aku pulak. Nervous takyah citer la. Bila dorang interview aku, baru aku tau yang unit tu adalah unit food processing which means lari jauh dengan bidang aku. Tapi the interviewer ada cakap kalau aku willing to learn, takde masalah. Aku pun mengiyakanla. And interviewer tu ada cakap lagi.. Let say aku perform well, tak sampai 1 year pun dorang dah boleh serap masuk as a permanent staff. After interview tu, aku cuma berdoa agar aku dapat that job, walau pada mulanya aku tak mengharapkan. Walau bukan bidang aku tapi aku rasa aku kena open my mind untuk try bidang lain. Tiba-tiba teringat kat someone yang pernah cakap kat aku, "Sometimes we have to try other field". Dan mungkin itu benar. Dan kadang-kadang apa yang kita nak tu, kita tak dapat.

Bersambung...

Tuesday, June 28, 2011

Luahan Hati Si Penganggur Terhormat

Rasanya aku tak pernah luahkan tentang perasaan aku selama aku jadi penganggur terhormat. Tak dinafikan ramai yang pandang sinis kat aku dan mungkin anggap aku ni pemalas atau ape.. Tapi tu semua aku telan je. Walau aku terasa tapi terpaksa simpan di dalam hati. Aku selalu ingatkan diri.. Biarlah apa orang nak kata sebab mulut orang kita bukan boleh tutup pun. Janji aku tau apa yang aku buat dan aku inginkan.

Lepas aku habis praktikal tahun lepas, aku memang langsung tak cari kerja. Even tempat praktikal aku nak recommend and suh aku anta resume semua tapi aku taknak, plus dorang nak anta aku gi Sabah.. Lagi la aku taknak. Aku rasa aku deserved untuk relax for few months after 7 years aku struggle untuk dapatkan segulung Ijazah. 

Masa Sijil, every sem aku dapat Anugerah Dekan. Masa Diploma, pointer sem akhir aku 3.7+ and overall aku hampir dapat Anugerah Dekan lagi tapi sayangnya, lagi 0.01 je untuk aku dapat Dean List. Masa Degree je aku dapat 2nd Class Upper. Aku bukannya nak riak ke apa but dun u think yang aku memang deserved untuk relax and buat apa yang aku suka & enjoy?

Tapi kan.. Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada parents yang memahami. My dad langsung tak push. Cuma my mom je sekali sekala dok suh aku gi cari kerja. Tapi aku rasa sebab orang luar yang asyik dok tanya kat mama aku. Tu sebab mama aku pun suh aku cari kerja. Fave question tanya kat mama aku, "Anak perempuan akak tu buat apa sekarang? Dah keje dah?". And fave question tanya kat aku, "Kau bila nak kerja?". Kadang-kadang sampai satu tahap, bosan gila aku dengar soalan tu. Menyampah pun ada.

Aku sebenarnya ada cita-cita yang terpendam lagi. Aku kalau boleh nak sangat sambung Master. Tu sebab aku cam refuse untuk cari kerja tapi mama aku cam tak restu je bila aku cakap nak sambung Master. Dia cakap lepas dah dapat keje leh sambung Master. My dad pulak tak kisah. Ikutkan je. Tapi susah bila sorang setuju and sorang lagi tak setuju. Sebab tu aku dalam dilema kejap. Separuh hati nak sambung Master.. Separuh hati nak kerja. Haih...

Bersambung...

Perjudian

Bila orang cakap hidup ni umpama perjudian.. 
Aku terpaksa agree. Nak nak bila terkena pada batang hidung sendiri. 

Kadang-kadang kita terpaksa memperjudikan nasib diri walau kita tak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan. 

Walau 1001 persoalan bermain di kotak fikiran..

"Adakah tindakan kita itu betul?"
"Apakah kesannya di kemudian hari?"

Tapi jika kita tidak bertindak sampai bila-bila kita akan di takuk lama.

Tinggal berapa hari je lagi aku bakal menamatkan status pengganggur terhormatku. Pada mulanya agak sukar untuk aku buat keputusan, bukan untuk taknak bekerja. Cuma ketika aku hendak membuat keputusan, aku berada di dalam dilema. Tapi kini aku tekad dengan keputusan yang aku ambil dan aku harap aku telah memilih sesuatu yang betul. Sungguh.. Memang sukar untuk aku buat keputusan ni. Sebab tu aku cakap kadang-kadang kita terpaksa memperjudikan nasib. Seterusnya kita hanya berserah pada-Nya.

p/s: Korang pernah alami situasi camni tak?

Sunday, June 26, 2011

"Boleh ke orang gemuk naik spinner di Genting?"

Tadi aku saja check Feedjit aku.. Tengok sapa je yang singgah blog ni, padahal aku sangatlah jarang nak check tu semua. Tengah aku scroll down, ternampak lah 1 search yang menarik perhatian aku

Nampak tak?

Tak nampak?

Meh nak bagitau apa yang dicari..

"Boleh ke orang gemuk naik spinner di Genting?"

My answer: Aku tak sure la boleh ke tak tapi yang pasti orang preggy tak boleh naik & ada few rules la.. Tapi aku tak ingatla

Saturday, March 5, 2011

Macam-Macam Manusia Ni

Aku ni jarang bukak website nuffie. Selalunya dalam seminggu ada la sekali dua aku bukak. Kalau rajin sikit 3-4 kali. Tapi takdela tiap-tiap hari pun bukak sebab bukannya ada banyak duit pun kat dalam tu.

Tah kenapa arini, aku saja la bukak. Disebabkan aku ada 3blog kesemuanya (1 personal blog, 2 blogshops), aku pun dok tengokla satu-satu. Tiba-tiba mata aku melekat kat keywords di personal blog aku iaitu blog ni

Ni keywords untuk 28/02/11
Mula-mula lempeng.
Yang pasal lempeng tu logik jugakla sebab  aku pernah buat entry pasal lempeng atau pancake di sini. Mungkin sebab tu keluar kat google

Tapi yang tak boleh blah nya, ada orang cari sugar daddy Kuantan???
Siap spesifik lagi. Nak yang kat Kuantan je. Sapela punya keje eh
Meh nak bagitau.. Kat sini takde sugar daddy Kuantan. Kalau ada pun sugar daddy, itu adalah boyfriend saya sendiri atau boyfriend my BFF.
Sorry~

Tapi ni lagi tak boleh blah
Datang blog aku sebab nak tau macam mana nak kira toto??
OMG! Aku tak pernah mengajar benda bukan-bukan okay
Insafla~

p/s: Masa baca keywords ni, serious aku rasa nak gelak guling-guling. Macam-macam betul orang ni eh
p/s: Maybe sebab aku asyik dok tulis sugar daddy sugar daddy, tu yang keluar kat Google tu :)

Sunday, January 30, 2011

Kesan Parut

My-so-called-twins, lain mak lain bapak suh MMS kat dia camne je rupa tangan aku yang terkena minyak panas aritu. So aku pun snap la gambar and MMS kat kawan aku & Nemo. Ala.. Takde menda sangat pun. Sikit je. Tapi aku tetap MMS gambar tu kat kawan aku, tapi tersalah nombor pulak. So dah alang-alang aku dah amik gambar and takde keje nak buat kan.. Aku pun letakla dalam blog. At least boleh tengok di masa hadapan :)


Masa hari kejadian
Tak berapa nampak sangat kesan terkena minyak panas. Time ni tangan aku dilumur madu lebah
Tangan macam mayat hidup adik aku cakap. Dia tak tahu ke aku tengah menggeletar menahan sakit time ni. Boleh dia cakap cenggitu
*Dush*

Ni gambar yang di ambil hari ni
Yang aku bulat-bulatkan tu la kesan parutnya
Dah tak sakit sangat dah cuma kalau sentuh ada rasa sakit cam melecet je

p/s: Agak-agak jatuh tak saham aku?

Saturday, January 29, 2011

Takpe.. Aku Redha

tQ pada semua yang sentiasa bagi kata-kata semangat kat aku. Aku sangat hargainya. Tak sangka masih ada yang mengambil berat tentang aku. Walau ada sesetengahnya hanya kenal di dunia maya ni, tapi komen dari korang membuatkan aku tersenyum dan terhibur. Dan sedikit sebanyak mengubat hati yang lara ni, eceh ayat.. Korang nak baldi tak?

By the way, korang pernah dengar tak peribahasa, "Sudah jatuh ditimpa tangga"?

Boleh la kiranya aku andaikan apa yang berlaku hari ni ada kena mengena dengan peribahasa tersebut. Aku tak tau la apsal nasib aku ni malang bertimpa-timpa.

Selalunya waktu petang aku akan wat makan petang sama ada bakar roti ke, goreng nugget/sosej/fries etc. Memang aku volunteer untuk wat kerja-kerja tu sebab orang lain malas. Dorang tau makan je. Hehehe..

So tadi, aku pun kuakan la otak-otak (frozen food) dari fridge. Pastu aku terus panaskan minyak. Sambil-sambil tu aku gi masak air sebab raja, permaisuri dan putera bongsu nak minum petang. Aku sebagai dayang-dayang ni kena la wat kerja.

Then bila dah letak air atas dapur gas and minyak dalam kuali pun dah panas, aku pun masukkan la otak-otak dalam kuali tu. Then aku dok melongong la depan kuali tu sambil dok balik-balikkan otak-otak tu. At the same time bila air dah masak, aku wat air pulak. Pastu sambung menggoreng lagi. Masa aku tengah balik-balik kan otak-otak tu, tiba-tiba,

Pong! Pffuuf!!

Isi otak-otak tu meletup keluar eh and 2 biji otak-otak tu siap terpelanting kua dari kuali lagi. Time tu tangan aku yang tengah pegang sudip adalah paling dekat dengan kuali. Masa meletup tu, minyak terpercik kat tangan aku. Habis tangan kanan aku terkena minyak panas. Masa kena, aku menjerit la, "Arghhh!". Gila ko. Terkejut kot. Mujurla tak kena muka aku sebab aku sempat paling ke belakang. Cuma tangan yang tak dapat diselamatkan.

Adik aku dengan parents aku terus datang dapur and tanya kenapa. Pastu bila tengok dapur, dorang dah taula. Mama aku pun terus buka fridge and amik madu lebah. Terus dia letak kat tapak tangan aku and suruh adik aku gosokkan. Masa jadi tu, aku langsung tak menangis ke apa. Cuma muka mungkin tersentak la kot. First time jadi macam ni. Before this kalau meletup pun, masa dah angkat dari kuali. Or kalau meletup pun, sikit-sikit je. Takde sampai tercampak otak-otak tu sampai kat luar. Tapi kali ni, otak-otak tu betul-betul mengamuk.. Fobia jap.

Pas daripada tu, aku pun lepak kat luar sambil tengok TV- Cinta dan Anugerah. Bapak aku sempat lagi loyar buruk, "Eh! Jangan makan otak-otak tu lagi. Kang dia meletup dalam perut pulak". Tapi aku tak kire.. Perut dah lapar giler time tu. Nak meletup ke nak ape ke, aku sumbat gak. Penat-penat dah masak dan siap terkena minyak lagi, sia-sia kalau tak makan.

Masa mula-mula kena minyak panas, sakitnya.. Masyaallah. Perit.. Pedih.. Berdenyut-denyut. Tapi aku wat selamba je la. Lebih kurang dalam sejam lebih, baru aku basuh tangan aku  dengan air. Mama cakap kalau kena minyak panas ke apa.. Jangan terus basuh dengan air. Ia akan menggelembung nanti. So cepat-cepat sapu dengan madu lebah. Memang betul pun. Now tangan aku tak menggelembung pun tapi masih lagi terasa sakit. Ada ketika rasa pedih dan berdenyut-denyut. Ada ketika okay.. Apa-apa pun, aku redha dengan apa yang berlaku and will always

Keep on smiling :))

p/s: Apakah aku harus mandi bunga?Isk isk isk.. Khurafat!

Thursday, January 27, 2011

Bad Year.. Maybe..

Tiba-tiba event yang supposed aku join telah dicancel oleh pihak management. Aku baru tau tadi. And now aku tak tau nak cakap ape.

Now ni aku rasa down sangat-sangat. Penat lelah aku selama berhari-hari, terasa sia-sia je. Bila di fikir-fikir balik.. Terlalu banyak yang telah aku korbankan.. Wang ringgit, masa, tenaga dan lain-lain hilang begitu saja.

Aku rasa terkilan sangat sebab aku dah curahkan segala-galanya. Aku dah kerah tenaga aku semaksimum mungkin. Even masa aku sakit pun, aku still sibuk dok wrapped headband walau dalam keadaan berbaring. Masa aku demam, aku masih lagi gagahkan diri mencari material yang telah kehabisan. Siap accident and bermandikan hujan lagi. Even aku baru sihat sikit, aku terus kerah tenaga ni untuk siapkan headbands sebanyak yang mungkin. Sampai pukul 3-4pagi baru aku tidur. Punyalah komited demi event tu. But at last...

Aku bukannya merungut.. Tak.. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati je. Orang takkan faham sebab tak melaluinya. Kalau baca entry sebelum ni, you will know betapa aku sangat excited untuk event tu cuz itu adalah event pertama aku. Tapi tak sangka akhirnya jadi begini.

Apa-apa pun, thank you so much to all yang support aku and my biz. Even dah jadi benda macam ni, ianya takkan mematahkan semangat aku. Aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya :)

BTW, aku dah dapat panggilan seram from the hospital. Guess what? The operation ari Sabtu ni. Tapi staff hospital baru call aku tadi petang. Dia ingat yang dia dah inform kat aku tapi  sebenarnya tak. And walau operation nya ari Sabtu, hari Jumaat aku dah kena masuk wad. Tapi aku terus cakap tak boleh sebab aku ada hal which is event tu la. But then, event tu pulak yang cancel. So dua-dua pun melepas :(

Sunday, January 23, 2011

Pelik Memang Pelik

Aku tak tahu la kenapa penduduk kat taman aku ni berperangai pelik, walaupun bukan semua la. Dah macam ala-ala citer Desperate Housewives pun ada. Cuma takdela scandal sana scandal sini. Orang kat sini macam ada perangai masing-masing yang aku kira pelik kot.

Contohnya macam tadi.. Kul 12 tengah malam, bunyi orang duk menggerudi. Pastu sambung dengan kerja-kerja menukang. Eh Hello! Pukul 12 tengah malam kot. Time manusia-manusia normal tengah tidur, aku je tak normal. Dok berjaga lagi. Boleh dia dok menukang. Pelik pelik..

Pastu tadi jugak, bunyi kereta dok mengaum ngaum. Ala kira dia dok tekan minyak la tapi kereta tak gerak-gerak, aku tak reti nak explain macam mana. Oh! Kalau yang ni memang bingit giler sebab boleh kata tiap-tiap malam minggu je dia akan buat bising. Dahla dekat dengan rumah aku. What the fun?? Ko ingat fun sangat ke? Bising tau tak!! Nak kata muda remaja, dah jadi bapak orang kot. Anak bini ada je kat rumah. Dia tak fikir ke bila dia wat camtu mengganggu ketenteraman awam. Nak kata tak de orang tegur, dah ada dah. Dia senyap kejap je. Pastu dia buat balik. Bukan nak kata apa la.. Tapi ini olang ar itu otak letak di kepala lutut oo!

And then ada lagi satu kepelikan iaitu orang depan rumah aku. Pakcik tu kire umur dalam 40+ kot. Dah ada anak bini gakla. Anak sulung dia dah besar panjang kot. Apsal aku kata pelik?? Sebabnya pakcik ni kalau aku kua rumah je, and kebetulan dia ada kat luar, dia mesti tengok aku semacam. Bukan aku perasan ke ape tapi kalau dah selalu sangat, apa lak aku tak perasan. Kadang-kadang aku dok jeling gakla nak tengok dia betul tengok aku ke ape.. Tapi serious, memang betul. Well, nak kata aku pakai baju seksi, mana ada. Aku pakai baju kelawar je pun. Or kalau aku kua pun, aku pakai lengan panjang. Jadinya, apa je yang pakcik tu dok tengok eh..?

And ada satu lagi.. Dah tau ni kawasan perumahan, ada jugak orang bela ayam. Isk isk isk. Dia ingat ni kampung ke ape? Bila pagi-pagi time Subuh je ayam tu akan berkokok. Setahu aku la.. Kat kawasan bandar and taman perumahan mana boleh bela ayam bagai. Haih.. Mujur dia tak bela kambing atau lembu

Macam-macam betul perangai orang ni. Kadang-kadang rasa nak marah.. Nak tergelak pun ada, dah aku pun biol sama

p/s: Entry ni ditulis tanpa rasa AMARRRAH langsung. Percayalah

Tuesday, January 18, 2011

Aku Terharu

Selama ni aku tak pernah tau pun yang adik aku agak concern pasal biz aku. Yerla.. Nampak macam dia, "Ada aku kesah ko nak buat ape..? Ko nak jual ape?"

Tapi rupanya tak.. Aku dapat tau yang dia concern bila aku baca entry dia kat sini. Auwww~ Terharu kakakmu ini.

Memang tak dinafikan, sometimes adik aku akan jadi tukang pengkritik bila aku ada wat design baru. Kalau dia tak komen pun, aku yang akan gi kat dia and mintak dia komen, "Eh cantik tak?" or "Eh ko rasa okay tak?". (Muahaha... Sian ko dapat kakak yang annoying)

Walaupun sometimes respons dia wat aku rasa cam nak lempang je, cuz dia bagi komen ikut mood dia. Kalau mood dia tak baek, maka dia akan wat dunno atau jongketkan bahu. Tapi kalau mood dia okay, dia akan cakap "Okay tapi aku rasa bla bla" or "Tak elokla", tak ke rasa nak lempang bila penat-penat aku buat dia kata tak elok. Tapi takpe. Aku redha menerima kritikan itu sebab aku tau itu sebenarnya kritikan yang membina untuk aku perbaiki lagi. And sometimes adik aku akan jadi Quality Controller. Bila tengok ada yang senget ke atau jahitan tak berapa kemas, dia akan komen la. So aku akan cepat-cepat perbaikinya.

Ni antara headband yang 100% made by me with lotsa love :)
Visit my headband shop

Disebabkan jasanya dalam biz aku, sometimes aku belikan la dia makanan. Nak belanja besar-besar tak mampula pulak cuz bukan untung banyak pun. Untung setakat ciput je. One slice of cake from Secret Recipe pun dah okla kot :)

My fave cheesecake

New York Cheesecake
Serious aku suka giler. You all patut try jugak. Ala tak mahal pun kalau take away.
1 slice baru RM6.50+0.40(tax)=RM6.90

p/s: Apsal beli my fav cake pulakkan. Kata beli untuk adik aku.. :P