*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Nose Surgery

Ni just kronologi nose surgery tu sebab ada yang tanya. So aku permudahkan dengan cara point macam ni.

1st Day
1) Kena tahan wad sehari sebelum operation
2) Nurse ambil darah
3) Nurse check blood pressure, height & weight
4) Doc bius akan bagi penerangan mengenai prosedur untuk bius
5) Berpuasa pada pukul 12 tengah malam
6) Blood pressure akan sentiasa dipantau oleh nurse

2nd Day
1) Nurse masukkan jarum pukul 6am
2) 12.45 tengah hari di bilik pembedahan
3) Doc bius masukkan 3 jenis ubat
4) Selepas operation, hidung disumbat dan ditutup dengan kapas
5) Blood pressure akan sentiasa dipantau oleh nurse

3rd Day
1) Blood pressure akan sentiasa dipantau oleh nurse dan nurse akan masukkan ubat.

4th Day
1) Doktor akan keluarkan kapas after 48 hours
2) Pesakit akan diajar untuk cuci hidung
3) Jika tiada pendarahan, pesakit dibenarkan keluar dan berehat di rumah

5-10 Days
1) Berehat di rumah
2) Kena cuci hidung 3 kali sehari

10th Day
1) Datang check up. Normally doc akan tengok samada ada darah beku dalam hidung atau tak. Kalau ada, doc akan keluarkan. Proses ni a bit sakit la. So kena tahan sikit.
2) Still kena cuci hidung, makan ubat dan spray hidung

Another 1 month kena datang check up lagi. So jaga hidung betul-betul. Jangan sampai bleeding


Antara nasihat doc:

*Rest
*Sentiasa letak ais kat atas dahi dan hidung (untuk stop pendarahan)
*Kulum ais
*Minum minuman berais

~Tak boleh stress
~Tak boleh berpanas
~Tak boleh angkat benda berat
~Tak boleh tempat berhabuk


Last but not least, nose surgery ni tak sakit pun sebab kau tak sedar pun. Yang sakit masa nak masukkan jarum, nak keluarkan kapas dalam hidung (bagi aku tak sakit tapi ngilu.. but it depends on individual la) dan nak keluarkan darah beku. Yer la nama pun minor surgery je. So jangan la takut. Paling penting, kalau rasa hidung tu susah bernafas, selalu selsema/bersin, nampak macam ada ketulan daging dalam hidung.. cepat-cepatla jumpa doktor. Prevention is better than cure :)

Sunday, December 25, 2011

Mancungkan Hidung Part III

Tepat pukul 12.15 tengah hari, aku dipanggil nurse untuk tukar baju dan pindah ke katil lain. Denyutan jantung aku pada masa tu memang tak yah cakap la kan. Dalam hati aku, 


"Omaigad!! Masa yang dinanti telah tiba. Ya Allah.. Selamatkan lah hambamu ini. Aku berdoa padamu agar pembedahan ni berjalan dengan lancarnya. Amin." 


Bila aku dah nak ditolak nurse, mama dengan bapak kucup dahi aku dan suruh aku berdoa banyak-banyak. Aku nampak di mata mama macam ada takungan air jernih tapi aku buat cool je walau dalam hati ni.. hanya aku yang tahu.

Pura-pura ceria padahal aku sangat nervous dan takut masa ni. 
Psstt.. I'm good in acting, you know.

Lepas tu aku ditolak oleh nurse ke Tingkat 4 iaitu bilik pembedahan. Masa kat bilik tu aku masih di ruangan luar lagi, bermakna ruangan orang lepas kena bedah atau tunggu untuk dibedah. Ye lah.. After pembedahan, selalunya dia akan letak kat situ untuk stabilkan pesakit. Bila pesakit dah stabil, baru dia akan tolak masuk ke wad biasa. Yakin je.

Dalam pukul 12.45 tengah hari, nurse tolak aku masuk ke dalam bilik pembedahan. Sepanjang tu aku dok berdoa je supaya everything will be okay. Masa kat dalam bilik pembedahan, ada ramai la nurse kat situ. Then aku nampak lampu yang macam dalam filem/drama kat bilik bedah. Boleh aku tersengih jap sebab rasa cam dalam drama je. Dah senget ke apa aku ni. Pastu doc bius tanya nama aku then tanya no IC aku. Maybe dia nak pastikan yang pesakit dia ni masih dalam keadaan waras/sedar kot. Then doc bius tu masukkan ubat pertama. Bila dia masukkan ubat kedua, terus dunia aku gelap gelita. BLANK dan aku tak tau apa yang berlaku lepas tu.

Tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil oleh seseorang. Aku cam berkelip-kelip for few times sebelum aku dengar ada someone cakap, "OK. Dia dah sedar". Then aku rasa ada someone tolak katil aku ke luar dan letak aku di ruangan tadi. Masa tu aku masih separa sedar lagi. Tapi sempat tengok jam yang menunjukkan pukul 2 petang. So lebih kurang 1 hour jugak la aku dalam bilik bedah tu. Lebih kurang pukul 3 petang, aku ditolak naik ke wad biasa. Aku boleh nampak mama dengan bapak dok tunggu aku.

After operation. Baru je keluar dan ditolak ke wad biasa
Jangan nak gelak tengok gambar ni okey

Peace.. Hehe. 
Actually aku senyum masa amik gambar ni tapi tak nampak macam aku senyum pun

Terbaring lemah dan masih dalam keadaan separa sedar


Sepanjang aku kat wad, blood pressure aku sentiasa dipantau oleh nurse. Then cukup masa nurse datang masukkan ubat. Selepas operation tu, memang tak rasa sakit pun. Cuma susah dari segi nak bernafas sebab aku kena bernafas ikut mulut. Dan aku hanya boleh makan bubur je. Bila nak telan air agak susah jugak sebab air tu akan naik ke lelangit. Maybe sebab hidung aku disumbat dengan kapas.

Masih sempat online guna hp abang aku

Aku duduk kat wad selama 4 hari. Ari Khamis aku kena buang kapas dan di ajar untuk cuci hidung. Masa nak buang kapas, memang aku takut. Dah la masa doktor nak buang kapas tu, tak de sapa di sisi aku. At least kalau mama ada, ada la semangat sikit. Tapi mama aku balik rumah sebab nak masak. Masa doktor datang kat katil aku, aku dah takut sangat. Segan pun ada sebab bukan sorang doktor tapi ramai. Ada doktor pelatih dan juga nurse. Dalam hati aku dok berdoa supaya takde bleeding dan boleh balik rumah. 

Masa nak keluarkan kapas, doktor suruh aku duduk tegak dan tangan aku kena pegang ice. Then doktor tu tarik keluar kapas dari hidung aku. Aku boleh dengar bunyi krak krak, maybe sebab kapas tu dah melekat kat hidung aku. Ye lah.. 48 jam kot kapas tu tersumbat dalam hidung aku. Tapi aku tak rasa sakit cuma rasa ngilu je. Then doktor suruh aku kepit hidung aku dengan gauze dan letak ice kat atas dahi for 10 minutes. After that, aku dah boleh baring cuma kena kesat hidung aku sebab darah asyik keluar. Doktor tu cakap it's normal. Petangnya, nurse ajar aku untuk cuci hidung sendiri kat rumah dan aku boleh balik petangnya. Yahooo!!

Amacam? Mancung tak hidung aku? Ke makin kembang. Haruslah kan.. Apa taknya.. Kena sumbat dengan kapas yang sepanjang 20cm.

Untuk cuci hidung dan ubat untuk kumur

Even aku balik rumah ari Khamis tapi doc bagi MC sampai ari Rabu (14/12/11). Ikut hati nak je aku gi keje ari Selasa tu tapi aku takut bleeding. Doc dah cakap aku kena rehat sepenuhnya sebab nak elakkan bleeding. Once kalau dah bleeding, doc takut ada complication lain. 

Doc nasihatkan supaya aku:
*Rest
*Sentiasa letak ais kat atas dahi dan hidung (untuk stop pendarahan)
*Kulum ais
*Minum minuman berais

~Tak boleh stress
~Tak boleh berpanas
~Tak boleh angkat benda berat
~Tak boleh tempat berhabuk

Rabu lepas (14/12/11) aku kena gi hospital lagi untuk checkup. Doc check tengok ada darah beku dalam hidung. Masa nak keluarkan darah beku ni, sakit la sikit. Doc cakap kat aku, "Tahan ye. Sakit sikit je." Then doc cakap lagi, "Jangan nangis. Jangan nangis".. Time tu aku dah mengerang kesakitan dan air mata terkeluar sikit, cewah.. punyalah taknak cakap yang aku ni menangis kan. Macam budak kecik je. Yerla.. Sakit kot sebab dia masukkan camera kecik and tools (Macam pengepit kecik) untuk keluarkan darah beku tu. Tapi after dah kua kan darah beku tu, mujurlah tak rasa sakit apa dah cuma darah start keluar balik. Doc cakap akan ada pendarahan for few days but it's normal. Dia suruh aku continue makan ubat untuk hidung, kena cuci hidung and every night before tido kena spray hidung. Lagi 1 bulan aku kena datang hospital lagi untuk check up. Hope everything's fine :)

Last but not least

To mama yang jaga aku siang+malam & tido dengan hanya beralaskan kain di atas lantai (Okay ni sedih).
To bapak yang kena hantar mama ke hospital setiap hari dan jaga aku.
To abang yang datang melawat aku di kala petang dan bagi pinjam iPhone untuk aku surfing.
To lil bro yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak tengok aku.
To Nemo yang everyday datang melawat aku dan bawa makanan sepanjang aku kat hospital. 
To Awy+her friend & Wan yang sudi datang jenguk aku masa lunch. 
To Busu yang datang tengok aku kat hospital dan bawa sate special even aku tak leh makan. 
To kawan mama yang datang melawat & bawa bubur McD.
To my cousin, Fadh yang sudi datang ke rumah bersama dengan her fiance & bawa Hershey's. 
To Ana yang SMS suruh aku jaga diri
To my colleagues yang kasi kata -kata semangat
To all my friends yang wished supaya aku cepat sembuh etc

Thank you so much. Hanya Allah yang boleh balas jasa baik korang semua. Love you all

p/s: Dah macam buat speech menang anugerah je. Tapi kalau panjang macam ni, confirm aku kena halau dari stage kan

Tuesday, December 20, 2011

Mancungkan Hidung Part II

Bila hari Isnin dah menjelma, serious dada aku dup dap dup dap. Giler ko.. Seumur hidup aku, tak pernah kena operate. Paling teruk pun masa aku kecik dulu, dagu aku kena jahit sebab terkoyak, jatuh basikal kot. Tu pun, habis semua nurse yang pegang aku, aku tendang, ganas tak?. Ni kan nak operate. Pfuhhh.. Scary you know. 

Pukul 8 lebih aku dah gerak ke hospital dengan parents aku sebab appointment kul 9 pagi. Tapi macam biasa kena amik no giliran dulu. Kena register and bla bla bla. Bila sampai turn aku untuk jumpa doktor, dada aku makin rancak lak dok bercaklempong. Bila dah jumpa doktor, dia suruh aku masuk bilik untuk tengok perkembangan hidung aku. Dia tanya camne je dengan breathing aku sekarang ni. Aku cakap yang aku rasa kurang selesa. Dan bila dia tengok ketulan daging aku makin besar, dia suggest untuk operate but still the decision is in my hands. Dia cakap dia tak paksa tapi aku cakap yang aku memang nak operate sebab bila makan ubat pun dah tak immune lagi. So what's the point aku nak tangguh lagi kan. Then the doc suruh aku ikut nurse untuk amik darah.

After that, gi settle kan deposit daftar masuk wad dan aku ditempatkan kat wad 6A, Tingkat 6. Dalam kul 3petang, doktor bius nak jumpa aku. Aku pun gi la kat kaunter. Doktor bius nak terangkan pasal prosedur bius esok. So sebelum operation, aku akan dibius sepenuhnya. Meaning to say, aku tak kan sedarkan diri sepanjang operation tu, which is good. Doktor bius tu cakap ada 3 jenis ubat yang dia akan masukkan. 1st, ubat tahan sakit, if I'm not mistaken. 2nd ubat bius iaitu untuk tak sedarkan aku. Lastly, ubat untuk relakskan otot & sendi aku supaya aku tak bergerak sepanjang pembedahan tu. Tapi dia ada terangkan jugak tentang komplikasi yang bakal berlaku iaitu ianya boleh memperlahankan denyutan jantung serta tekanan darah menjadi rendah tapi ianya sangat-sangat jarang berlaku. Dan kalau kata ianya terjadi, dorang dah amik langkah berjaga-jaga iaitu dengan speed up the heart beat. Dorang mesti la ada solutionnya kan. So no worries. Tapi bila aku dengar, aku pun takut. Huhuhu.. Aku tanya doc bius tu sama ada after operation aku akan rasa sakit atau pun tak tapi doc tu cakap tak. But let say rasa sakit, doc akan tambah dos ubat pain killer. Lega bila aku dengar.

Then pukul 12 tengah malam, aku dah start berpuasa sebab esok adalah hari untuk hidungku dioperate. Dalam kul 6 pagi, nurse gerak aku untuk masukkan jarum kat tangan supaya senang doc bius nak masukkan ubat dalam badan aku. Seriously, masa nurse nak masukkan jarum, aku rasa cam sedih kat badan aku. Dah macam menyeksa badan aku je. Dah la kali pertama nurse cucuk, tak dapat urat aku. Dia kata urat aku halus. Bila second time nurse cucuk, barulah dapat. Lega sikit sebab aku tengok adik sebelah katil aku, sampai 3 orang nurse cuba untuk masukkan jarum tapi tak dapat disebabkan dia banyak bergerak jadi urat pun lari. So bila aku tengok macam tu, I told myself untuk relax, jangan banyak bergerak and redha, eh boleh cenggitu.

Oh kesian my hand :(

Sementara menunggu giliran aku untuk dioperate, memang aku berdebar sangat. Dah macam fobia je bila aku dengar bunyi tapak kaki or bunyi benda bergerak. Bila aku dengar je, terus dada aku dup dap dup dap. Dah nak dekat pukul 12 tengah hari, still aku tak dipanggil lagi sampaikan mama aku tanya kat nurse, "Bila nak operate ni.. Lambat lagi ke?". Adui mama, anakmu ni takut tau tak? But half of me macam lebih rela dioperate masa tu jugak sebab dah tak larat nak melayan fobia aku tu. 

Bersambung..

Monday, December 19, 2011

Mancungkan Hidung Part I

Bila tengok hidung orang lain mancung, teringin gak aku. Sape tak nak hidung macam minah salleh atau artis Bollywood kan. Bila tengok hidung aku yang kepek, teringin rasanya nak gi wat surgery mancungkan hidung.

See? Betapa tak mancung nya hidungku. Isk isk isk.. Ikut gen sapa la ni

  
At least aku nak la jugak hidung mancung cam Taylor Swift ni.

Huuuuuuu.. Dah dah la merapu. Ingat aku dah hilang akal ka apa mau gi buat surgery mancung kan hidung. Of course la aku bersyukur apa adanya. Memang takkan terniat atau terdetik pun dalam hati ni nak ubah ciptaan Tuhan sampai perlu buat surgery bagai. Actually idea ni semua datang dari SMS kawan aku yang kata aku gi buat surgery mancungkan hidung. Imaginasi tinggi tul kawan aku tu.

Kalau pernah baca kat entry yang lama-lama pasal dating aku kat hospital, mesti tau aku buat pembedahan apa.


Sebenarnya benda ni dah drag terlalu lama. More than 2 years. Since 2009 till this year. Sangat lama. Dan sepatutnya aku dah wat operation sejak awal tahun ni tapi tak buat-buat jugak sebab aku ada komitmen lain yang perlu dilaksanakan dan semestinya aku takut. But this time aku dah tekad dah bila mana nurse kat Hospital Serdang call aku and tanya sama ada aku dah buat operation belum. Dia cakap ada kekosongan pada 6hb December sebab ada patient lain cancel. Masa nurse tu call, aku tengah ada discussion dengan Manager.

"Saya call balik boleh? Sebab saya tengah meeting ni" - Aku
"Okay. Cik call dalam pukul 3 petang la kalau macam tu" - Nurse
"Okay" - Aku

After discussion tu, terus aku call Bapak untuk minta pendapat dia. Mula-mula Bapak tanya camne je perkembangan pernafasan aku. Getting better or not. But I think day after day, it getting worst. Bila bernafas aku rasa cam dah tak selesa. But still Bapak rasa cam aku perlu gi buat check up dulu which is on 9 January, next year. Tapi aku cakap, aku rasa dah tak berapa puas bernafas. Pastu Bapak cakap, kalau camtu operate je la. Ketulan daging tu pun dah macam tak mengecut dah. Dan takut makin lama dibiarkan akan jadi Sinus pulak sebab sekarang ni doc cakap aku masih di peringkat allergy. Aku pun risaukan benda yang sama. Aku rasa lambat laun pun, mesti aku kena operate gak kan. So, I called the nurse to confirm the operation. Masa tu ari Jumaat dan aku dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan/Melaka ke KL. Sepanjang weekend tu, aku memang berdebar-debar menanti ari Isnin (05/12/11) iaitu hari aku kena datang check up dan tahan wad. Operation tu pada hari Selasa.

Bersambung..