*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, February 5, 2012

Cameron Highlands Nan Sesak

After operasi risikan aritu, kan sehari selepas tu adalah cuti Chinese New Year. So kami satu family balik ke Kedah sebab my parents ada hal nak disettlekan. So masa on the way to Kedah, kitarang singgah jap kat Cameron Highlands since dah lama kitarang tak ke sini. 

Tapi tau-tau je la musim cuti.. Jalan punya lah jammed. Depan belakang jammed

Tengok.. Bersusun-susun kereta


Hajat sebenar aku nak ke Cameron Highlands sebab nak ke sini

Tapi sedihnya bila kitarang sampai kat Boh Tea Sungei Palas Tea Centre ni, dah tutup. Last time datang, tak dapat gak datang ke sini. This time pun sama. Kecewa tul. Nampaknya next time la, hopefully..

Last-last kitarang amik gambar kat area-area situ je


Cantik kan view dia

Bersama adik aku yang sakai

Tengok betapa gigihnya aku memanjat ladang teh ni dengan wedges. Mujur tak tergolek

Model ladang teh

Tengah dok pikir, macam mana nak turun pulak. Naik pandai.. Turun tak pandai. Isk isk isk

Ni dah macam gaya teletubbies je aku tengok. Buruk bebenor

Outfit of the day 
Tops: Scarlet Batwing Blouse
Bottom: MNG Jeans
Accessories: Vintage Pocket Watch Necklace (a gift from someone), Vintage Audrey Hepburn Ring
Shoes: Vincci Wedges

Thursday, February 2, 2012

Agen Perisik

Lepas aku balik outstation from Johor (16 Jan-20 Jan 2012), the next day nya, ada beberapa orang Agen Perisik datang ke rumah aku. Tujuan dorang sebab nak merisik seseorang kat rumah aku ni. Walaupun penat tak habis lagi, tapi aku tetap mengemas dan menolong apa-apa yang patut sebab rumah ku bagai dilanda tsunami. Nanti Agen Perisik tengok, pengsan lak.. 

Adik aku yang tengah poyo-poyo rajin. 
Mentang-mentang dia tau aku nak amik gambar, terus pura-pura mengelap kipas



Hasil selepas habis mengemas
Bowl ni aku beli kat kedai Hinode RM5
Batu-batu tu aku tak ingat beli kat mana
Bunga pink putih tu adalah bunga kemboja yang aku petik kat laman rumah

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, salah seorang anggota Agen Perisik SMS aku, "10 min sampai yo". Masa tu aku dengan tak mandinya lagi dan baru nak makan tengah hari. Terus aku angkut pinggan dengan gelas air masuk ke dalam bilik. Lebih kurang 10 minit selepas tu, aku dengar macam ada suara-suara lain di luar. O'Ooo.. Mungkin Agen Perisik dah sampai. Terus aku capai towel dan mandi, baru terhegeh-hegeh nak mandi. 

Masa aku tengah bersiap, adik aku ketuk pintu bilik aku suruh aku keluar. Terkejut beruk la aku sebab masa tu aku belum habis bersiap lagi. Cuak mak nok! Eh, tapi apsal lak aku nak cuak kan. Lek sudah.. 

Bila dah habis bersiap, aku pun keluar la dari bilik. Masa tu semua mata memandang kat arah aku. Segan nya tak payah cakap la. Tapi aku buat-buat cool je dan pergi bersalam-salaman dengan semua orang. Nak cover rasa malu yang menebal tu, terus aku angkat pinggan-pinggan kotor yang ada atas meja dan bawa ke dapur untuk aku basuh. Confirm Agen Perisik tengok terpikat kan. Bakal menantu solehah ni. Muahaha.


After that my family dok sambung menyembang lagi dengan Agen Perisik. Aku??? Aku dok melepak tengok TV dengan adik aku. Serious tak tau nak buat ape. Masa hari itu Agen Perisik datang membawa ini..

Strawberry cake
Sireh Junjung (takde gambar)
Dan sedulang buah-buahan (takde gambar)

Dan kami membalas dengan ini

By the way, ini lah Agen Perisiknya a.k.a family Nemo yang mana soon to-be-my-future-family. Insyaallah
Apsal la aku nampak cam nenek bongkok je dalam gambar ni. Cis betul

After habis operasi risikan, aku dengan Nemo terus terjah ke Mid Valley untuk misi seterusnya.


Outfit of the day 
Accessories: Light Brown Belt (bought at The Mines)

p/s: Malu I.. (^_^)
p/s: Guys, doakan lah agar semuanya berjalan dengan lancar ya. Amin :)

Monday, January 30, 2012

Johor Premium Outlet

Sejak-sejak Johor Premium Outlet atau JPO di buka kat Kulaijaya, Johor.. Aku teruja jugakla nak pergi. Macam best je kan sebab everyday ada sale. Aku ni memang pantang kalau sale ni, macam la ada banyak duit kan.

Kebetulan aku kena outstation to Johor for 1 week. So aku dengan my colleague ada plan gakla nak singgah ke JPO, dah alang-alang. Nanti menyesal lak tak singgah.

So after habis kerja, kitarang singgah la di JPO. Teruja tengok banyak butik-butik mewah kat sini. Kedai pertama yang kitarang masuk adalah Tomei, kawan aku nak survey cincin. Pastu kitarang masuk butik Coach. Bila tengok handbags kat situ, no wonder la murah. Barang dia outdated. So agak mengecewakan la. Tapi kalau yang jenis tak kisah dan pentingkan design, ok je.

Then kitarang naik ke tingkat atas dan masuk ke Cotton On. Disarankan masa nak beli barang kat sini, make sure tengok tanda harga betul-betul sebab dia ada 2 tanda harga yang berlainan. Satu mata wang Singapore ($) dan satu lagi Ringgit Malaysia (MYR). Masa kat sini, aku ada la terberkenan dengan high waist jeans dengan cardigan dia. Jeans tu harga $30, yang pada mulanya aku ingatkan RM30 je la. Dan cardigan tu RM30 @ $20. Mujurla before aku gi kaunter aku tanya kat sorang salesgirl ni. Dia cakap jeans tu RM145 kot, aku pun tak berapa ingat. Bila aku tanya dia, "Bukan RM30 ke?". Then dia jawab, "Oh itu Singapore Dollar." Terus aku tak jadi nak beli. Cam ada diskriminasi je cuz kalau convert $ to RM, tak sampai la RM145 kan. Kenapa bila buka butik kat Malaysia, harga untuk mata wang Singapore lagi rendah? Serious aku tak faham. Terus aku blah dari situ.

After that kitarang jalan-jalan ke Padini, Charles & Keith, Fidani, Fossil, CK, Adidas, Nike, Quiksilver etc. Kat bawah ni ada few photos yang sempat kitarang snap masa berada kat sana.

View di waktu petang


Nike Factory Store


Car Park

Evita Peroni

Pink Jambu

Coach

Armani & Burberry

Last but not least, the author yang sangat exhausted

Thursday, January 26, 2012

Kamu..


"Kawan sejati itu
Bila dapat msg darinya, walaupun tak kelakar
Tetap mengukir senyuman di wajahku"

Lap u Sayam :)

p/s: Dah kenapa pulak aku nak feeling-feeling kan??

Thursday, December 29, 2011

Macaroni Bolognese (Eh Yeke?)

Sejak-sejak aku dok melayan Masterchef, Hells Kitchen, AFC Celebrity Chef etc, tiba-tiba rasa terpanggil lak untuk memasak, cewah ayat.. tak boleh blah langsung.

Actually aku masak ni pun sebab mama aku takde kat rumah dan adik aku merengek kelaparan. Dia la yang suggest suruh masak spaghetti. But then spaghetti dah habis. Aku pun suruh dia gi beli tapi dia tak beli spaghetti, dia beli macaroni. Rasanya dah bertahun aku tak pernah masak spaghetti. Meh kita tengok sama ada aku masih ingat akan recipe nya atau pun tak, but basically, aku main campak-campak je.

Bahan-bahan

Macaroni/Spaghetti (ikut suka la)
Ayam yang dipotong dadu (aku guna bahagian isi saja)
1 tin Sos Prego (aku guna cendawan)
1 1/2 ulas Bawang Besar yang dipotong dadu
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Minyak
2 tbsp Cili boh

Rebus ayam dahulu
Air rebusan ayam ni jangan dibuang sebab kita boleh guna untuk membuat kuahnya
   
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
Bila minyak dah panas, tumis bawang besar sehingga layu

Masukkan sos Prego dan 2tbsp cili boh (Nak pedas, letak la lebih) dan kacau

Bila dah mendidih, masukkan ayam yang telah direbus. Masukkan 2 cawan air rebusan ayam tadi. Kacau sehingga mendidih dan boleh la ditutup apinya.

Rebus macaroni sehingga lembut dan toskan airnya.

Kemudian sedia dihidang

Cubaan pertama. Perfecto

Cubaan kedua: Cair sikit sebab terlebih air

p/s: Mungkin ada yang tak percaya sebenarnya aku boleh memasak, especially Mira. Oh senang rupanya memasak ni. Uhukkk!